Apa khabar semua? Terimakasih kepada kamu semua yang masih mengunjung ke blog ini walaupun aku tidak ada di Malaya dan memutuskan diri dengan dunia IT. Sudah lama aku meninggalkan dunia blog. Hampir tiga minggu kot. Dua minggu kerana aku pergi mengerjakan umrah dan ziarah. Satu minggu lagi kerana aku tak berapa sihat.
Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Allah swt telah makbulkan doa aku supaya segala urusan aku ketika mengerjakan umrah dan ziarah dipermudahkan. Aku sihat walafiat ketika di sana.Ibadahku pun tiada gangguan.Cuma semenjak menjejak Tanah Malaya ini aku terus diserang selsema. Tetapi sekarang sudah semakin sihat. Alhamdulillah bukan selsema H1N1 (pekejadah tu), selsema babi la senang nak eja kot.
InsyaAllah kalau ada rezeki akan aku ceritakan sedikit pengalaman aku ketika menunaikan umrah dan ziarah selama dua minggu. Banyak-banyak nanti kamu bosan pula. Lagipun aku tak berapa suka menceritakan perkara-perkara ibadah yang aku lakukan ( cerita sikit-sikit tu boleh kot). Berapa umrah kecil yang dapat kamu buat? Berapa tawaf sunat kamu buat? Banyak tak solat sunat? Dapat tak cium hajar-aswad? Dapat tak bergayut kat pintu taubat?? Biarlah aku simpan semua itu sebagai kenangan peribadi aku yang paling indah (the best ever). Biarlah rahsia ibadatku cuma diketahui oleh aku sendiri dan Allah swt. Makbul Allah yang aku inginkan.(Bukan apa, takut riak melanda diri..)
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.Aku bersyukur banyak kerana dapat menjadi tetamu Allah swt di Madinah dan Makkah. Rezeki yang aku tidak sangka-sangka datang bergolek. Rezeki dari Allah swt.
Di entri akan datang aku cuma bercerita tentang pengalaman perjalanan aku ke Madinah dan Makkah. Gambar-gambar juga aku akan siarkan didalam blog khas aku di walk to makkah. (masih dalam pembinaan- ishhhh banyak sungguh blog aku!!).Blog yang dapat mengurangkan rindu aku terhadap Madinah dan Makkah. Baru balik tetapi hati aku sudah ingin lagi kesana. Sesuai juga untuk kamu samada telah pergi atau akan pergi menunaikan umrah/haji nanti.
7:30am. Dalam perjalanan dari airport Jeddah-Madinah. Tayar 'pancit' la plak. Terkandas hampir 2 jam di padang pasir...teringat pilem Lion of the Desert.. perghhhh!!!
6:13pm. Dalam perjalanan untuk menunaikan solat Mahgrib di Masjid Nabawi. Sehari sebelum ke Makkah al-mukarramah.
3.00pm. Aku didepan Masjid Kucing. Lambaian terakhir sebelum meninggalkan Kota Makkah. Kelihatan 'entrance' ke Masjidilharam melalui laluan Safa-Marwah sedang giat diubah suai. Bakal banyak lagi kemudahan untuk bakal 'pilgrims'.
Daripada Abdullah bin al-zubair berkata bahawa Rasulullah saw bersabda " Solat dimasjidku ini (Masjid Nabawi) lebih baik daripada 1000 kali solat di masjid lain kecuali Masjidilharam, solat di Masjidilharam lebih afdal daripada 100 kali solat dimasjidku ini (iaitu 100 ribu kali dimasjid lain)"
Nota: aku doakan kepada kawan-kawan yang belum pernah ke sana akan diperbanyakkan rezekinya oleh Allah swt supaya kamu dapat menunaikan umrah atau haji. Kepada kamu yang sudah menunaikan umrah atau haji, aku doakan supaya kamu dapat LAGI ke sana.
21 ulasan:
Alhamdulillah..Selamat Kembali Ke Malaya..
