Memaparkan catatan dengan label walk with my friends. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label walk with my friends. Papar semua catatan

Khamis, 12 Julai 2012

Sabtu, 21 Ogos 2010

doa

pagi tadi aku berjalan-jalan ke kedai saloon rambut milik seorang cina bernama angie. dah lama tak berkunjung dan lepak-lepak di kedai beliau.

masa dulu-dulu, selepas menunaikan solat jumaat, kedai angie ini memang jadi port untuk aku dan ubilepih bagi menyejukkan badan sambil borak-borak kosong. maklumlah kedai beliau berhawa dingin, pejabat kami cuma menggunakan kipas majalah. - kepada sesiapa yang ada majalah lama tu bolehlah sedekahkan kepada kami untuk dibuat kipas.

selepas borak-borak pasal cerita lama dan hal ehwal semasa, aku meminta diri untuk beredar. semasa aku melangkah keluar, angie memanggil aku.

"ini saya hadiahkan kepada kamu sempena bulan puasa. boleh guna untuk baca quran"

aku agak terkejut. tapi aku ambil juga. menda free sapa taknak.

angie menghadiahkan aku sebuah rehal untuk aku gunakan dibulan ramadhan ini. boleh juga aku gantikan rehal yang lama dan "hogeh" kat rumah aku tu.

"baca quran banyak-banyak" pesan angie lagi. selepuk kena kat muka aku. padan muka.

terimakasih banyak angie. aku doakan supaya angie diberikan hidayah oleh allah s.w.t dan semoga dibukakan hati beliau untuk menerima agamamu ya allah.

ah...harap-harap doa aku terhadap rakan bukan islam aku ini tidak diisukan sepertimana doa tuan khatib di masjid pulau pinang tempohari.

Selasa, 29 Jun 2010

forest gump

pagi ni aku angin sikit kat budak aku. dia ni nak cakap cerdik takde la cerdik sangat. nak cakap bodoh pun takde la bodoh sangat. handfon ada dua bijik. ada masa sampai lupa bunyi ringtone sendiri.

kalau aku suruh dia buat kerja cepat je buat. belum sempat habis arahan dah buat. lepas tu terkebil-kebil mata sambil garu kepala yang tak gatal sebab nak ingat balik apa yang aku suruh.

"john...pi setor jap...."

"ok bang..."

dalam lima minit datang semula kat aku. "eh...abang suruh saya cari apa kat setor tadi?"

ada masa aku keliru juga. dia ni buat lawak atau saja nak bagi aku marah. kalau aku nasihat elok-elok pun keesokannya dia buat semula.

kalau dia susun barang pun sama. suka bersepah. padahal dah takde orang lain yang akan mengemasnya nanti. dia la juga. tak kerja dua kali namanya tu.

tadi aku kata kat dia "john...kamu ni suka buang masa. betul tak?"

"eh..takde la bang"

"habis yang kamu suka sepah barang tu. balik-balik kamu juga yang mengemasnya nanti"

"takper la bang. saya tak kisah"

"menipu diri sendiri la namanya tu john!"

"eh..takde la bang. saya mana suka menipu"

"begini lah.kamu ada seluar dalam. kamu suka sangat pakai seluar dalam tu. hari ni pakai. esok pun pakai. lusa pun pakai. hari ini kamu pakai biasa. esok kamu pakai terbalik sebab nak bagi elak dia berbau. orang lain tak tau kamu pakai seluar dalam tak basuh. cuma kamu je yang tahu. tak menipu diri sendiri namanya tu?"

"apa kena mengena dengan kerja saya bang?"

"entah. pikir lah sendiri..." keh keh keh!!!

*nama sedap, john. tapi ada masa aku panggil dia john-ngos.

Sabtu, 22 Mei 2010

jujur

pagi semalam aku ke benta untuk minum pagi. tengah sedap mencekik pulut campur sambal ikan bilis aku ternampak cdjay kat seberang jalan. jalannya cukup teratur sambil mata merenung ke bawah. nampak sedang memikirkan sesuatu. 

sedang dia leka berfikir, aku memanggilnya untuk minum sekali. nampak beliau macam terkejut dari lamunan. mula-mula cdjay menolak. tetapi setelah tiga kali dipelawa cdjay akur. beliau memesan juadah sama dengan apa yang aku makan.

