skip to main |
skip to sidebar
jim.alif.ha.lam
camner nak eja nama jalan tu dalam jawi?
ساله ساتو ڤونچا كلمهن دالم مڠواساءي علمو ڤمباچان القرءان اين اياله تيدق داڤت مڠواساءي توليسن جاوي. اين كرجا سياڤا جك تيدق دري كرجا ڤميمڤين امنو عقيبة دري “داسر انتي- جاوي“ مريك يڠ امت دوڠو؟ ڤميمڤين امنو يڠ سبلوم اينله؟ دالم كادأن ڤميمڤين امنو يڠ منيڠڬلكن قرءان دان تله ممبونوه توليسن جاوي ايت، تيبا-تيبا، اڤابيلا اد ڤميمڤين چينا ممباچ قرءان دالم ڤلات يڠ دڤندڠ ساله، ڤميمڤين امنو سيبوق مندسق دڤ مڠموكاكن ڤرموهونن معاف سچارا تربوك
Kamu boleh baca tulisan jawi di atas? Aku boleh membaca jawi. Tapi tak lah cekap sangat. Ada masa merangkak juga. Begitu juga aku bila menulis jawi. Kalau kamu boleh alhamdulillah.Kalau kamu tak boleh tidak mengapa tetapi kalau boleh, BOLEH kan.Sebab apa? Jawabannya ada di dalam tulisan jawi di atas. Bacalah.....merangkak pun takper lah. Tak boleh juga merangkak pun? Klik kat link dalam Nota dibawah. Ada diterjemahkan kedalam tulisan rumi di situ.
Nak belajar jawi tak perlu masuk JAWI atau dijawikan sekali lagi. Tak perlu juga masuk JAWA sebab memang tak kena mengena...hehe
Aku teringat satu cerita yang disampaikan oleh penceramah bebas yang bernama Ustaz Kazim Alias. Aku mendengar khutbahnya ketika bersolat jumaat di Masjid Bukit Raya,Pendang kira-kira setahun yang lepas. Beliau bercerita mengenai kisah seorang pelajar sekolah yang disoal oleh gurunya ketika didalam kelas.
Kisah 1- ketika guru Matematik sedang mengajar. Guru tersebut menyoal soalan matematik kepada seorang pelajar Tingkatan 5 yang bernama Midun (tidak kena mengena dengan Encik Midun didalam entri sebelum ini).
Guru: Midun...apakah formula untuk mencari keluasan petak empat segi?
Midun: err....tak tau cikgu...
Guru: Apa? Kamu tak tau?
Midun: ye cikgu...saya tak tau..
"piappppp!!!" Midun kena rotan dengan guru tersebut. Bergegar bontot Midun kena libas! Nak ambil SPM tapi formula belum dihafal. Jahil sungguh!
Kisah 2 - Midun ditanya lagi oleh seorang ustaz ketika kelas Pendidikan Islam..Kesian Midun jadi mangsa.
Ustaz : Midun...kamu solat?
Midun: Ye ustaz...
Ustaz : Kamu tinggal solat?
Midun: Ada masa terbabas juga ustaz..hehe
Ustaz : Kenapa sengeh-sengeh?
Midun: Maafkan saya Ustaz...
Ustaz : Solat Subuh berapa rakaat?
Midun:err.....empat ustaz..
Ustaz : Midun...mari kedepan..
"piapppppppppppp!!!". Kena rotan lagi Midun. Bergegar bontot beliau. Pedih!! Umur dah 17 tahun masih tak tau solat subuh berapa rakaat! Jahil sungguh!!!
Berdasarkan dua kisah diatas, Ustaz Kazim berpesan kepada jemaah supaya sentiasa menuntut ilmu dan mendalami ilmu agama supaya tidak berada dalam kejahilan. Katanya lagi, kategori JAHIL bagi kisah yang pertama itu tidak mengapa. Dimaafkan.Tidak berdosa. Tapi bagi kategori JAHIL dalam kisah kedua tidak dimaafkan. Kepada yang tahu dia JAHIL tetapi beliau tiada usaha untuk belajar agama, maka faham-faham je la balasan yang akan menimpa. Cepat sebelum terlewat. Bukan dihukum oleh ustaz tadi, tetapi hukuman dari Allah swt.
Pesanan untuk aku juga, kalau aku tak pandai membaca JAWI seperti contoh diatas tu, tidak megapa lagi. Tapi kalau aku tak pandai membaca AL-QURAN atau SOLAT atau apa-apa ilmu agama yang lain, maka pandai-pandai lah aku berusaha untuk belajar. Jangan gunakan alasan "ala...aku bab agama ni jahil. Tak berapa pandai.Lain la kamu yang bersekolah agama.." . Isshh...ishhh...dah tau tak pandai agama kena la belajar. Faham itu benludin???!!!
