Khamis, 2 April 2009

ayah

Titip rindu buat ayah...


di mata mu masih tersimpan selaksa peristiwa
benturan dan hempasan terpahat di kening mu

kau nampak tua dan lelah
keringat mengucur deras

namun kau tetap tabah
namun semangat tak pernah pudar

meski langkah mu kadang gemetar

kau tetap setia


ayah
dalam hening sepi ku rindu
untuk menuai padi milik kita
tapi kerinduan tinggal hanya kerinduan

anak mu sekarang banyak menanggung beban

engkau telah mengerti hitam dan merah jalan ini

keriput tulang pipimu gambaran perjuangan

bahu mu yang dulu kekar legam terbakar matahari

kini kurus dan terbungkuk

namun semangat tak pernah pudar

meski langkah mu kadang gementar

kau tetap setia
(sumber: ebiet g. ade)

* hari ini genap sembilan tahun sudah pemergian ayahku ke rahmatullah- al fatihah
* alfatihah juga buat ayah kamu yang telah pergi menemui Maha Pencipta..
* untuk kamu yang masih mempunyai ayah, kamu amat beruntung kerana kamu masih lagi boleh mengumpul pahala...

Hadis: Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”

Hadis : Daripada Abu Hurairah r.a, sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya:“Janganlah kamu membenci bapa-bapa kalian. Sesiapa yang membenci bapanya bererti ia kafir.”

17 ulasan:

jawa peranakan berkata...

alfatihah buat ayah saya dan ayah tuan serta semua ayah yang telah pergi menemui Maha Pencipta..

benludin berkata...

yes...wa kena tambah lagi dlm entri atas tu..:)

INTAN berkata...

alfatihah utk ayah ko...juga ayah aku yg dh 15 taun tiada...

a.b geldofg berkata...

al.ftihah...kita snasib :(

IKRAB family berkata...

alfatihah dan doa buat ayahandamu bro.emmm, ni yg aku teringat kat ayah aku ni, ketika masih hidup nilah kena bnyk berbakti kpd ayah dan ibu.syahdu......

Tanpa Nama berkata...

orang tua aku dah 79 umur. aku takleh bayangkan masa depan nanti. aku susah hati. aku anggap dia akan ada sampai bila bila.

snake

Daffodil D berkata...

al fatihah buat arwah aki..

Azemi Ali berkata...

Salam
Alfatihah untuk ayahmu dan ayahku dan semua muslimin muslimat. Semoga mereka semua dicucuri rahmat Allah.

mekyam berkata...

alfatihah buat arwah!

sayu sajak tu.

a.k.u.p.e.n.t.o.i berkata...

alfatihah...

juga buat arwah bondaku yg tersyg..

WanBeruas berkata...

..Bro gua tersentuh..lagu ni memang lagu favourite gua dan selalu gua bernyanyi sendiri2 bila rindu pada abah yang genap 26 tahun pemergiannya bulan depan.Alfatihah buat ayah lu dan abah gua..

INTAN RH berkata...

Sajak ke tu, Ben? :)

Doa smp tak kira di mana jua aok berada.

ummzaid berkata...

Innalillahi wainna ilaihi raajiuun..

Sabda Nabi Saw :

Apabila matinya anak adam maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara ,iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimaanfatkan,doa anak yang soleh...

Semoga kita semua dan anak2 kita adalah anak2 yang soleh/ah.. ameen.

reverie berkata...

Al-fatihah.
Saya masih mempunyai kedua ibubapa dan seorang nenda.
Alhamdulillah.
Setiap kali jumpa atau mahu keluar rumah saya akan salam, cium tangan dan cium pipi.
Sejujurnya, perasaan gentar kehilangan mereka amat dirasai terutama apabila sekarang perlu merantau jauh daripada mereka.
Terlampau jauh.
Terlampau lama.

ubilepih berkata...

anak yang baik akan selalu ingat pada orang tua walau masih ada atau sudah tiada...alfatihah.

kaca berkata...

errrr..komen 1st aku tadi masuk tak ?

mcm tak masuk jerk..

alfatihah untuk arwah..

benludin berkata...

sama-sama kita mendoakan kesejahteraan kedua orang tua kita samada yg masih hidup atau yang telah pergi menemuinya PENCIPTA nya..