"aok dari mana ni cdjay?"

"keh datang dari masjid lah bang"

"aok solat dhuha ke?"

"hehe..tak lah bang. keh saja-saja berborak dengan orang tabligh kat masjid tu"

"mende yg aok borak?"

"takde mendenye juga.keh nak borak dengan dia orang. tapi dia orang macam tak layan je ke keh"

"mungkin dia orang tengah sibuk kot. aok pi ngacau buat mende"

"entah la bang. bang... keh nak tanya sikit"

"tanya la..."

"keh nak rokok sebatang boleh?"

"ler..ingat kan bendanye. abihkan dulu pulut tu. nanti keh bagi"

"bang... keh ni ada masa rasa pening kepala. macam migrain. kata orang keh ni ada penyakit skizofrenia"

"skizofrenia? mendenye tu?"

"skizofrenia ni macam sakit otak. mudah kata gila la. betul ke keh ni gila bang?"

"err.... aok nak rokok tadi ye. nah amik la isap............"

Khamis, 29 April 2010

gaji naik angin naik

- itu kata ubi kepada aku pagi tadi..

- aku kata inilah dia 'cowboys paradiso'

- ini pula kata pyanhabib dari blog beliau:

Tolong hebohkan: cucu saudara mentua Pyanhabib, Aminul Rashid mati ditembak polis!

- TAYAR sudah ditembak, kereta sudah terbabas. polis tidak puas hati lagi? bagaimana aminulrashid seusia 15 tahun boleh ditemui mati ditembak polis? semoga pembunuhnya dilaknati allah!

- Sebelum ini, seorang wanita juga alami hal yang sama, wanita itu cedera parah dan mendakwa lima kali ditembak tetapi tidak mati!

-Kasih sayang, ajal maut, kuasa tuhan, ya. (gua tidak pertikai kuasa tuhan, gua tidak pertikai `kuasa' polis tetapi kenapa ada polis salah guna `kad kuasa'?)

-Jika seseorang itu disyaki penjenayah sekali pun, kenapa ditembak mati? apakah kerana `disyaki' maka polis berhak tembak mati sesiapa sahaja?

-Jahat atau tidak, budak bawah umur harus dilindungi polis. itu perlembagaan!

-Lebih 20 tahun yang lalu, rakan adik gua juga mati ditembak polis hanya kerana `disyaki'.

-lebih 10 tahun lalu, adik gua dilokapkan seminggu tanpa dibenar hubungi keluarga, juga kerana `disyaki'.

NOTA :
aminulrashid adalah cucu saudara emak mentua gua. ditembak mati polis isnin malam, selepas pulang bersama rakan dari menonton perlawanan bola sepak. dan rakannya itu anak pegawai polis!- pyanhabib

Isnin, 19 April 2010

midun oh midun!

*mood untuk menulis sudah mari!! terimakasih kepada midun!!

baru-baru ni aku ke kl bersama dengan ubi. kami singgah di sebuah kedai buku di batu cave sana. ketika aku sedang asyik membelek buku resepi masak memasak, telefon aku berbunyi. panggilan masuk dari midun pagar sasak rupanya. (kalau kamu ingat, aku pernah buat entri pasal midun ni dulu. dia ni memang suka membaca buku. dulu dia ada pesan buku 'malu bertanya tentang seks')

midun: salam 1malaya bro!
aku: salam
midun: lu kat mana tu bro. kl ke?
aku: aik...dapat hidu je keh dimana ye
midun: biasalah. gua kan ada kuasa psikik. buku yang gua nak tu lu boleh belikan tak?
aku: ceh...setakat duk pagar sasak tu tak payah la gua lu gua lu dengan keh ni
midun: relax la bang. jangan marah kat keh
aku: ha...buku mende aok nak tu? keh lupa la
midun: ala...buku telaga biru yang tajuk nye 'malu bertanya tentang solat jlid 1 dan 2'
aku: demeh ni asyik malu bertanya jeh.
midun: biasalah bang. keh ni memang pemalu orangnya
aku: lantak aok la midun.... keh kat kedai dvd ni. nanti la keh cari buku tu. demeh ada nak kirim dvd tak? (aku saja-saja kata aku kat kedai dvd.padahal aku di kedai buku.mood menyakat sudah meresap)
midun: keh tak minat dvd ni. buku ok la. lagi pun keh ni jenis suka membaca. layan dvd ni buang masa keh je.