Bagaimana kalau malaikat tanya kita dikubur nanti. Takkan nak bagi alasan "saya bukan dari sekolah agama" atau "mak ayah saya tak ajar solat" atau "ustaz saya meninggal masa dia tengah ajar bab solat di sekolah dulu" . Kena rotan dengan guru matematik atau ustaz tu kira bagus lagi. Boleh la juga letak ubat kebas kat bontot. Amacam kalau kena libas dengan malaikat kat kubur nanti?? "piappppppppppp!" sekali libas hancur berkecai badan kita. Ahh...tak dapat aku bayangkan. Na'uzubillah!
Teringat satu buku yang bertajuk Insan Ingatlah tulisan TGNA. Penulis berpesan supaya kita jangan menangguhkan sebarang kerja atau kewajiban yang difardukan, kerana tidak pasti adakah nafas yang dihembuskan sebentar tadi akan dapat ditarik kembali, dan adakah hari esok masih ada untuk kita.
Solat atau apa-apa amalan yang kita lakukan di dunia ini bagaikan seorang murid yang sedang mengambil peperiksaan. Murid tersebut tidak tahu apakah jawaban dalam peperiksaannya itu membawa markah yang tinggi atau rendah. Keputusan dirahsiakan sehingga ia diumumkan dikhalayak ramai semasa perhimpunan sekolah kelak. Begitu juga amalan kita dengan Allah swt. Kita tidak tahu lagi keputusannya sehinggalah diumumkan atau dibentangkan di Padang Masyar kelak. Kalau LULUS kita boleh melintasi siratul mustaqim. Kalau GAGAL maka ke neraka jahanam lah kita.
Wallahualam....
Nota:
1. Tulisan jawi di atas aku petik dari blog TGNA. Ada sesetengah dari kamu tidak mahu membaca tulisan TGNA. Panas katanya. Nak baca Harakah pun dah panas apatah lagi membaca tulisan beliau..hehe. Bagi aku ...selagi tulisan itu adalah berbentuk ilmiah yang bagus, aku akan baca. Tak kisah dari mana pihak pun...kan? kan??
2. jangan risau jika kamu tidak bisa menulis jawi,jahil matematik, jahil sains,jahil tentang teknologi telefon bimbit yang terkini. Risaulah jika kamu jahil dalam ilmu agama.
3. kalau kamu terer jawi, sila tuliskan semula jawi diatas kedalam rumi didalam ruangan komen. Ada berani? ..hehe
*kamu juga digalakkan membaca entri yang ditulis oleh ustaz zaharuddin
28 ulasan:
"salah satu punca kelemahan dalam menguasaan ilmu pembacaan al quran ini ialah tidak dapat menguasai tulisan jawi. ini kerja siapa jika tidak dari kerja pemimpin UMNO akibat dari "dasar anti-jawi" mereka yang amat dungu? pemimpin UMNO yang sebelum ini? dalam keadaan pemimpun UMNO yang meninggalkan quran dan telah membunuh tulisan jawi ini, tiba-tiba apabila ada pemimpin cina membaca quran dalam ..... yang dipandang salah, pemimpin UMNO .....mendesak ....mengemukakan permohonan .....secara terbuka"
ada 4 perkataan aku x dpt baca...yg lain tu pun x sure betoi ke idak...tp aku mencuba...
INTAN,
kira terer la tu...
lu mmg terorist!
haha
eh eja 'umno' dalam jawi pakai alif ke pakai ain? aku tak penah tahu sebenarnya.
apa apa pun gua respek lu brader, lepas cerita pasai seks boleh bagi ceramah ugama hehehe
dalam pelat yg di pandang salah intan,.... peminpin umno yg sebuk mendesak DAP mengemukakan permohonan maaf secara terbuka
hahaha snake,
sex pun salah satu cabang agama juga.jgn salah guna jeh!
pesanan utk aku sendiri bro...aku ni mudah alpa..lalai..
kalau terer cuba la eja nama jalan kat gambo tu dlm jawi..terkehel biji mata dibuatnya...ahah
dlm citer p.ramlee ada eja umno
alif wau mim nun..
ehh..silap..haha
alif mim nun wau..
apa daaa
..ingat mengingat..memang patut lee..
جالن چروك ممببق
betoi dak?
