Memaparkan catatan dengan label doa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label doa. Papar semua catatan

Sabtu, 21 Ogos 2010

doa

pagi tadi aku berjalan-jalan ke kedai saloon rambut milik seorang cina bernama angie. dah lama tak berkunjung dan lepak-lepak di kedai beliau.

masa dulu-dulu, selepas menunaikan solat jumaat, kedai angie ini memang jadi port untuk aku dan ubilepih bagi menyejukkan badan sambil borak-borak kosong. maklumlah kedai beliau berhawa dingin, pejabat kami cuma menggunakan kipas majalah. - kepada sesiapa yang ada majalah lama tu bolehlah sedekahkan kepada kami untuk dibuat kipas.

selepas borak-borak pasal cerita lama dan hal ehwal semasa, aku meminta diri untuk beredar. semasa aku melangkah keluar, angie memanggil aku.

"ini saya hadiahkan kepada kamu sempena bulan puasa. boleh guna untuk baca quran"

aku agak terkejut. tapi aku ambil juga. menda free sapa taknak.

angie menghadiahkan aku sebuah rehal untuk aku gunakan dibulan ramadhan ini. boleh juga aku gantikan rehal yang lama dan "hogeh" kat rumah aku tu.

"baca quran banyak-banyak" pesan angie lagi. selepuk kena kat muka aku. padan muka.

terimakasih banyak angie. aku doakan supaya angie diberikan hidayah oleh allah s.w.t dan semoga dibukakan hati beliau untuk menerima agamamu ya allah.

ah...harap-harap doa aku terhadap rakan bukan islam aku ini tidak diisukan sepertimana doa tuan khatib di masjid pulau pinang tempohari.

Khamis, 30 Julai 2009

H1N1 dan yang sewaktu dengannya...

Klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas.

Doa untuk elak wabak penyakit yang sedang menghantui 1Malaysia:

"Dengan nama Allah, yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Kami berlindung dengan Mu Ya Allah,
Tuhan yang memiliki keagungan dan kekuasaan,
kami berpaut padaMu Ya Allah, Tuhan pemilik sekalian alam yang ghaib,
dan kami bertawakkal padaMu Ya Allah, Tuhan yang hidup lagi tidak mati.

Wahai Tuhan kami,
Jauhkanlah kami daripada wabak ini, lindungilah kami daripada kebinasaan yang dasyat,
dan peliharalah kami daripada segala penyakit yang berjangkit, ta'un danbala bencana,
dengan ihsan Mu, wahai Tuhan yang Maha Lembut lagi Maha Mengetahui,

Sesungguhnya Mu Ya Allah Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu.
Selawat dan salam ke atas junjungan penghulu kami, Nabi Muhammad S.A.W,
ahli keluarganya, serta sahabat-sahabatnya.

Segala pujian bagi Mu Ya Allah, Tuhan Pemilik Sekalian Alam."

Nota:

-Baca doa ini tiga kali setiap pagi dan petang.

-Ingat...kita juga perlu berusaha untuk mengelak/menjauhkan diri dari wabak ini (tidak semestinya H1N1 sahaja. Ia termasuklah juga wabak penyakit yang lain seperti Aedes,Denggi, SARS, Chikugunya dll). Disamping itu kita berdoa dan bertawakal kepada Allah Yang Maha Esa. Semoga kita, keluarga dan rakan-rakan mendapat perlindungan dari Nya. Insya Allah..

-Influenza A (H1N1) FAQ