Memaparkan catatan dengan label family. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label family. Papar semua catatan

Khamis, 7 Ogos 2008

MY SWEETHEART 2

Tengahari semalam anak aku dtg ke tempat kerja aku. Sambil2 menunggu mamanya pi Avon...Kalau dah menunggu tu memang bosan la. Dah nama pun budak2,mana suka duk diam je kan. Aku pun ajak la dia 'study' buku tadika yg dia bawak bersama. Aku ajar spelling. Padahal bagi aku bab ni tinggi sket bagi dia. Anak aku ni baru kenal A,B,C..tapi dia ni suka sgt skip apa yg dia baca dlm buku dia...suka nak advance. Konon2 dah terer baca A,B, C la tu....

Aku: ok kakak...cuba eja ni..

Aleeya: K.U.C.I.N.G
Aku: bagus...jadi apa?

Aleeya: CAT (sebab dia tgk gambar tu kot)

Aku: ishh..salah.Bagi abah eja..Kakak sebut bunyi dia.. K.U ku C.I.N.G cing.......apa bunyi dia?

Aleeya: bunyi dia meoww..meoww..

Aku: ler...KUCING laaa....

Bagi aku apa yg dijawab oleh anak aku tu sebenarnya tak salah. Memang betul pun bunyi kucing "meow meow " kan..Aku je yg tak pandai mengajar kot..hehe

Sabtu, 26 April 2008

Pasal Anak Aku Lagi..part 2 of many

Tadi pi Benta dgn anak aku, Aleeya. Biasala kalau dah dua beranak je dlm tu, kena layan la borak anak kita kan. Ada masa soalan anak2 kita ni mmg susah nak jawab. Mmg aku patut join rancangan TV kat US tu kot, "Are You Smarter Than A 5th Grader".

Masa drive tu aku potong la lori ni, slow bangat kan. Bila dah potong tu, tiba2 anak aku tanya,

Aleeya : Abah, kenapa LINTAS lori tu?

Aku : Lori tu slow sangat. Tu pasal la potong. Abah bukan LINTAS, tapi abah POTONG lori tu..

Aleeya : Kenapa abah tak guna pisau POTONG lori tu?

Aku : er....( terkedu jap..lagi pun dah nak sampai Benta. Tak sempat lak jawab.Kalau jawab lagi byk yg dia soal..LOL)..OK..dah sampai ...

Morale of the story: Jawab la soalan anak2 kita walaupun kena explain berjela-jela!

Rabu, 23 April 2008

Sejuk Jap Hati Aku....



Baru2 ni naik keter dgn anak2 aku...masa tu dlm pukul 5 ptg. Saja ajak ronda2 sambil pujuk anak yg bongsu tu sbb suka sgt merajuk. Maklum la...anak bongsu kan...Masa drive tu aku pasang cd ngaji by Rashid masyari. Mmg sedap sora dia ngaji, syahdu beb. Kalu org lain dgr tak tau la kan. Taste berbeza2. Masa tgh sedap dgr ngaji tu tiba2 anak pompuan aku bersuara :

Aleeya: Abah..tolong kuat kan sikit..

Aku : (dlm hati aku...waaa, bagus anak aku ni...dia pun nak layan cd ngaji. Tk brp dgr kot sbb duk belakang..sejuk ati aku)..Jap ye, abah kuatkan volume cd ni...

Aleeya : Bukan kuatkan cd tu...kakak suruh abah kuatkan air-cond, kakak panas..

Aku : oooohh....ok

Mmm...sejuk ati kejap je...tapi takper...dpt sejukkan badan jap pekena air-cond...

Isnin, 31 Mac 2008

Happy Birthday to My Daughter




Today is the birthday of may daughter, ALEEYA. Birthday yg ke-5. Sekejap je masa berlalu.Anak aku dah 5 tahun rupanya.

Selamat Hari Jadi.Love you so much.

Khamis, 27 Mac 2008

My Daughter's 1st Drawing...

drawing from my daughter...on 31st march she will be 5 yrs old..


Isnin, 24 Mac 2008