berlagak pulak midun ni. nak kena dengan aku midun ni. tanduk aku mula tumbuh. dibantu pula oleh tanduk ubi. bertanduk-tanduk la aku jadinya.

aku: keh ada jumpa dvd kamasutra ni. pelakon lawa-lawa.nak ke?
midun: dalam bahasa melayu ke bang?
aku: bahasa inggeris la weh! tapi subtitle melayu ada. nak ke taknak ni?
midun: boleh juga...tapi bajet sikit ni
aku: ala... duapuluh ringgit jeh
midun: ermm. boleh juga. buku tadi tu kira kensel la. abang beli dvd je untuk keh.

cehhh! baru kena sakat sikit dah goyang!

Ahad, 21 Mac 2010

pilem pendek pertama kami

pilem sayang salmah
lakonan: cd jay
arahan: aldino
penulis skrip: ubilepih
kamera: benludin

minta maaf je la. pilem ini bakal mengenepikan hollywood dan bollywood kerana kesemuanya itu adalah pilem-pilem kayu.

pilem kami ini lebih bermoral dari pilem razak mohaideen, lebih aksi dari pilem yusuf haslam dan lebih seram dari pilem ahmad idham.

pilem yang dirakamkan di kg.sama, benta. kami terpaksa mengharung semak samun bagi mendapat angle yang baik untuk dirakam. nyamuk pun banyak, nak pegang kamera pun susah. nasib baik aldino ada rokok gudang garam. bila pekena sebatang dua dapat juga asapnya menghalau nyamuk. (kalau kamu nak mengembara ke hutan amazon jangan lupa bawa sekali aldino sebagai teman. beliau adalah seorang saviour atau penyelamat ketika di saat-saat genting).

cd jay pula adalah pelakon yang tidak berlakon. maksud aku apa yang dipertuturkan itu adalah dialog tanpa skrip (mungkin kerana skrip yang ditulis oleh ubilepih tidak dihafal). semuanya adalah luahan hatinya. luahan yang telah lama dipendam. tunggu masa je untuk dilepaskan.

banyak ilmu yang bakal diperolehi dari cd jay. kalau nak tengok sila klik sini.

Khamis, 11 Mac 2010

kisah peniaga melayu - part i

"kamu kalau berniaga kena la target pasaran untuk multi-racial. baru boleh maju-saing. kalau boleh jangan gantung ayat-ayat suci al-quran kat dinding kedai. bacaan ayat al-quran pun jangan mainkan kat radio tu. takut nanti orang-orang bukan islam tak masuk kedai kamu ni"

"buat apa berniaga. nanti bila kamu dah tua siapa nak ambil alih perniagaan kamu ni. anak-anak kamu minat ke berniaga?"

*petikan kata-kata hikmah dari seorang pelajar universiti yang bijak pandai terhadap rakannya yang baru ingin memulakan karier sebagai seorang peniaga kedai runcit.

Jumaat, 12 Februari 2010

salam jumaat dari aldino

gajet didepan rumah aldino.botol untuk apa tu aldino?

memang ramai benar kawan-kawan aku yang bernama din. untuk mengelakkan kekeliruan atau tersalah umpat, maka konco-konco sekampung telah sebulat suara untuk menokok-tambah di hujung nama setiap din. dengan itu wujudlah nama din belut ( berperangai licik memonteng kerja), din public ( kerja di public bank), din selampit (belum dapat info sebab apa dipanggil begitu), din komputer ( pakar baik pulih serta menjahanamkan komputer), din ketar (kontraktor yang tangannya selalu gigil), benludin (yang bermakna orang yang baik-baik) dan aldino.

balik kepada aldino.pada hari ini aku akan bercerita sedikit (ulang suara: sedikit) mengenai kawan aku yang bernama aldino. beliau pernah popular sebagai kartunis pada era 80an. karya kartunnya terdapat dalam majalah kanak-kanak bambino dan bujal (yang mana kanak-kanak yang membacanya dahulu sudah tua-tua pun sekarang). dan beberapa majalah terbitan dbp yang lain.

