Memaparkan catatan dengan label tazkirah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tazkirah. Papar semua catatan

Jumaat, 24 April 2009

alif ba ta

Al-kisah dua orang pemuda (yang sudah hampir tua) yang ingin mendalami ilmu agama.

Antara ilmu yang ingin didalami ialah pembacaan atau mengaji al-quran.Sudah beberapa kali bertukar-tukar ustaz yang mengajar mereka mengaji. Bukan kerana mereka berdua yang saja-saja nak tukar. Tetapi ustaz-ustaz tersebut yang tak tahan atas 'keloyarburukan' mereka bila mengaji. Tau-tau je la bila umur semakin tua baru nak mula belajar mengaji. Banyaklah bunyi-bunyi atau sebutan yang tak enak didengar. Nak kata pelat ...tidak. Nak kata gigi rongak..pun tidak. Kedua-dua mereka tampan. Gigi pula tersusun kemas, cuma kuning sedikit. Bila bertutur indah pula bahasanya. Tetapi bila pemuda pertama mengaji, pemuda kedua gelakkan kan dia. Begitu jugalah sebaliknya. Akhirnya ustaz pun tak tahan. Angkat kaki.

Baru-baru ni mereka mendapat seorang guru mengaji al-quran yang baru, Ustaz yang baru pencen mengajar sekolah.Beliau adalah tuan guru atau ustaz yang keempat dalam tempoh lima tahun mereka berkecimpung dalam arena tukar-menukar ustaz ni. Alhamdulillah, atas budi bicara ustaz tersebut, beliau menerima kedua-dua pemuda tersebut sebegai anak muridnya. Maka tersangat gembiralah mereka.

Malam semalam adalah kelas pertama mereka mengaji.

Pemuda pertama:
Bila ustaz suruh beliau mengaji, beliau baca. Nampak macam dah terer mengaji.Tetapi bila mula membaca terserlah lah kesilapannya. Ada masa huruf pun boleh tertukar. Baca pun banyak tersangkut. Macam budak tadika baru belajar membaca je rupanya. Pitching juga banyak lari ke laut. Baru sebaris ayat yang dibaca dah mula semput. Nafas tak sampai. Kat sejam diajar, semuka Quran pun belum tentu habis dibaca. Bila selesai diajar dan diarah oleh ustaz supaya mengulang balik apa yang dibaca, beliau masih tersilap dan terbabas.Bebal. Masa kecil dulu taknak mengaji betul-betul. Itu la pasal!

Pemuda kedua:
Beliau agak mahir sikit dari pemuda pertama. Mungkin beliau mengamalkan bacaan al-quran setiap hari. Bacaan nampak lancar. Aku dengar beliau ni macam terer. Costume juga kemas.Seperti pemuda pertama juga, beliau lengkap berbaju melayu dan songkok merengnya.Respek aku kat beliau. Tapi bila mula baca macam-macam la ustaz tegur kesilapannya. Diction tak tepat. Pitching juga banyak lari. Semput katanya.

Walaubagaimanapun tujuan kedua-dua pemuda itu amat dipuji oleh ustaz. Tak malu untuk belajar. Malu belajar sesat jalan, kata ustaz.

Aku juga puji semangat mereka berdua. Baguslah kerana mereka sedar mereka jahil, maka dengan itu juga mereka ingin belajar lagi. Berubah sebelum terlambat.

Aku teringat satu hadis/surah yang mengatakan bila kita membaca ayat al-quran tak kira satu ayat pun, InsyaAllah kita akan mendapat 'bonusnya' dari Allah s.w.t.Bonus yang dilaburkan untuk akhirat kelak.(nanti aku update kemudian.Nak cari ayatnya dulu.Maklumlah aku ni jahil,kena belajar banyak lagi!)

Adakah aku memuji atau 'mengaibkan' diri aku sendiri?
Kenapa?
Ya..kerana pemuda pertama yang diceritakan itu adalah aku.

