pilem sayang salmah
lakonan: cd jay
arahan: aldino
penulis skrip: ubilepih
kamera: benludin
minta maaf je la. pilem ini bakal mengenepikan hollywood dan bollywood kerana kesemuanya itu adalah pilem-pilem kayu.
pilem kami ini lebih bermoral dari pilem razak mohaideen, lebih aksi dari pilem yusuf haslam dan lebih seram dari pilem ahmad idham.
pilem yang dirakamkan di kg.sama, benta. kami terpaksa mengharung semak samun bagi mendapat angle yang baik untuk dirakam. nyamuk pun banyak, nak pegang kamera pun susah. nasib baik aldino ada rokok gudang garam. bila pekena sebatang dua dapat juga asapnya menghalau nyamuk. (kalau kamu nak mengembara ke hutan amazon jangan lupa bawa sekali aldino sebagai teman. beliau adalah seorang saviour atau penyelamat ketika di saat-saat genting).
cd jay pula adalah pelakon yang tidak berlakon. maksud aku apa yang dipertuturkan itu adalah dialog tanpa skrip (mungkin kerana skrip yang ditulis oleh ubilepih tidak dihafal). semuanya adalah luahan hatinya. luahan yang telah lama dipendam. tunggu masa je untuk dilepaskan.
banyak ilmu yang bakal diperolehi dari cd jay. kalau nak tengok sila klik sini.
Isu Niaga Makan Lagi....
4 minggu yang lalu
4 ulasan:
Bravo Cd Jay...Muga sebaris dgn Roysham Nor....hehe..
Hero ganteng itu, jambulnya kian gondol, membuat dia amat tidak menyauk rambutnya ke belakang macam siti norhaliza sebelum punya Datuk K.
mudah-mudahan usaha kamu itu satu ibadat...
PS,
uwei patut amik dia berlakon
pak hashim,
mudah-mudahan begitu la...takut ada yg menganggap ia satu penghinaan.
tak sempat aku..cbok ckit
Catat Ulasan