Memaparkan catatan dengan label lambaian kaabah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label lambaian kaabah. Papar semua catatan

Isnin, 17 Ogos 2009

sambungannya disini...

(Entri ini berkaitan dengan entri aku sebelum ini yang bertajuk "nak tanya..." dan juga entri di blog Enche Pyanhabib yang bertajuk "mari mengaji..")

1.618

Fi ialah simbol bagi pemalar popular nisbah keemasan (1.618...) dan digunakan dalam pelbagai bidang, termasuklah matematik, seni lukisan, dan seni bina atau dalam bahasa inggerisnya ialah Golden Ratio.(aku tak berapa ingat dah formula ni.Mungkin aku ponteng kelas masa cikgu mengajar.hehe..)

"Phi Constant- 1.618, superior design number of mathematics. The Creator has always used the very same number in numerous events in the universe; in our heart pulses, the aspect ratio of DNA spiral, in the special design of the universe called dodecehadron, in the leaf array rules of plants called phylotaxy, in the snow flake crystals, in the spiral structure of numerous galaxies. The Creator used the same number; the number of golden ratio which is 1.618…

It is determined that this ratio has been used for the design of various reputable architectural structures, even including Pyramids in Egypt. ......"

Salah seorang saintis bernama Dr. Steven Markout,telah membuat kajian dan mengatakan kiraan proportion pada muka atau badan manusia juga menghasilkan Golden Ratio iaitu 1.618.

Ratio ini juga digunakan oleh astronomer terkenal iaitu Kepler. Ia juga turut digunakan oleh pelukis, jurutera dan arkitek terkenal iaitu Learnardo Da Vinci.

Dalam kajian mereka seterusnya:

1. Jarak antara Mekah dan Kutub Utara = 7631.68 KM

Jarak antara Mekah dan Kutub Selatan = 12348.32 KM

Proportion antara dua jarak tersebut = 12348.32/7631.68= 1.618

2. Phi matrix program yang dihasilkan oleh Amerika juga menggunakan Golden Ratio 1.618 untuk menghasilkan gambar atau lukisan.

3. Didalam surah al-Imran ayat ke-96. Jumlah huruf didalam ayat tersebut ialah 47. Bila dikira Golden Ratio ayat tersebut dimana 47/1.618 = 29. Apa makna 29 tersebut? Perkataan yang ke-29 didalam ayat tersebut ialah (bibakkah) Makkah. (aku kira ada 43 huruf..kulupsakah kira ada 40 huruf..pyanhabib pulak tak kira,dia terus gulung..haha. Ummzaid mungkin dapat 47 huruf kot??).

"All these evidences show that; The Creator of the World and mathematics is the same One and Single God, the indefinable and great force that has created Kaaba, holy region and Koran. He reminds whole humanity that he has granted signs to all humanity on the basis of his foreknowledge about the future and the common languages of humans..."

Nak tau lagi sila tengok video dibawah.

Dokumentari yang bertajuk Makkah The Miraculous Golden Ratio City The Secret Of Kaaba ini adalah mengenai Golden Ratio dan kaitannya dengan Makkah, Kaabah dan Al-Quran. Ia akan ditayangkan di pawagam pada bulan September 2009. Pawagam mana? Pawagam Coliseum?? Entah..aku pun tak tau...hehe.

Transkrip penuh mengenai video ini boleh dibaca disini->The Critic Blog



Betul atau Salah kajian mereka itu, kita sebagai umat Islam mesti mempercayai kebesaran dan kekuasaan Allah swt.

Subhanallah...Alhamdulillah...Allahu Akbar...

Isnin, 22 Jun 2009

Pengalamanku di Makkah - i

Assalamualaikum kawan-kawan,

Apa khabar semua? Terimakasih kepada kamu semua yang masih mengunjung ke blog ini walaupun aku tidak ada di Malaya dan memutuskan diri dengan dunia IT. Sudah lama aku meninggalkan dunia blog. Hampir tiga minggu kot. Dua minggu kerana aku pergi mengerjakan umrah dan ziarah. Satu minggu lagi kerana aku tak berapa sihat.

Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Allah swt telah makbulkan doa aku supaya segala urusan aku ketika mengerjakan umrah dan ziarah dipermudahkan. Aku sihat walafiat ketika di sana.Ibadahku pun tiada gangguan.Cuma semenjak menjejak Tanah Malaya ini aku terus diserang selsema. Tetapi sekarang sudah semakin sihat. Alhamdulillah bukan selsema H1N1 (pekejadah tu), selsema babi la senang nak eja kot.

InsyaAllah kalau ada rezeki akan aku ceritakan sedikit pengalaman aku ketika menunaikan umrah dan ziarah selama dua minggu. Banyak-banyak nanti kamu bosan pula. Lagipun aku tak berapa suka menceritakan perkara-perkara ibadah yang aku lakukan ( cerita sikit-sikit tu boleh kot). Berapa umrah kecil yang dapat kamu buat? Berapa tawaf sunat kamu buat? Banyak tak solat sunat? Dapat tak cium hajar-aswad? Dapat tak bergayut kat pintu taubat?? Biarlah aku simpan semua itu sebagai kenangan peribadi aku yang paling indah (the best ever). Biarlah rahsia ibadatku cuma diketahui oleh aku sendiri dan Allah swt. Makbul Allah yang aku inginkan.(Bukan apa, takut riak melanda diri..)

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.Aku bersyukur banyak kerana dapat menjadi tetamu Allah swt di Madinah dan Makkah. Rezeki yang aku tidak sangka-sangka datang bergolek. Rezeki dari Allah swt.

Di entri akan datang aku cuma bercerita tentang pengalaman perjalanan aku ke Madinah dan Makkah. Gambar-gambar juga aku akan siarkan didalam blog khas aku di walk to makkah. (masih dalam pembinaan- ishhhh banyak sungguh blog aku!!).Blog yang dapat mengurangkan rindu aku terhadap Madinah dan Makkah. Baru balik tetapi hati aku sudah ingin lagi kesana. Sesuai juga untuk kamu samada telah pergi atau akan pergi menunaikan umrah/haji nanti.

7:30am. Dalam perjalanan dari airport Jeddah-Madinah. Tayar 'pancit' la plak. Terkandas hampir 2 jam di padang pasir...teringat pilem Lion of the Desert.. perghhhh!!!

6:13pm. Dalam perjalanan untuk menunaikan solat Mahgrib di Masjid Nabawi. Sehari sebelum ke Makkah al-mukarramah.

3.00pm. Aku didepan Masjid Kucing. Lambaian terakhir sebelum meninggalkan Kota Makkah. Kelihatan 'entrance' ke Masjidilharam melalui laluan Safa-Marwah sedang giat diubah suai. Bakal banyak lagi kemudahan untuk bakal 'pilgrims'.

Daripada Abdullah bin al-zubair berkata bahawa Rasulullah saw bersabda " Solat dimasjidku ini (Masjid Nabawi) lebih baik daripada 1000 kali solat di masjid lain kecuali Masjidilharam, solat di Masjidilharam lebih afdal daripada 100 kali solat dimasjidku ini (iaitu 100 ribu kali dimasjid lain)"


Nota: aku doakan kepada kawan-kawan yang belum pernah ke sana akan diperbanyakkan rezekinya oleh Allah swt supaya kamu dapat menunaikan umrah atau haji. Kepada kamu yang sudah menunaikan umrah atau haji, aku doakan supaya kamu dapat LAGI ke sana.

Jumaat, 29 Mei 2009

jumpa lagi

"Ya Allah! Engkaulah teman di dalam perjalanan dan Engkaulah penjaga keselamatan keluarga, harta benda, anak cucu dan sahabat handai, peliharalah kami dan mereka daripada bahaya dan penyakit."

"Ya Allah! Kami memohon supaya Engkau dekatkan dan permudahkan perjalanan kami dan keselamatan harta benda serta agama kami."

"Ya Allah! Kami berlindung dengan Mu daripada segala merbahaya didalam perjalanan, sedih meninggalkan tempat kediaman dan jauhilah buruk pandangan terhadap kaum keluarga, harta benda, anak cucu dan sahabat handai."

"Ya Allah! Letakkanlah kami dan mereka semua didalam pelihara Mu, janganlah Engkau cabut nikmat Mu daripada kami dan juga daripada mereka dan janganlah Engkau merosakkan kesihatan diri kami dan diri mereka."