AL-QURAN ITU UNTUK DIBACA, DIFAHAMI, DISELAMI AGAR MENJADI PANDUAN HIDUPMU AGAR BERHAGIA HIDUPMU DIDUNIA DAN AKHIRAT. HIDUPKANLAH AL-QURAN ITU DIDALAM DIRIMU AGAR MENJADI APA YANG DIKATAKAN SEBAGAI QURAN HIDUP YANG BERJALAN DIBUMI ALLAH DALAM KEADAAN YANG DIREDHAI. dipetik dari sini

*kepada kamu yang sudah pandai membaca al-quran, amalkan. Kepada kamu-kamu yang masih terkebil-kebil seperti pemuda yang diceritakan diatas, jangan malu untuk belajar. Kelak diri sendiri yang rugi. Pahala dosa juga sendiri-sendiri. Takde orang yang nak bagi pahala mereka kepada kita. Apa barang..
*
semoga orang kafir yang membaca al-quran itu mendapat hidayah.Biasalah kalau orang kafir baca mesti pelat. Kanak-kanak yang baru belajar mengaji pun pelat.Aku pun ada masa masih pelat.. haha!

Jumaat, 10 April 2009

jim.alif.ha.lam

camner nak eja nama jalan tu dalam jawi?

ساله ساتو ڤونچا كلمهن دالم مڠواساءي علمو ڤمباچان القرءان اين اياله تيدق داڤت مڠواساءي توليسن جاوي. اين كرجا سياڤا جك تيدق دري كرجا ڤميمڤين امنو عقيبة دري “داسر انتي- جاوي“ مريك يڠ امت دوڠو؟ ڤميمڤين امنو يڠ سبلوم اينله؟ دالم كادأن ڤميمڤين امنو يڠ منيڠڬلكن قرءان دان تله ممبونوه توليسن جاوي ايت، تيبا-تيبا، اڤابيلا اد ڤميمڤين چينا ممباچ قرءان دالم ڤلات يڠ دڤندڠ ساله، ڤميمڤين امنو سيبوق مندسق دڤ مڠموكاكن ڤرموهونن معاف سچارا تربوك

Kamu boleh baca tulisan jawi di atas? Aku boleh membaca jawi. Tapi tak lah cekap sangat. Ada masa merangkak juga. Begitu juga aku bila menulis jawi. Kalau kamu boleh alhamdulillah.Kalau kamu tak boleh tidak mengapa tetapi kalau boleh, BOLEH kan.Sebab apa? Jawabannya ada di dalam tulisan jawi di atas. Bacalah.....merangkak pun takper lah. Tak boleh juga merangkak pun? Klik kat link dalam Nota dibawah. Ada diterjemahkan kedalam tulisan rumi di situ.

Nak belajar jawi tak perlu masuk JAWI atau dijawikan sekali lagi. Tak perlu juga masuk JAWA sebab memang tak kena mengena...hehe

Aku teringat satu cerita yang disampaikan oleh penceramah bebas yang bernama Ustaz Kazim Alias. Aku mendengar khutbahnya ketika bersolat jumaat di Masjid Bukit Raya,Pendang kira-kira setahun yang lepas. Beliau bercerita mengenai kisah seorang pelajar sekolah yang disoal oleh gurunya ketika didalam kelas.

Kisah 1- ketika guru Matematik sedang mengajar. Guru tersebut menyoal soalan matematik kepada seorang pelajar Tingkatan 5 yang bernama Midun (tidak kena mengena dengan Encik Midun didalam entri sebelum ini).

Guru: Midun...apakah formula untuk mencari keluasan petak empat segi?
Midun: err....tak tau cikgu...
Guru: Apa? Kamu tak tau?
Midun: ye cikgu...saya tak tau..

"piappppp!!!" Midun kena rotan dengan guru tersebut. Bergegar bontot Midun kena libas! Nak ambil SPM tapi formula belum dihafal. Jahil sungguh!

Kisah 2 - Midun ditanya lagi oleh seorang ustaz ketika kelas Pendidikan Islam..Kesian Midun jadi mangsa.

