Memaparkan catatan dengan label walk of horror. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label walk of horror. Papar semua catatan

Jumaat, 4 Disember 2009

jangan pandang belakang


SPRM: Ahmad Said bersara awal, diganti timbalannya
mungkin atas sebab berita Pengawal nampak lembaga 'Teoh' di pejabat SPRM ?

hah...sudah!! cabuttttt..!!!!

*brader kat atas tu seorang yang berani kerana tidak kecut perut ketika bergambar bersama 'teoh'...

Jumaat, 8 Mei 2009

kedai ditutup sementara

Harap Maaf

Kedai kopi aku ditutup untuk beberapa hari.

Kalau kamu mahu menjamu selera sila ke Warung Dollah Topi

Nasi lemak sambal tumis petai aku ada di sana.

Segala sampah sarap atau puntung rokok kamu juga sila tinggalkan disana. 

(aku nak ke Perak...dengar cerita dia org nak lantik aku jadi Speaker DUN yang ketiga)

Selasa, 13 Januari 2009

israHELL part 2


Arab League and Gaza

Israeli raid on Gaza
Gaza massacre

Semua lukisan-lukisan kartun diatas aku ambil a.k.a rembat dari blog encik Carlos Latuff seorang warganegara Brazil.

Kepada sesiapa yang berani nak contact si zionis-zionis dibawah ni dipersilakan:

Let's start with war criminal, Mark Regev, International Media Adviser to the Prime Minister.

His MOBILE number is: +972-5-0620-3264 and his office number is +972-2670-5354
If you like to follow your call/sms with an email, use this one:
mark.regev@it.pmo.gov.il

Second war criminal, Shlomo Dror in the Ministry of Defence.
His MOBILE number is +972-5-0629-8148, office number is +972-3697-5339, fax number is +972-2670-5602
As before, if you like to follow it up with an email, use this:
mediasar@mod.gov.il

Third war criminal is Major Liebovitz from the Israeli Navy
His MOBILE number is +972-5-781-86248

Reference: sabbah's website

Aku dapat info ni dari sabbah.Tapi bila nak surf semula website dia dah hilang.Kena hack kot? Jangan-jangan lepas ni blog aku pulak kena hack dgn zionis! err...lepas ni aku berblog kat lipis dailyphoto je la kot..

Nota:
Bukan aku taknak call tapi kredit aku abih. Ko orang je la call nombor-nombor kat atas tu ye.Apa-apa hal bagi tau aku samada ko orang kena maki ke tak..hahaha..good luck..

Isnin, 22 September 2008

Hantu part 1

Hari ni aku teringin nak bercerita pasal hantu.Tapi boleh seram ke? Sebab bulan posa ni mana ada hantu. Hantu kena ikat kesemuanya. Tapi berdasarkan pengalaman aku, hantu masih ada atau terlepas walaupun di bulan posa ni.Ikuti kes-kes aku berjumpa atau berdialog dengan hantu:

I.
Hantu ni wujud ketika aku solat terawih. Selalunya dia duk bersebelahan dengan aku. Aku terasa wujudnya hantu disebelah aku bila dia meng-amin-kan surah al-fatihah yang dibaca oleh imam. Ada masa 'amin' dia memang nyaring dan berangin,sehingga membawa kesan sampingan yang menusuk hidung.Walaupun aku lari bertukar tempat, tapi ada masanya baunya masih sampai kepada aku. Bau hantu ni memang tak menyenangkan aku dan makmum-makmum lain. Bau yg amat busuk,tengit! Ada masa macam bau bangkai. Terawih punya pasal, aku teruskan juga walaupun risiko di kacau oleh hantu jenis ni. Aku tak takut sgt hantu ni, tapi bau dia amat merunsingkan aku.

II.
Hantu jenis ni lak wujud time berbuka jeh. Pelahap yg amat. Tak peduli dah org lain duk semeja dapat makan ke tak. Hantu ni memang jenis pentingkan diri sendiri. Time aku dah kawin ni dah takde hantu ni. Tapi masa zaman bujang memang banyak berkeliaran. Pantang azan maghrib je,hantu ni terus menerkam dengan lahapnya..

III.
Hantu jenis ketiga ni plak suka menganggu ketika org solat isya atau terawih. Time imam baca surah,hantu ni pun baca juga. Kuat lak tu,ngalahkan imam. Ada masa dia baca surah lebih advance dari imam. Imam baru baca ayat 1, hantu ni dah baca ayat ke 2. Tak menganggu solat ke tu?? Kalau boleh aku nak cekik je hantu jenis ni. Tapi lepas solat pandai lak dia diam..lahabau..

Aku rasa tempat kau org pun wujud juga hantu-hantu kat atas tu.Nama-nama hantu di atas dan sesi dialog aku dgn hantu:

i. Hantu Petai-.."esok tolong berus gigi leh tak?"

ii. Hantu Makan.."ingat kau sorang je ke yg posa??"

iii. Hantu Punya Budak!!!.."weehh..boleh tolong diam tak?"

Maaf ye hantu-hantu.Jangan cekik gua..!