bagi aku beliau adalah seorang insan seni yang berbakat besar. biasalah, setiap orang ada masalahnya sendiri. termasuk juga aldino. cuma masalah hidupnya kebelakangan ini membuatkan dirinya rimas untuk berkarya. rakan-rakan beliau perlu melakukan sedikit 'alignment' bagi memulihkan semangatnya untuk berkarya semula.

aku pun taknak cerita banyak banyak pasal aldino ni. kalau nak baca kisah selanjutnya kamu semua boleh baca di blog ubilepih.

-dibawah ini ialah gajet-gajet kepunyaan aldino yang menjadi temannya kemana sahaja beliau pergi.

mancis api cap lada yang original.

garam

dua kotak rokok dan salah satu kotak akan ditanda dengan pisau lipat.

aku doakan semoga aldino kembali berkarya dan berjaya.


* "oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesusahan itu, ada kesenangan" -surah al-insyiraah ayat 5-6

Selasa, 9 Februari 2010

planet rabak

baru kejap tadi aku jengok link ke blog-blog yang rajin aku kunjungi kat sebelah kanan tu. kalau ada blog yang baru update, aku akan terus terjah dan baca. tiba-tiba terpandang blog nik dengan tajuk 'kita pejuang pas'.

wah!! dasyat nikbinjidan sudah menjadi penyokong tegar parti pas.

aku klik dan baca.

wahh!! terpegun lagi sekali sebab tengok layout dan template pun cantik.

entri pun nampak kemas disertakan dengan ayat quran dan hadis.

dasyat nikbinjidan!! mungkin selepas ini beliau akan bertukar arah kepada penyanyi lagu nasyid.

tapi, selepas aku skrol atas. skrol bawah. skrol kiri. skrol kanan. ishhh! rupa-rupanya aku tersalah blog. ingatkan blog nikbinjidan. rupanya blog nik abduh nik aziz...

*tajuk blog nikbinjidan ketika dan saat ini ialah 'tak de apa'....

Isnin, 25 Januari 2010

kantoi

"beep...beep...beep" tiba-tiba satu mesej masuk.

aku capai telefon bimbit, ada mesej dari din belut...

"aslmkm man. man dah gaji ke ari ni?"

masa bila pulak nama aku man?

masa bila pulak aku kerja makan gaji?

Jumaat, 8 Januari 2010

salam jumaat dari din belut

tadi aku berdebat dengan kawan aku yang bernama din belut. dia ni pelik sikit. kalau berdebat pasti nak menang. dasar benang basah betul mamat nih.

ada masa memang dia nampak sangat kebodohannya ketika berdebat. aku taknak cerita pasal perkara yang kami debatkan. nanti panjang pulak aku kena taip. haha! kat sini aku cuma terkejut atas perkataan yang keluar dari mulut beliau.

masa tengah-tengah berdebat tu dia melafazkan kalimah "la illah...".

aku tegur dia "din... kalau nak lafaz kena la habiskan. kamu tau ke maksud ayat tu?".

"tau bang. maksud dia 'tiada tuhan'" jawabnya selamba.

"abih tu. kenapa tak habiskan?" aku tanya balik.

"tak apa bang. apa-apa hal saya tanggung." kata din.

"hah? berani betul kamu ni din!!"

"apa kisah. itu antara saya dengan allah" kata din tanpa rasa bersalah.

terkedu aku. hebat dan tinggi benar ilmu dia. gang-gang ayah pin pasti tabik kat dia nih. atau pun mungkin dilantik menjadi timbalan ayah pin.

elok la. ketua ayah pin. timbalan ayah din. ngam!!!!

*doa-doakan semoga din belut terbuka hatinya untuk berubah.

