Isnin, 6 April 2009

siri bercakap dengan...Midun - i

Encik Midun sedang membelek bukunya dan berkata "kenapa buku ni takde penerangan bergambar?"

i. Kamu masih ingat sama Encik Midun? Kalau kamu lupa, kamu boleh baca entri terdahulu mengenai beliau di sini. Beliau amat gemar membaca dan menulis. Buku-buku yang bernilai sastera adalah buku yang amat digemarinya.

Buku Jangan Malu Bertanya Tentang Seks (kira kategori sastera juga ni) yang dipesan oleh beliau telah lama sampai.Dah berabad ada kat aku ni. Malas benar beliau keluar untuk mengambil bukunya dari aku. Aku terus menghubungi Midun bagi menyampaikan berita yang begitu gembira melalui sistem pesanan ringkas. Aku saja-saja menyakat:

Aku: Awak masih bujang.Tak boleh baca buku begini. Sebab kat muka depan buku tu ada letak label "18sx-untuk yang berumahtangga sahaja"

Midun: Mana logik.Takkan la penerbit taknak buku dia laku.Tujuan buku tersebut ialah untuk menyampaikan maklumat kepada orang yang ingin tahu seperti aku. Yang tidak tahu menahu tentang seks...

- Bagus.....semangat membaca dan menambah ilmu seperti Midun ini lah patut diteladani.


ii. Beberapa minggu kemudian aku terserempak dengan Midun di sebuah bank. Muka beliau nampak ceria dan berseri-seri.

Aku: wah...gembira nampak?

Midun: hehe..memang muka aku macam ni. Suci murni..

Aku: hehe...ye la tu. Amacam. Buku dulu tu dah habis baca ke?

Midun: Belum lagi la bang. Saya tak baca semua.Saya pilih tajuk-tajuk yang kontroversi je.

Aku: ishh...ada ke tajuk kontreversi?

Midun: Ada la..contohnya bahagian cerita macamana nak ... tut! tut! tut!(aku Cencored)

Aku: wow...kira dah pakar la ni ye?

Midun: Boleh la sikit-sikit..

Aku: Bila nak kahwin?

Midun: Dah ada calon dah...tengok ni..( sambil tunjuk gambar wallpaper di handphone beliau. Memang cun abih!)

Aku: Camner kenal?

Midun: Budak perempuan ni mula-mula tersalah buat call. Lepas tu aku sms la dia. Dia layan pulak...

Aku: Untung la awak ye.Patut la beria sangat nak beli buku tu..

Midun:hehe..biasa la bang..persediaan

Aku:Bagus ler...

Midun: err..nak tanya.Kalau abang ke KL nanti...abang boleh belikan buku sastera untuk saya tak?

Aku: InsyaAllah bro...buku sastera keluaran DBP ke?

Midun:Tak tau la penerbit dia siapa. Tapi buku tu bertajuk KAMASUTRA..

- Ya... Encik Midun kita ni memang peminat sastera. Sekurang-kurangnya beliau adalah warga Lipis yang rajin membaca. Amat jarang aku temui warga Lipis yang mempunyai minat seperti beliau.
-rasanya ramai diantara kamu sudah tahu apa itu Kamasutra. Kalau belum, sila klik sini!

17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

perrgghhh..payah mau cari warga rajin membaca macam beliau tu encik.

exotic sungguh la kecenderungan pembacaan beliau..errmm..

-kaca-

benludin berkata...

exotic dan erotic tu...

Snakebite berkata...

wuarghhahaha memang betul encik midun ni suci murni. pesan kat cik midun, kamasutra tu boleh baca tapi tak leh buat seme cadangan dia, sbb melayu nya pendek (walaupun takde melayu nak ngaku). org benggali je leh buat. buku standard orang melayu nak kawin baca ialah permata yang hilang. loosely based on the perfume garden.

see, aku pun peminat sastera gak.

ubi berkata...

Phuyooooo....Sastera sungguh kamu snake..MISAI TEBAL ULAR SAWA...ha..ha

amey ahmad berkata...

permata yang hilang tak perlu beli.. boleh download.. haha.. google sendiri, kalau berkenan.. :-)

benludin berkata...

snake,ubi:
-biasa la..itu pasal kita banyak sgt jenis kopi dipasaran...konon nak bagi power
-terbaru kopi janda...tak lama lagi ada la pulak kopi duda!

amey,
lu mmg terer...tak habaq mai ye...simpan sorang mana aci

INTAN berkata...

wahahahhaha....aku suka incik midun....sgt2 jujur...wakakak...nti kim salam kat dia...wakakakaka

benludin berkata...

intan,
tadi selepas sarap terjumpa midun di stesen bas..
salam sudah disampaikan..midun tersenyum

en_me berkata...

perghhh, kamoo ghupernyerr tok guru ittewww.. syabasss

chekgu Bani Hassim berkata...

huwahuawa...
kamasutra la pulak...
tgk e-book dah ler...
hehe

Pyanhabib berkata...

tanya midun, mahu kamasutra yang ada gambar hitam putih/kaler atau yang dilukis/rajah/grafik. cakap midun, kalau baca gitu-gitu, penat juga, ada gambar, rajah-rajah, baru kaw-kaw!

benludin berkata...

en_me,
bab ni semua buleh jadi sifu...hehe

cikgu,
e-book kurang kepuasan kot..tak bleh bwk jalan2..hehe

pyanhabibi,
hehe
wa dah dpt buku tu...lupa mau tunjuk lu...dpt kat kedai batu cave...toke india tu bagi free jeh...saiz poket,senang la encik midun bawa kemana2 dia hendak...haha

jawa peranakan berkata...

saya menjangkakan nama penuh encik midun ialah encik hamidun..

benludin berkata...

jp,
jangkaan kamu salah...nama beliau begitu indah dipersada kamasutra

Snakebite berkata...

...koi suka kamasutra kat internet yang orang dia patung kayu tu...

koi rasa la...molek nya en midun kawin je dulu...lepas tu buat penjelajahan sendiri. be adventurous, teroka bersama sama tanpa malu dan ragu, ikut je naluri. (contohnya: 'kalau abang buat gini, ayang rasa macam mana?' tapi kalau kawin dgn bohsia dia munkin kata 'hampeh,tak terer langsung').aok akan menemui perkara perkara baru yang amat menakjubkan.

banyok sgt baca sastera dgn tgk porno nanti kita dok expect mcm mcm, nanti kecewa sebab tak mcm mana yg kita jangka.

gitu la pendapat koi yg dah banyok mkn garam ni (dan juga dah banyok tertelan air lior bini serta air air lain)

benludin berkata...

haha...snake...
good advise..nanti kome sampaikan pesanan deme kat encik midun.

jgn byk makan garam sgt..nnti kena darah tinggi..air liur tak per...mende lain yg mencanak tinggi...haha

reverie berkata...

Hampeh midun.
Tang lain tak nak pula bersikap ambil peduli?
Ish.