Ustaz : Midun...kamu solat?
Midun: Ye ustaz...
Ustaz : Kamu tinggal solat?
Midun: Ada masa terbabas juga ustaz..hehe
Ustaz : Kenapa sengeh-sengeh?
Midun: Maafkan saya Ustaz...
Ustaz : Solat Subuh berapa rakaat?
Midun:err.....empat ustaz..
Ustaz : Midun...mari kedepan..

"piapppppppppppp!!!". Kena rotan lagi Midun. Bergegar bontot beliau. Pedih!! Umur dah 17 tahun masih tak tau solat subuh berapa rakaat! Jahil sungguh!!!

Berdasarkan dua kisah diatas, Ustaz Kazim berpesan kepada jemaah supaya sentiasa menuntut ilmu dan mendalami ilmu agama supaya tidak berada dalam kejahilan. Katanya lagi, kategori JAHIL bagi kisah yang pertama itu tidak mengapa. Dimaafkan.Tidak berdosa. Tapi bagi kategori JAHIL dalam kisah kedua tidak dimaafkan. Kepada yang tahu dia JAHIL tetapi beliau tiada usaha untuk belajar agama, maka faham-faham je la balasan yang akan menimpa. Cepat sebelum terlewat. Bukan dihukum oleh ustaz tadi, tetapi hukuman dari Allah swt.

Pesanan untuk aku juga, kalau aku tak pandai membaca JAWI seperti contoh diatas tu, tidak megapa lagi. Tapi kalau aku tak pandai membaca AL-QURAN atau SOLAT atau apa-apa ilmu agama yang lain, maka pandai-pandai lah aku berusaha untuk belajar. Jangan gunakan alasan "ala...aku bab agama ni jahil. Tak berapa pandai.Lain la kamu yang bersekolah agama.." . Isshh...ishhh...dah tau tak pandai agama kena la belajar. Faham itu benludin???!!!

Bagaimana kalau malaikat tanya kita dikubur nanti. Takkan nak bagi alasan "saya bukan dari sekolah agama" atau "mak ayah saya tak ajar solat" atau "ustaz saya meninggal masa dia tengah ajar bab solat di sekolah dulu" . Kena rotan dengan guru matematik atau ustaz tu kira bagus lagi. Boleh la juga letak ubat kebas kat bontot. Amacam kalau kena libas dengan malaikat kat kubur nanti?? "piappppppppppp!" sekali libas hancur berkecai badan kita. Ahh...tak dapat aku bayangkan. Na'uzubillah!

Teringat satu buku yang bertajuk Insan Ingatlah tulisan TGNA. Penulis berpesan supaya kita jangan menangguhkan sebarang kerja atau kewajiban yang difardukan, kerana tidak pasti adakah nafas yang dihembuskan sebentar tadi akan dapat ditarik kembali, dan adakah hari esok masih ada untuk kita.

Solat atau apa-apa amalan yang kita lakukan di dunia ini bagaikan seorang murid yang sedang mengambil peperiksaan. Murid tersebut tidak tahu apakah jawaban dalam peperiksaannya itu membawa markah yang tinggi atau rendah. Keputusan dirahsiakan sehingga ia diumumkan dikhalayak ramai semasa perhimpunan sekolah kelak. Begitu juga amalan kita dengan Allah swt. Kita tidak tahu lagi keputusannya sehinggalah diumumkan atau dibentangkan di Padang Masyar kelak. Kalau LULUS kita boleh melintasi siratul mustaqim. Kalau GAGAL maka ke neraka jahanam lah kita.

Wallahualam....

Nota:
1. Tulisan jawi di atas aku petik dari blog TGNA. Ada sesetengah dari kamu tidak mahu membaca tulisan TGNA. Panas katanya. Nak baca Harakah pun dah panas apatah lagi membaca tulisan beliau..hehe. Bagi aku ...selagi tulisan itu adalah berbentuk ilmiah yang bagus, aku akan baca. Tak kisah dari mana pihak pun...kan? kan??

2. jangan risau jika kamu tidak bisa menulis jawi,jahil matematik, jahil sains,jahil tentang teknologi telefon bimbit yang terkini. Risaulah jika kamu jahil dalam ilmu agama.