Isnin, 2 November 2009

siri berbual dengan ... art fazil

art fazil dan pyanhabib

minggu lepas aku ke kl sempena pelancaran buku meor yusuf azzidin yang bertajuk 'sembang tepi jalan'. hebat-hebat belaka tetamu yang hadir pada hari itu. antaranya ialah pak samad, pyanhabib, rahmat haron, nikbinjidan, amir, gurdesh dan kawan-kawan meor yang lain. aku je yang tak hebat. gambar-gambar mereka ada di sini.

ia merupakan hari yang istimewa bukan sahaja kerana dapat menyaksikan persembahan mereka yang hebat-hebat itu tetapi juga atas kehadiran kawan lama aku, art fazil, yang sudah hampir sebelas tahun tidak bertemu (kecuali berhubung melalui ym). lama beliau merantau di london, sampai dapat title permanent resident. beliau datang bercuti ke malaya atas urusan pelancaran album terbarunya yang berjudul 'syair melayu'. kat singapura telah lama dilancarkan. cuma menunggu masa sahaja untuk dilancarkan disini.

setelah selesai program pelancaran buku meor, kami lepak di kedai mamak yang berhampiran. bercerita kisah-kisah lama ketika di perantauan dulu. diselang-selikan dengan cerita agama, tentang hidup, tentang mati, kisah buku, kisah pilem, perjuangan muzik beliau dan kisah-kisah di london yang tidak seperti dahulu.

"london tak macam dulu. sepuluh tahun dulu kita bebas untuk bekerja walaupun tanpa permit. dulu kalau pelajar kerja di restoran jadi tukang cuci pinggan pun masih rasa selamat. takde pihak imegresen nak kacau. tapi sekarang dah lain. pihak imegresen sering buat pemantauan. silap-silap kena tangkap lepas tu kena hantar balik ke malaya. habis!!"

"kenapa jadi macam tu ye?" aku bertanya

"salah satu sebabnya ialah selepas peristiwa 911 dan london bombing. selain dari itu pendatang asing pun dah terlalu ramai. macam-macam warganegara dah ada. termasuklah bapok-bapok dari malaya. dia orang pun dah pandai buat duit kat sana"

"eh ye ke art?. pe ke jadah bapok pi ke sana?"

"ye la...currency sini lebih tinggi. sekali jual dapat tujuh kali ganda dari pendapatan di malaya per.."

hahaha...kami gelak.

"bukan tu je ben. suasana kawan-kawan pun dah lain. tak macam dulu. dulu kalau petang-petang kita rajin turun padang main bola. tak pun pi lepak mana-mana sambil tengok wayang. tapi sekarang kawan macam tu dah takde."

"sebab apa jadi macam tu? pelajar malaya dah tak ramai ke?"

"bukan. dia orang bawak budaya di malaya ke london"

"ish...elok la tu. budaya melayu" tambah aku.

"ceh...budaya melayu apa. melayu bila datang sini lebih mat salleh dari mat salleh sendiri. dia orang bawak budaya clubbing la. mat salleh selalu pi clubbing hujung minggu je. tapi orang kita tiap-tiap malam pi clubbing."

hahaha...kami gelak lagi.

setelah hampir dua jam kami berbual, kami berempat termasuk ubilepih dan pyanhabib berjalan pulang. kami berpecah di hentian masjid jamek. art fazil menuju ke masjid jamek untuk menunaikan solat maghrib. sementara kami pula meneruskan perjalanan ke restoran mualaf di melawati. lepas makan, kami bersolat di surau restoran tersebut.

art....semoga bertemu lagi. ucapan tahniah kepada kamu kerana berjaya menunaikan haji beberapa tahun yang lalu. alhamdulillah. lu memang hebat la tuan haji art fazil....haha..

*makan-makan di restoran mualaf memang sedap. ditambah pula dengan petai yang dibawa khas oleh akiart. ya...toilet restoran mualaf sudah berbau petai!! hahaha!

Sabtu, 17 Oktober 2009

dari rakyat untuk rakyat

i. selamat hari deepavali untuk muthusamy karupiah dan rakan-rakan.



ii. mawi dan siti- tolong ketepi-anak mudah dah bosan.

Ini sebuah album yang merakamkan bunyi, suara, gendang, bangsi, puisi, lagu dan nada perjuangan rakyat.

Sepuluh buah lagu dalam Album ini dilahirkan dari pengalaman seniman yang bertempur sebaris dalam angkatan rakyat.

