"kamu kalau berniaga kena la target pasaran untuk multi-racial. baru boleh maju-saing. kalau boleh jangan gantung ayat-ayat suci al-quran kat dinding kedai. bacaan ayat al-quran pun jangan mainkan kat radio tu. takut nanti orang-orang bukan islam tak masuk kedai kamu ni"
"buat apa berniaga. nanti bila kamu dah tua siapa nak ambil alih perniagaan kamu ni. anak-anak kamu minat ke berniaga?"
*petikan kata-kata hikmah dari seorang pelajar universiti yang bijak pandai terhadap rakannya yang baru ingin memulakan karier sebagai seorang peniaga kedai runcit.
Isu Niaga Makan Lagi....
4 minggu yang lalu
9 ulasan:
ben, tolong cakapkan kat kawan ko yang nak meniaga tu pesanan aku nih..
orang yang nak membakar semangat tu seorang usahawan yang berjaya ke tahap jutawan ke? kalau tidak, pedulik kan kata kata penuh hasad dengki tu, teruskan usaha isnya'Allah kejayaan akan menyusul satu hari nanti...bayangkan anak cucu nanti adalah pemegang saham dan pengusaha rangkaian supermarket macam walmart ke tesco ke carrefour ke....isya'Allah.
rakan rakan dia yang lain tolong lah do'akan kejayaan sahabat kita nih. jangan jadi si tongong yang seorang tu
Biasalah tu...
orang tak tahu dan tak pernah berniaga fikiran dia kelabu sikit.
Bagi dia baca buku Jutawan Senyap.
Chef Li: (Kita perlu) Idola dalam bidang yang kita nak kerjakan. Sebab, bisnes ini bukan suatu yang mudah buat terus menjadi, selalunya lari jauh daripada apa yang kita rancang. Jadi apabila kita jumpa dengan idola yang tepat, kita akan mendapat nasihat-nasihat yang positif. Jadi maknanya, dalam berkawan pun kena pilih juga dah jadi usahawan-usahawan ini. Tak sesuai lagi kita dah jadi usahawan ini kita berkawan dengan orang yang minat memancing, minat burung dan sebagainya.
Bila kita meluahkan susah payah kita pada beliau, dia akan kata:
‘dah kata dulu dah, bisnes memang macam tu, susah’
Tapi kalau kita jumpa satu rakan ataupun seorang idola, ataupun seorang mentor yang memang seorang usahawan yang tulen, bila kita mengadu padanya:
‘Aku berniaga ni dah dua minggu, merosotlah, tak mencapai sasaran’.
Dia akan tanya ‘Berapa jualan engkau sekarang?’.
‘Dulu-dulu selalu lima ratus, sekarang cuma empat ratus’.
Jawabnya pula ‘Empat ratus bagus lagi, aku dulu pernah lima puluh saja’.
Semangat bro...cekal dan tabah...penting...baru member sejati.
..bab kondem mengondem nih orang melayu memang nombor wahid..kalo kita senang depa tolong dengki..kalo susah lak depa pakat ramai2 tolong nengok..itu pun kira nasib baik kalo idak depa tolong gelak lak lagi..
Ben,hang ckp kat kwn hang tu...kalau budak unibersiti tu kata mcm ni lagi kat dia...jwp je mcm ni;
"ayat quran tu dalam B.Arab, orang Melayu, Cina, India,Omputih, Bajau, Siam dengaq ..multi racial la tuh, dah kira 1 world dah".
p/s:sungguh bijak budak universiti, hasil acuan rakyat terbilang la kut.
p.c.
Kritikan daripada orang yg zalim ialah sumber kekuatan untuk orang yg ingin berjaya. Kritikan tersebut umpama kempen percuma, iklan yg terhormat dan pemberitahuan tentang kebijaksanaan seseorang....
Jangan buat apa apa, jangan cakap apa apa, jangan jadi sesiapa JIKA ANDA TAKUT DIKRITIK!!
....
kata kata ini dipetik dari buku "kunci kejayaan minda" oleh Dr 'Aidh Abdullah Al-Qarni.
pandai budak universiti tu. pandai nak MAMPUS!!!!
universiti atas bengkel motor tu..
jgn ada buku 3-5.. hehehe
kesian orang melayu
Catat Ulasan