3. kalau kamu terer jawi, sila tuliskan semula jawi diatas kedalam rumi didalam ruangan komen. Ada berani? ..hehe

*kamu juga digalakkan membaca entri yang ditulis oleh ustaz zaharuddin

Khamis, 2 April 2009

ayah

Titip rindu buat ayah...


di mata mu masih tersimpan selaksa peristiwa
benturan dan hempasan terpahat di kening mu

kau nampak tua dan lelah
keringat mengucur deras

namun kau tetap tabah
namun semangat tak pernah pudar

meski langkah mu kadang gemetar

kau tetap setia


ayah
dalam hening sepi ku rindu
untuk menuai padi milik kita
tapi kerinduan tinggal hanya kerinduan

anak mu sekarang banyak menanggung beban

engkau telah mengerti hitam dan merah jalan ini

keriput tulang pipimu gambaran perjuangan

bahu mu yang dulu kekar legam terbakar matahari

kini kurus dan terbungkuk

namun semangat tak pernah pudar

meski langkah mu kadang gementar

kau tetap setia
(sumber: ebiet g. ade)

* hari ini genap sembilan tahun sudah pemergian ayahku ke rahmatullah- al fatihah
* alfatihah juga buat ayah kamu yang telah pergi menemui Maha Pencipta..
* untuk kamu yang masih mempunyai ayah, kamu amat beruntung kerana kamu masih lagi boleh mengumpul pahala...

Hadis: Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”

Hadis : Daripada Abu Hurairah r.a, sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya:“Janganlah kamu membenci bapa-bapa kalian. Sesiapa yang membenci bapanya bererti ia kafir.”

Jumaat, 13 Mac 2009

citizen cane..

cun amoi yg menggunting rambut anak aku tu...tapi saja taknak tunjuk..seksi bangat ..

tajuk asal: rotan..
[entri yang panjang sempena dengan gencatan memblog (pinjam perkataan dari bro pyanhabib) selama dua minggu...juga merupakan pesanan untuk diriku sendiri]

Semalam wife aku bertanya kat anak sulung aku. Tujuannya saja-saja nak mengajak anak aku berbual. Maklum la masa cuti ni asyik menonton kartun je kat tibi. Sekali-sekala nak alih gak tumpuan dia dari tibi tu..

Soalannya.."Kakak sayang mama atau abah?". Anak aku jawab, "sayang mama lah..abah tak!" ..Wife aku tanya kenapa sayang mama je, tak sayang abah sekali..Anak aku balas "kakak tak sayang abah sebab abah pernah rotan kakak"..hahaha...aku tergelak. Pada hal ada juga rasa kecik hati, sikit je..tak banyak..

Aku tak sangka juga, perbuatan aku merotan anak aku dua tahun lepas masih segar dikepala anak aku ni. Memang tak sangka. Ingatkan dia dah lupa. Memang aku kesal merotan anak aku. Maklumlah masa tu dia kecik lagi. Baru berumur empat tahun. Mungkin sikap marah telah menguasai aku masa tu.

Aku masih ingat akan peristiwa hari itu. Anak aku balik lambat dari taman permainan walaupun aku dah panggil dia beberapa kali. Aku hilang sabar. Bila dia balik je, terus aku ambil rotan yang memang telah lama aku sediakan untuk menakut-nakutkan anak aku ( konon ingin melentur buluh biar daripada rebungnya). Dan hari itu aku akan menggunakannya untuk kali pertama. Bila anak aku memasuki rumah, terus aku hayun rotan tersebut. Niat aku bukan nak menyakitkannya. Maka aku aim rotan tersebut supaya terkena pampers yang dipakainya. Tapi malang, hayunan aku tersasar. Rotan tersebut mengenai bahagian tulang belakangnya .... piappppp!!! ...."alamak.Aku silap aim" hati aku bersuara. Apa lagi..meraung la anak aku. Bila wife aku mandikan dia petang tu, anak aku masih lagi tersedu-sedu menangis sebab menahan sakit. Wife aku tunjuk kesan calar kat belakang anak aku.Lebam...Alahai...sedih la plak aku masa tu.