Album ini diisi dengan bunyi akta zalim ISA – suara YB yang korup - dan laungan untuk bersama berani turun ke jalan raya. Juga di puisikan kembali pembunuhan Memali. Semua lagu-lagu digubah , dimusik dan dinyanyikan oleh Meor Yusof Aziddin.

Hanya sebuah lagu tentang pejuang kemerdekaan : Shamsiah Fakeh yang dimerdu dan dilunakkan oleh gadis cun : Mlle Mei Chen.

Lirik lirik ditulis oleh perbagai bentuk jenis manusia dari Rahmat Haron, Amin Iskandar, Amir Hamzah, Pyanhabib, Isham Rais, Abdullah Jones dan Ubilepeh.

Susuk yang dipanggil Meor ini bukan orang baru dalam dunia seni. Di zaman gempaq reformasi dahulu – ramai penyanyi genre bodek telah kecut telo – tetapi anak muda si Meor ini telah mara ke hadapan dengan gitarnya untuk mendendang dan menyemarakan api reformasi di jalan jalan.

Justeru album Dari rakyat Untuk Rakyat ini telah mengeluarkan fatwa untuk mengharamkan lagu-lagu bergenre bodek, lagu merewang-merewang atau lagu jantan bodoh menangis ditinggal kekaseh.

Album ini adalah dalam tradisi Paris Commune 1871 – dimana para pejuang – para communard - setelah hangat bertempur akan berehat dengan suara nyanyian, gesekan biola dan tiupan bangsi para revolusineer untuk bangun bersemangat kembali agar dapat bertemur di keesokan hari.

Kalau Internationale lahirkan oleh Eugène Pottier di Paris Commune pada June 1871 – maka Dari Rakyat Untuk Rakyat ini dilahirkan dari pertempuran reformasi semenjak tahun 1998.

Anak muda yang mengakui dirinya anak muda wajib memiliki album ini. Hanya anak anak muda yang telah dituakan tidak perlu mencium atau mendengar dendang-dendang dari album ini.Para revolusineer yang ingin mengubah dunia album ini adalah teman bersantai. Untuk para reformis album ini adalah tanda setia terhadap perjuangan.

Untuk mereka yang berani mengakui diri sebagai susuk berseni maka album ini adalah passport dan kad pengenalan diri.

sumber: TT

Isnin, 14 September 2009

24ramadhan


BERBESAR HATI LAH HENDAKNYA

dia seniman
dia pelukis
dia kartonis
dia reformis
dia suami
dia ayah
dia kawan baik pyan habib

setiap kali kau akan ditemui dia di jalan raya
setiap kali ada tunjuk persaaan
kau akan temui anak isteri dan dia

setiap kali kau lihat si lelaki mendorong kereta sorong membawa anak adalah dia

hari ini dua anaknya terlantar di hospital

nota:

layarilah blog:kulupsakah.blogspot.com
atau
akuoku.blogspot.com

sila masukkan bantuan keewangan ke akaun:Maybank 1620 2136 3678 Raja Rohaisham binti Raja Muhaiddin.

sila berhubung untuk memberi bantuan :016-2525597 atau email ke oku_aku@yahoo.com

dipetik dari blog TT

*rakanku kulupsakah-kami doakan supaya anak kamu cepat sembuh dan sihat seperti sediakala....amin..

Ahad, 9 Ogos 2009

suara mereka vii

tajuk: H1N1
suara: jawa peranakan
H1N1..

Manusia = 16 / Babi = 0..
Manusia mati 16 / Babi mati 0..

Demi mempertahankan babi, manusia dibiar mati..

1 Malaysia sedang mati..

Rugi kamu menjadi manusia di sini..

Isnin, 27 Julai 2009

encik midun datang lagi..

Encik Midun tiba-tiba datang ke tempat aku. Lama dia menghilang. Mungkin dia kecewa sebab buku Kamasutera yang dia pesan dengan aku dulu tu ketiadaan stok. Bila nampak aku terus je dia bertanya:

"Bang...tadi kome beli buah betik kat kedai Mie Buah. Tapi bila makan buah tu kome rasa telur. Sebab apa ye?"

"Nak kena penerajang kome ke??"

"Relaks la bang...napa deme marah-marah ni?"

"Dah basi dah teka-teki tu..."

