Khamis, 15 Julai 2010

bahasa i

dalam entri sebelum ini ( yang bertajuk forest gump) aku ada menggunakan perkataan jongos kat salah seorang pembantu aku di tempat kerja. perkataan ini aku gunakan kerana sudah terbiasa menggunakannya semenjak dulu-dulu lagi tanpa menyelidik apakah maknanya yang sebenar.

oleh kerana perkataan ini telah diguna pakai di dalam penulisan aku maka beberapa hari yang lalu kajian (perghh!) telah aku lakukan. ini bagi memastikan supaya perkataan ini tidak ada unsur penghinaan atau pencarutan terhadap rakan-rakan pembaca blog ini. maklum lah, sebelum ini perkataan ini hanya sesuai dijadikan sebagai gurauan sesama rakan di luar alam maya (yang sudah maklum ianya adalah gurauan semata-mata). apabila perkataan ini digunakan dalam blog aku takut ia akan bermaksud lain dari apa yang aku ingin sampaikan. tak semua orang boleh menerima cara kita bergurau.

kalau kita suka mencarut sesama rakan kita ketika bercakap atau bergurau atau menulis didalam blog sendiri seperti menggunakan perkataan celaka, but*h, fu*k, bab* dan sebagainya, ia tidak bermakna orang-orang lain juga boleh menerima cara kita. dan jangan anggap orang yang tidak boleh menerima cara kita itu tidak in-trend atau indie. sekadar contoh.

sebenarnya perkataan jongos ini telah digunakan oleh buya hamka didalam novelnya yang bertajuk 'di bawah lindungan kaabah'. ia membawa makna seorang tukang kebun. ayatnya: rumah itu sudah lama tinggal kosong, kerana yang empunya seorang belanda, telah pulang ke eropah; yang menjaga selama ini adalah seorang jongos tua.

jongos juga wujud didalam bahasa inggeris. kalau merujuk kepada urbandictionary, ia mempunyai dua makna yang berbeza bergantung kepada penggunaan ayat:

i-breasts, particularly those of considerable mass
contoh ayat: wow, check out the jongos on rosmoh!

ii-the opposite of anything good
contoh ayat : najib is such a jongos character that i spurt blood everytime i see him on tv.

aku tak dapat nak semak jongos di dalam kamus dewan sebab kat rumah aku takde kamus. nak rujuk kamus dewan ni dalam internet lagi la takde. kedekut (malas) punya dbp!!

dengan kajian aku di atas, aku berasa lega kerana jongos bukanlah bermakna penghinaan atau pencarutan!

oh ya. ada satu perkataan yang selalu juga kita gunakan tetapi maksud sebenarnya kurang jelas. perkataan tersebut ialah samdol. aku juga tak pasti samada samdol ada di dalam kamus dewan atau tidak. kalau kamu rajin cuba lah semak. entah-entah ia bermakna brilliant, genius, superb atau marvellous!

mungkin contoh ayat yang sesuai adalah:
-tindakan kerajaan menaikkan harga petrol, diesel, gula dan gas adalah satu tindakan yang samdol dan patut dipuji oleh rakyat marhaen.

6 ulasan:

Hashim Zabidi berkata...

Sudah sampai ke 'Di Bawah Lindungan Kaabah" kamu membaca ya! tuan. Sudah banyak kemajuan gayanya. Mahu menggunakan kata-kata yg bombastik utk entri seterus gamaknya, ha ha ha...

mae berkata...

brilliant one..!

reverie berkata...

Jongos juga bermaksud bergigi terkeluar. Contoh, giginya jongo bak seekor tupai.

samdol-samdol pun 5 sen tetap 5 sen. haha.

Tanpa Nama berkata...

hahaha.....hang buat aku tertawa besaq pagi ni baca contoh ayat yg terakhir tu.
p.c.

Admin berkata...

dewan bahasa kat mana ha..??

~gua nak pi maki pak guard depa pasai masalah ni..~

Tanpa Nama berkata...

ow, sebelum ni paham yg jongos ni gigi mancung @ jongang..