Maafkan abah ye Aleeya...bukan sengaja. Ia untuk kebaikan kamu juga..

Aku pun silap. Silap yang amat sangat. Anak aku masa tu kecik lagi. Memang tak perlu memukul atau merotan ketika anak diusia yang sebegitu muda. Cukup sekadar teguran,penjelasan dan nasihat. Itu la jadinya..kalau sifat marah (dan juga jahil) menguasai diri. Konon nak jadi bapa mithali, silap-silap jadi bapa yang dikesali la pulak. Aku belum terjumpa lagi hadis yang mengatakan anak-anak perlu dipukul/rotan atas sebab kenakalan mereka (kepada sesiapa yang ada jumpa, bagi tau aku..jahil sungguh aku ni). Yang aku jumpa cuma bila anak kita enggan solat.Itupun bila umur mereka sepuluh tahun ke atas. Kalau di rotan pun, hanya di tapak kaki anak kita.

"Suruhlah anak-anak kamu solat apabila mereka berumur 7 tahun dan pukullah mereka apabila mereka menjangkau 10 tahun kerana tidak mahu melaksanakannya dan pisahkan mereka (lelaki dan perempuan) daripada tempat tidur" Hadis Rasulullah s.a.w. Riwayat al-Tarmizi

Rotan yang aku guna dua tahun lepas masih aku simpan. Bergantung je kat dinding rumah aku. Aku jadikan bahan gertakan untuk kedua-dua anak aku. Contohnya, dulu dia orang berdua susah sangat nak makan nasi. Sekarang rotan tu dah jadi pembantu aku untuk menggertak mereka. Bila dia orang liat je nak makan nasi, aku purak-purak nak merotan mereka. Tapi kali ini aku lebih berhati-hati untuk menggunakannya. Aku tak rotan dia orang, cuma merotan dinding rumah je...bagi bunyi gempak sikit...hehe!

Aku teringat satu hadis.."Allah mengasihi hamba yg menggantung dirumahnya rotan untuk mendisiplinkan keluarganya"..yang ini aku pegang sekarang. Tak guna pun tak per..sekadar medium untuk menggertak.

Anda yang telah mempunyai anak mesti memahami masalah aku. Kalau bab marah atau merotan anak ni macam-macam persepsi. Ada ibubapa yang tak pernah marah/rotan anak, tapi anak mereka elok je. Tak melawan..tak nakal...tak jahat. Hormat kepada orang tua. Taat juga kepada perintah Allah.

Ada juga ibubapa yang suka memarahi/merotan anak mereka dengan niat untuk mendidik mereka. Tapi bila besar lain pulak jadinya. Mereka memberontak. Serba-serbi tak menjadi.

Ada juga ibubapa yang kebaratan atau membesarkan anak menurut kaedah barat. Kata mereka anak-anak hendaklah diberikan kebebasan untuk melakukan apa sahaja. Menyekat mereka, bererti menyekat perkembangan anak-anak. Ibubapa mereka hidup bebas dan agama sekadar menjadi perhiasan. Makan rasuah. Makan duit haram. Tapi anak mereka bila besar elok je. Ada yang berjaya. Menghormati orang tua. Taat pula kepada perintah Allah.

Dilema ke? Keliru ke? Bagi aku tidak.Aku tidak mau gamble dalam membesarkan anak-anak. Memang itu rezeki masing-masing. Aku akan cuba besarkan anak aku menurut tamadun Islam. Aku cuba mengikut apa yang direkomenkan oleh Rasulullah selagi termampu. Nak ikut sunnah silakan, itu yang dituntut.Kalau taknak ikut pun tak per, tapi janganlah sampai dihina sunnah Nabi (ehh..ada ke orang yang menghina agaknya ye? hehe..). Yang penting kita berusaha membentuk mereka dari kecil. Ya...yang penting kita berusaha. Allah Yang Maha Besar. Dia la yang menentukan segalanya setelah kita berusaha. Sepertimana Rasulullah pernah bersabda:

"setiap anak dilahirkan dalam keadaan asal yang bersih, maka kedua-dua ibubapanyalah yang akan menentukan samada anak itu akan menjadi yahudi, nasrani atau majusi"

Baru-baru ni aku ada terbaca tips untuk menangani kenakalan anak dari sebuah buku yang bertajuk "Kaedah mendidik isteri dan anak" keluaran Telaga Biru. Antaranya ialah:

1.surah al-fatihah
2.ayat qursi
3.surah taha ayat 1-8
4.surah al-hasyr ayat 21
5.ayat lazim

Baca dan fahami. Selepas baca surah-surah tersebut, sama-sama kita menadahkan tangan dan berdoa untuk kebaikan anak..

Adakah rotan itu akan kembali melibas mangsanya bila anak aku berusia melebihi sepuluh tahun kelak? Aku doa-doakan tidak ... insyaAllah...

"Ya Allah..ampunkanlah aku atas segala kesalahan dan kesilapan aku. Ampunkanlah aku atas kelalaian ku dlm melaksanakan tanggungjawabku.Ampunkanlah aku kerana tidak dapat melaksanakan amanah Mu dgn baik"

[bila anak aku berusia tujuh tahun kelak, akan aku cetak entri ini untuk dijadikan hadiah harijadinya .. InsyaAllah]

* Selamat menyambut hari maulidur-rasul...

-entri ini sebenarnya dikhaskan untuk disiarkan pada 9 Mac 2009 yang lalu bersempena dengan hari maulidur-rasul. Oleh kerana ada beberapa kekurangan, maka ia disiarkan hari ini. Hari ini juga aku akan bertolak ke kampung di Kedah untuk bercuti. Selamat bercuti utk aku..and happy blogging for all of you!

-zaki..hope to see u soon @ Kedah

Khamis, 14 Ogos 2008

Tazkirah 3

khas utk diri aku sendiri yg masih jahil dan lalai..

Taubat Ibarat Menangis Selepas Ketawa.

Menurut Saidina Ali r.a bahawa urusan taubat itu bukan suatu tugas sampingan yg dilakukan secara sambil lewa dan tergopoh-gapah. Walaupun lidah menyebut perkataan taubat, namun ia tidak semestinya menjadi suatu taubat yg sebenar. Terdapat 6 pengertian taubat:

1. sekiranya kamu telah lakukan dosa yg lalu,maka taubatnya hendaklah kamu menyesali segala kesalahan dan dosamu itu

2. sekiranya kamu melakukan kesalahan dan dosa kpd Allah swt kerana meninggalkan perintah yg wajib,maka hendaklah kamu mengerjakan semula kewajban yg telah ditinggalkan itu.

3. sekiranya kamu melakukan kezaliman kpd org lain,maka taubatnya ialah wajib bg kamu memulangkan semula apa2 juga yg berlaku kpd org itu,sehingga tiada lagi perkara yg bersangkutan dgn org yg kamu zalimi itu dan dia memaafkan segala penganiayaan yg kamu lakukan terhadapnya

4. sekiranya kamu melakukan maksiat sehingga diri dan jiwamu sebati dgn maksiat itu,maka demikian jugalah kamu wajib melakukan taat kpd Allah sehingga jiwamu sebati dgn ketaatan itu
5. sebagaimana lazat dan manisnya maksiat yg kamu lakukan,maka demikianlah pula kamu lakukan ketaatan sekalipun pahit

6. sekiranya kamu melakukan maksiat kpd Allah dlm keadaan kamu gembira dgn gelak ketawa,maka sampailah giliran kamu menangis menyesali dosa yg kamu lakukan itu berserta mengerjakan segala ketaatan kpd Allah swt.

wallahualam..

source: Insan Ingatlah by TGNA

Jumaat, 8 Ogos 2008

Tazkirah 2

khas utk diri aku sendiri yg masih jahil dan lalai..

Apakah Malam Pertama Kita di Alam Kubur Nanti Asyik dan Nikmat atau Penuh Derita dan Sengsara?”