WB,
betul tu...
kalau tidak..sendiri mau ingat le..hehe
INTAN,
ye kot...hahaa
tapi kau mmg terer ler...
isk...2 kali puji aku terer...wakakka....tiba2 aku rasa malu2...wakkaka...hampeh..
dh lama x baca jawi...tp kat umah..dulu2..mak aku mmg beli suratkabo jawi...
intan,
aku jamin melayu yg berumur 30an ke atas buleh baca jawi...sbb zaman persekolahan dulu mmg ditekankan penulisan jawi...
dulupun ada paper jawi...tp dah berkubur..innalillah..
nampak sgt ke umur aku 30an ke atas?...wakkaka
terserlah!
haha
ca alip ro wau kaf mim mim be ye be ye kap. heh heh baruk membebek ni katne ah? caruk puting kat temeloh sebeloh kpg koi.
haha snake..
bunyi siam tu..
kat padang tengku...semlm aku pi berurut kat situ
ko pegi berurut ke ko pegi membebek? wuarghahahaha
nak pegi mana? pegi membebek. wuarghahahaha
Tak clearlah bro. tak tahulah sebab tak habis load page atau apa. Tapi yang lepas "Cina membaca Quran dalam (Tak tahu apa tu) yang dipandang salah,pemimpin umno sibuk mendesak (blank/hitam) ... mengemukakan permohonan mengapa secara terbuka" tak clear sangat dah.
*Alhamdulillah ibu bapa saya menitikberatkan pendidikan agama. Bagus penulisan ni, tapi panjang sangat. he he.
Tak clearlah bro. tak tahulah sebab tak habis load page atau apa. Tapi yang lepas "Cina membaca Quran dalam (Tak tahu apa tu) yang dipandang salah,pemimpin umno sibuk mendesak (blank/hitam) ... mengemukakan permohonan mengapa secara terbuka" tak clear sangat dah.
*Alhamdulillah ibu bapa saya menitikberatkan pendidikan agama. Bagus penulisan ni, tapi panjang sangat. he he.
mana ada 30an je tahu baca jawi. Ingat yang muda jahil sangat ke?
ha ha. tahulah juga kami nak baca. Tengok cerita pendekar bujang lapuk belajar eja ayam. ha ha.
aku tatau baca...tulis aku tau la..
kome pun nak kabo mcm encik snake kata...
kira bagus la deme, boleh bagi tazkirah jg...
saster gini kome suka, sastera encik midun tu kome baca je la, malas nak numpang w/pun kome mengamalkan...hehehe...(tutup muka)..
weh, deme bila berangkat ke ....?
eh, jap jap...
jim alif ha lam = jahil
atau..
jim alif ha YA lam = jahil
jim alif ha lam = jahal
rasanya la kot...
erm..ade unsur2 politik jugak ek dlm tulisan jawi tu...
tu arr, dulu aku ade gak jumpe paper jawi, even dah dikecikkan segmennye,
skg ni dah tak jumpe dah...
dah pupus...
hanya terdapat diskola2 agame je...
huhu
baca(sbutan) tk mjadi masalah..kalau sistem ejaan lama dpkenalkan semula
TERIMA KASIH KEPADA KHIR JOHARI (bekas menteri pelajaran) KERANA TELAH 'AMAT BERJASA' MENGENEPIKAN TULISAN JAWI DARI SISTEM PERSEKOLAHAN NEGARA..JASA KAMU INI TELAH MENYEBABKAN RAMAI GENERASI MUDA BUTA JAWI SEKALIGUS MENJARAKKAN MEREKA DENGAN ALQURAN..
SEMOGA KAMU TENANG DI ALAM SANA.. ALFATIHAH(saya akan baca alfatihah untuk kamu dalam tulisan rumi)
PS-ustaz Kazim best..
snake,
aku nak pergi membebek kat caruk membebek..mmg power kena bebek..haha
revrie,
cam tu kena ada pembetulan la,bukan faktor umur la kot...org pandai ngaji sure leh baca jawi...org yg pandai jawi pulak boleh mengaji quran...
pentoi,
lu mmg power...
aku pun pandai tulis tamil..baca x reti..haha
ummzaid,
-insyaallah bulan 6 ni..(syyyyyy!..segan)
-dah refer kamus arab,betul ejaan mcm topik tu...:)
cikgu,
ada lagi kot...dlm jqaf,diperkenalkan semula..
ab g,
ejaan lama mmg unik...
jp,
-try baca alfatihah dlm jawa..hehe
-abg kpd ustaz kazim org kuat mb perak dato zamri..jadi exco agama tak silap aku
ben..
benar abg ust kazim ialah exco mb perak..
namun kedua-dua mereka mempunyai entiti yang berbeda..
PS-khalid samad dan shahrir samad juga bersaudara..
Catat Ulasan