"Bang dah tau lama ke?"

"Deme je ketinggalan zaman. Lain kali jangan duk bertapa lama sangat kat Kg.Pagar Sasak tu. Tak in langsung deme nih!!"

Label: 35sx--utk kanak-kanak umur 35 tahun ke atas sahaja.

Isnin, 1 Jun 2009

suara mereka v

(scheduled entry)

Tajuk: PENDEKAR BUJANG LAPOK
Suara : jawa peranakan

Ramlee, Ajis dan Sudin tiba di hadapan sebuah sekolah dewasa. Pada papan tanda sekolah itu tertera ayat ‘Sekolah Umum Buta Huruf’.

RAMLEE : (SAMBIL MENUNJUKKAN KE ARAH PAPAN TANDA SEKOLAH) Yang itu apa macam bacanya?

SUDIN : Alif Mim Nun Wau…. Alif tendang wau…. Oooo..Ini sarkis…

RAMLEE : Aik? Begitu punya panjang tulisnya..Bacanya pendek..Sarkis?

SUDIN : Yang panjang tu bunganya aje..

AJIS : Eik? Baca pun pakai bunga?

SUDIN : Ye la..Tak kan hutang je pakai bunga?

Itulah antara dialog popular di dalam filem Pendekar Bujang Lapok arahan seniman agung P.Ramlee. Saya tidak meletakkan gelaran Tan Sri pada nama P.Ramlee kerana saya tidak merasakan bahawa Allahyarham memerlukan gelaran tersebut kerana kini beliau lebih memerlukan doa dan Al Fatihah daripada kita semua.

Sedarkah anda bahawa P.Ramlee telah cuba menghantar mesej kepada masyarakat pada zaman tersebut dan juga kepada kita sekarang melalui karya-karya beliau termasuklah menerusi dialog di atas?

Mari kita perhalusi. Apakah perkataan yang terbina hasil gabungan ALIF MIM NUN WAU? Kepada anda yang buta jawi, mari saya bantu. ALIF MIM NUN WAU membina perkataan yang berbunyi AMNU. Biasa dengar perkataan AMNU? Boleh juga disebut UMNO. Ya.. UMNO lebih biasa kita dengar dan lihat.

Nah..Nampaknya jelas P.Ramlee cuba menyamakan UMNO dengan sarkis. Jika benar begitu maka seluruh warga Malaysia dari dulu hingga sekarang hidup di dalam keberuntungan yang amat hebat. Kenapa? Kerana kita tidak perlu membeli tiket untuk melihat ahli sarkis beraksi saban hari.

Satu persoalan timbul. Mengapa P.Ramlee bertindak sedemikian? Kebetulankah?

Al Fatihah untuk seniman agung tersebut. Dan juga untuk seluruh muslimin dan muslimat yang telah pergi mendahului kita.

p/s: terimakasih sekali lagi kepada jawa peranakan kerana sudi menghantar entri untuk blog aku...

Jumaat, 22 Mei 2009

suara mereka iv

Tajuk: Bukan Kerana Nama.

Suara : Enche Jawa Peranakan(belum ada blog)


Antara cadangan untuk meyelesaikan masalah Mat Rempit ialah dengan menukar nama Mat Rempit kepada SAMSENG JALANAN..

Apakah dengan menukar nama penyakit akan menyembuhkan penyakit tersebut?

Jika begitu..

Sila tukar nama Perogol kepada SAMSENG KEMALUAN..

Sila tukar nama Perompak kepada SAMSENG BANK / KEDAI EMAS..

Sila tukar nama Peragut kepada SAMSENG BEG TANGAN..

Sila tukar nama Perasuah kepada SAMSENG DUIT BAWAH MEJA..

Sila tukar nama Penagih kepada SAMSENG KHAYALAN..

Sesungguhnya aku enggan bersetuju dengan kebodohan..

PS-Sila tukar juga nama Selsema Babi kepada SELSEMA KUCING..Pasti ianya akan mudah diselesaikan kerana kucing lebih jinak berbanding babi..Kucing juga tidak haram..


p/s: terimakasih diucapkan kepada enche jawa peranakan kerana sudi menghantar entri untuk disiarkan diblog ini.