Isnin, 30 November 2009

virus malas

aku malas nak taip entri baru. masih dalam mood cuti-cuti malaya. hari ni aku cuma copy and paste dari email yang diterima dari kawan aku yang bernama chot. chot ni dulu ada blog. tapi semenjak dah jadi boss besar ni dia dah malas memblog. beliau lebih suka menghantar entrinya kepada peti email aku. lantak hang la chot! 

kat bawah ini adalah sebahagian dari entri yang dihantar oleh chot kepada email aku. aku rasa bahan cerita ni dia pun cilok dari tempat lain. aku tau la. chot mana pandai menulis. dia pandai mengira je.

selamat membaca. saja aku nak berkongsi.


Citer 1
Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri: Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri: Buku bank abanglah..
 
Citer 2
Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma
untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka pintu.
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk
didermakan?
budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????

6 ulasan:

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

atuk dia akan jadi barang paling berharga yg diterima oleh pusat itu~

hehehe~

Perempuan Kalis Peluru berkata...

pengajaran::
lelaki kena beringat n pandai merancang.lagi2 yg dah bekeluarga.statistik menunjukkan punca keruntuhan rumah tangga sbb kaum lelaki xde 3 kunci ni:
1. kunci kenderaan(kenderaan yg baik)
2. kunci rumah(rumah yg baik)
3. kunci pejabat(kerjaya)

dan parents kena ajar anak cara hormat org tua dgn menunjukkan qudwah hasanah.kalau x, silap2, dgn parents skali diorg angkut g umah org tua

semuanya kita kena pandang dr sudut hikmah~
nice joke to ponder~

jawa peranakan berkata...

haha..ngam..boleh pinjam untuk bikin modal dalam fb?

benludin berkata...

perghh...cik lord zara...

chentatiku,
tq atas tips2.amat berguna utk aku...

jp,
belasah je la bro

Snakebite berkata...

macam mana kalau anak yang sayang kat ibu bapa dan mahukan mereka hidup mewah dan terjaga lalu hantar ibu bapa duduk dekat nursing homes yang standard macam resort mahal ada nurse dan maid jaga duaplohpat jam tu?

orang tua tu duduk macam holliday jer hari hari.

kalau saya dah tua nanti, saya suka duduk tempat gitu dan anak saya kena tolong bayarkan.

benludin berkata...

snake,
betul juga ye. aku pun nak.
sebelum ni kita membayangkan rumah org tua tu semuanya negatif. hidup sunyi, terabai, disisih.

mungkin rumah org2 tua begini dah wujud. cuma aku je yg tak tau