PS-saya suka foto2 dengan foreground jam dan lengan seksi tu..macam iklan jam yang menggunakan tangan model tampan..
tq jp,
bulu roma tak leh tahlul....kalau tak mmg aku cukur sekali....haha
(tq juga kerana 'menjaga'blog ini semasa ketiadaan aku)
Selamat kembali menulis, Ben. Alhamdulillah selamat belakanya.
ps: blh pinjam jam tgn tak?
alhamdulillah, tahniah tahniah. lepas ni haji pulok. haji benludin.
tahniah!!!
terima kasih atas doa utk kawan2.
moga2 Allah permudahkan semua urusan.
Salam Hj Benludin,
Alhamdulillah! Selamat kembali ke Malaya. Cantik jam.
Bos....(ini posting sulung setelah sekian lama jadi pembaca).
Alhamdulillah dan tahniah kerana dapat menjejakkan kaki ke Bumi Anbiya'. Semoga Allah limpahkan segala rahmat dan berkat kepada bos dan keluarga.
Semoga rezeki akan terus melimpah ruah dan diizinkan serta dimudahkan Allah untuk menjadi tetamuNya lagi. InsyaAllah.
ahaMad^
elemek! haritu masih ada lagi bangunan (kat masjid kucing tu)..
dah selamat roboh dah...
aduhhhh!! aku tak leh lupa jalan kaki dari masjid kucing ke masjidil haram..ada 'bau' yg kalau menjelma sekarang, akan sentuh perassan
Alhamdulillah...
Uncle dah balik pun ya?
Rindunya nak pergi sana lagi.
Aduhai~
Salam...
seronoknya dapat jejakkan kaki ke sana...
Mudah2an ....rezeki tu milik sy jua suatu hari nanti...
Salam...
seronoknya dapat jejakkan kaki ke sana...
Mudah2an ....rezeki tu milik sy jua suatu hari nanti...
tk salah utk aku pggil tuan haji kan?
Salamun alaik Syeikh..
Alhamdulillah, dah selamat kembali dan sembuh dr seseme..
ameen.. utk doa
Selamat pulang. Boleh eh bawa masuk camera dalam kawasan Kaabah? ingat tak boleh.
INI BUKAN IKLAN JAM..hehe
intan rh,
t/kasehhhh...
tok snake,
t/kasih...insyaallah...
segan keh dipanggil haji ni wehhh
azz,
t.kasih juga kat hang...insyaallah rezeki hang akan sampai jua...
azemi ali,
salam...tq...jam tangan lama..dah berkarat pun...haha
ahaMad^,
tq atas doa tuan...kalau balik lepeh buleh pekena kopi O kat kedai unlce don...
KS,
bau apa weh?
rasa keh takde la pulak bau taik kucing walaupun nampak kucing berkeliaran. Mungkin bau kebab??
ZARA,
dah seminggu balik...hang muda lagi.buleh kumpul duit..terus pi haji...kalau dah pi, pi lagi kali ke-2 dan seterusnya..
Eyna,
insyaallah ada la rezeki tu...cuma belum tahu bila..janji ada keinginan ke sana...
ab,
haji??
hehe..haji kecil bro...
ummzaid,
salam...selsema masih ada...saki-baki virus yg degil...
reverie,
dulu tak buleh..sekarang buleh...tapi amik gambar tu jangan la sampai gaya reporter sukan..siap baring2..sah kena maki dgn pak guard
alhamdulillah.. salammms
en_me,
w'salam..t.kasihhhhh
...Alhamdulillah,rupa nya kesana mike ekk,wa ingat kemana lama menghilang,wa doakan Allah berkati akan amalan mike dan wa jugak,aminn..
-t.kasih WB....aminnn...
-lu nampak semakin ensem
BAU WANGI CAMPUR BAU HABUK DEBU...nostalgik
KS,
bau tu susah nak dpt sini...uniknya hanya di Makkah atau Madinah...taik idung juga pasti kering!!!...unik gak tu...!!!
Catat Ulasan