Isnin, 2 November 2009

siri berbual dengan ... art fazil

art fazil dan pyanhabib

minggu lepas aku ke kl sempena pelancaran buku meor yusuf azzidin yang bertajuk 'sembang tepi jalan'. hebat-hebat belaka tetamu yang hadir pada hari itu. antaranya ialah pak samad, pyanhabib, rahmat haron, nikbinjidan, amir, gurdesh dan kawan-kawan meor yang lain. aku je yang tak hebat. gambar-gambar mereka ada di sini.

ia merupakan hari yang istimewa bukan sahaja kerana dapat menyaksikan persembahan mereka yang hebat-hebat itu tetapi juga atas kehadiran kawan lama aku, art fazil, yang sudah hampir sebelas tahun tidak bertemu (kecuali berhubung melalui ym). lama beliau merantau di london, sampai dapat title permanent resident. beliau datang bercuti ke malaya atas urusan pelancaran album terbarunya yang berjudul 'syair melayu'. kat singapura telah lama dilancarkan. cuma menunggu masa sahaja untuk dilancarkan disini.

setelah selesai program pelancaran buku meor, kami lepak di kedai mamak yang berhampiran. bercerita kisah-kisah lama ketika di perantauan dulu. diselang-selikan dengan cerita agama, tentang hidup, tentang mati, kisah buku, kisah pilem, perjuangan muzik beliau dan kisah-kisah di london yang tidak seperti dahulu.

"london tak macam dulu. sepuluh tahun dulu kita bebas untuk bekerja walaupun tanpa permit. dulu kalau pelajar kerja di restoran jadi tukang cuci pinggan pun masih rasa selamat. takde pihak imegresen nak kacau. tapi sekarang dah lain. pihak imegresen sering buat pemantauan. silap-silap kena tangkap lepas tu kena hantar balik ke malaya. habis!!"

"kenapa jadi macam tu ye?" aku bertanya

"salah satu sebabnya ialah selepas peristiwa 911 dan london bombing. selain dari itu pendatang asing pun dah terlalu ramai. macam-macam warganegara dah ada. termasuklah bapok-bapok dari malaya. dia orang pun dah pandai buat duit kat sana"

"eh ye ke art?. pe ke jadah bapok pi ke sana?"

"ye la...currency sini lebih tinggi. sekali jual dapat tujuh kali ganda dari pendapatan di malaya per.."

hahaha...kami gelak.

"bukan tu je ben. suasana kawan-kawan pun dah lain. tak macam dulu. dulu kalau petang-petang kita rajin turun padang main bola. tak pun pi lepak mana-mana sambil tengok wayang. tapi sekarang kawan macam tu dah takde."

"sebab apa jadi macam tu? pelajar malaya dah tak ramai ke?"

"bukan. dia orang bawak budaya di malaya ke london"

"ish...elok la tu. budaya melayu" tambah aku.

"ceh...budaya melayu apa. melayu bila datang sini lebih mat salleh dari mat salleh sendiri. dia orang bawak budaya clubbing la. mat salleh selalu pi clubbing hujung minggu je. tapi orang kita tiap-tiap malam pi clubbing."

hahaha...kami gelak lagi.

setelah hampir dua jam kami berbual, kami berempat termasuk ubilepih dan pyanhabib berjalan pulang. kami berpecah di hentian masjid jamek. art fazil menuju ke masjid jamek untuk menunaikan solat maghrib. sementara kami pula meneruskan perjalanan ke restoran mualaf di melawati. lepas makan, kami bersolat di surau restoran tersebut.

art....semoga bertemu lagi. ucapan tahniah kepada kamu kerana berjaya menunaikan haji beberapa tahun yang lalu. alhamdulillah. lu memang hebat la tuan haji art fazil....haha..

*makan-makan di restoran mualaf memang sedap. ditambah pula dengan petai yang dibawa khas oleh akiart. ya...toilet restoran mualaf sudah berbau petai!! hahaha!

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mn pegi Art Fazil, lama tak nampak..

Admin berkata...

tambah seri muka Art Fazil.. satu suara!! lama gua tak dengarq lagu tuh.

aku berkata...

seronok bro kalau jumpa kwn lama tapi kepala tetap sama..

Shemmi berkata...

seronok jika ada kesempatan utk berbual2 dgn org2 yg "berseni" juga yg dah jln jauh2...tgk kelibat dan tempat org...

ubilepih berkata...

woitttt...intan aok main laruh je n3 ben ni ke?...rasa kalau aok baca tentu aok dah tau cerita art n kat mana dia...ha..ha..ha

benludin berkata...

intan rh,
dia nyorok kat youtube...haha

kilat,
ada nur(tajuk lagu dia) dimukanya.tq ziarah...

aku,
kepala sama.rambut je lain.dia punya lebat lagi.aku dah botak..haha

shemmi,
borak dgn org seni silat je keh takut sket...:)

ubi,
dia baca tajuk je tu kot..haha

en_me berkata...

bapok jual barang kat london tewww.. ekeke

ubilepih berkata...

dalam fikiran nak buat buku macam meor juge...ada 2 tajuk dalam kepala sekarang.

1)BBTJ=Borak Bapok Tepi Jalan.

2)STJ juga tapi STJ ni= Samseng Tepi Jalan....

Jawa Peranakan tolong seponsor sikit bole?

benludin berkata...

en-me,
kategori usahawan kecil tu

ubi,
aku rasa jp dpt idea nak tulis buku juga tu.."Mari Borak Jawa"

Tanpa Nama berkata...

bro ubi, bkn apa..dulu2 ada gak tgk muka dia kat tb tp leni dh takde...
(betulkn klu koi silap...)

Admin berkata...

JJJJJJJ

natural observer berkata...

keh keh keh