Wahai anak Adam, apa yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamu nanti di alam kubur? Tidakkah engkau tahu, bahawa ia adalah malam yang sangat mengerikan. Malam yang kerananya para ulama’ serta orang-orang yang soleh menangis dan orang-orang bijak mengeluh. Apa tidaknya, kala itu kita sedang berada di dua persimpangan dan di dunia yang amat berbeza.
Suatu hari pasti engkau akan tinggalkan tempat tidurmu (di dunia), dan ketenangan pun menghilang darimu. Bila engkau berada di kuburmu pada malam pertama, demi Allah, fikirkanlah untung nasibmu dan apa yang akan terjadi padamu di sana?

Hari ini kita berada di dunia yang penuh keriangan dengan anak-anak, keluarga dan sahabat handai, dunia yang diterangi dengan lampu-lampu yang pelbagai warna dan sinaran, dunia yang dihidangkan dengan pelbagai makanan yang lazat-lazat serta minuman yang pelbagai, tetapi pada keesokannya kita berada di malam pertama di dalam dunia yang kelam gelap-gelita, lilin-lilin yang menerangi dunia adalah amalan-amalan yang kita lakukan, dunia sempit yang dikelilingi tanah dan bantalnya juga tanah.

Pada saat kita mula membuka mata di malam pertama kita di alam kubur, segala-galanya amat menyedihkan, tempik raung memenuhi ruang yang sempit tapi apakan daya semuanya telah berakhir. Itukah yang kita mahukan? Pastinya tidak bukan? Oleh itu beramallah dan ingatlah sentiasa betapa kita semua akan menempuhi MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR!

Di dalam usahanya mempersiapkan diri menghadapi malam pertama tersebut, adalah diceritakan bahawa Rabi’ bin Khutsaim menggali liang kubur di rumahnya. Bila ia mendapati hatinya keras, maka ia masuk ke liang kubur tersebut. Ia menganggap dirinya telah mati, lalu menyesal dan ingin kembali ke dunia, seraya membaca ayat:
“Ya Rabbku, kembalikanlah aku semula (ke dunia), agar aku dapat berbuat amal
soleh terhadap apa yang telah kutinggalkan (dahulu).” (Surah Al-Mu’minun, ayat
99-100)

Kemudian ia menjawab sendiri; “Kini engkau telah dikembalikan ke dunia wahai
Rabi’..” Dan disebabkan hal tersebut, Rabi’ bin Khutsaim didapati pada hari-hari
sesudahnya sentiasa dalam keadaan beribadah dan bertaqwa kepada Allah!


Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kematian dan sakaratul maut yang bakal menjemputmu? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kuburan dan kengerian yang ada di dalamnya? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut akan hausnya di hari penyesalan? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut kepada api Neraka di Hari Kiamat nanti?

Sesungguhnya kematian pasti menghancurkan kenikmatan para penikmatnya. Oleh itu, carilah (kenikmatan) hidup yang tidak ada kematian di dalamnya.
“Ya Allah, tolonglah kami ketika sakaratul maut!”

Selasa, 5 Ogos 2008

Tazkirah 1

Khas utk diri aku sendiri yg selalu lalai..

Dalam kesibukan kadangkala ada antara kita yang lalai atau sengaja menggabungkan waktu sembahyang zuhur dengan asar ( sembahyang di akhir waktu zuhur dan diikuti sembahyang asar sebaik sahaja masuk waktunya).

Renungkan hadis Rasulullah SAW di bawah yang menghalang perbuatan tersebut. Saad bin Abi Waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang melalaikan sembahyangnya maka jawab baginda :
"Iaitu mengakhirkan waktu sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain. Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka mereka diancam dengan neraka wail".
Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas :
"Iaitu orang yang melengah-lengahkan sembahyang mereka sehingga sampai kepada waktu sembahyang lain, maka bagi pelakunya jika mereka tidak bertaubat Allah menjanjikan mereka neraka jahanam tempat kembalinya".
Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda :
"Sesiapa yang mengumpulkan dua sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar". (Riwayat Al-Hakim)
Wallahua'lam.