aku bergaya sakan dengan spek mata hitam aku. tak kira pagi, tengahari atau petang spek itam melekat kat mata. kalau boleh malam pun aku nak pakai. boleh juga 'curi-curi' tidur kat sofa. pasti anak-anak aku ingat abah dia sedang memerhatikan gelagat mereka yang bergasak. seorang jadi ultraman, yang seorang lagi jadi raksasa.
bila bersalam dengan orang pun dia orang boleh agak aku ni sakit mata. masa bersalam dia orang hulur tangan dari jauh je. macam nak taknak je bersalam.itu baru aku sakit mata. camner la kalau aku ada panau dan kurap satu badan. agaknya pasti dia orang bersalam dengan aku guna satu jari je. maklum lah musim 1malaya ni. semua nak satu! (nota: ada juga yang suka nombor empat. 4bini).
pagi semalam aku ke klinik bagi mendapatkan penawar penyakit mata aku. dapat la 'hadiah' ubat sakit mata, antibiotik dan surut bengkak. bila nak dapatkan penawar mesti ada pengeras. aku ingatkan pengerasnya dalam tigapuluh ringgit je. aku bawak duit cukup-cukup. bukan aku ni takde duit. duit banyak kat bank. tapi bukan duit aku la. duit orang!
"encik, jumlah semua tiga puluh enam ringgit.." kata tukang bagi ubat.
"aik...mahalnya! dah naik harga ke?"
"mana naik harga. dah lama harga ni. ubat encik pun banyak ni. itu pasal la mahal"
"ohh..ye ke .gini la.saya ada tigapuluh ringgit je ni. pa duit tertinggal. jap lagi saya datang semula bayar baki" aku bagi alasan.
"baiklah. jangan lupa ye encik."
aku segera meninggalkan klinik dengan muka yang merah. malu. aku memang rabak. rabak di klinik pulak tu !!!
* pa duit (loghat pahang lipis) = wallet
ii. (akan dientrikan kemudian)
**tajuk entri ini aku pinjam dari watak kartun yang dilukis oleh ubilepih
14 ulasan:
lu kene kasi terang bahasa Pahang belah mana...lain tempat lain bahasanya. Pahang luas!
nanti wa edit....tq
sakit mata lagi ke bro.moga hang sekeluarga cepat sembuh.
p.c.
bab2 rabak nie gua cukup sayu.. pilu ... rabak melanyak gua tiga ratus empat puluh lapan kali setahun.
~KiLaT~
pernah kena orang salam pakai isyarat jer~
sakit mata tak leh brjgkit thru blog kan? hehe..
pa duit = bahasa temerloh gak..
pc,
mata dah beransur pulih. alhamdulillah...wallet je lom pulih dari penyakit rabak..haha
kilat,
lu jgn cerita sedih. sama2 kita doakan utk megurangkan penyakit rabak ni...:)
intan,
boleh juga merebak.nanti keh anto tru email virus ni...haha
..bro kat Bt Gajah,depa sebut wallet tu Da Baa..pening gak gua masa baru menikah dulu ,bila dengar wife besembang ngan mertua..he he lain padang lain kambin..he he..
WB,
kambing lipis ni byk ensem. kat bt.gajah lagi ensem kot..haha
pa lipis. tambah lagi vocab.
selamat baik dari sakit mata. bengkak 1mata je ke? atau dua? keh keh.
bakpo demo tok baka klinik tu?
teringat lagu r.azmi penyanyi rabak 50an,dia ada lagu Dari kerana mata...
lu la plak buke kenet sakit mata..
reverie,
tq...dua2 belah mata la bro...
jp,
kawe takut nanti satu lipis kena tolong bayar rm1 seorg...haha
ubi,
lama x dgr lagu tu...
aku,
tukang buka pintu klinik aku mampu la...
patutla gua tak pernah dgr...gua org Temerloh campur bentong.
Catat Ulasan