Selasa, 9 Februari 2010

planet rabak

baru kejap tadi aku jengok link ke blog-blog yang rajin aku kunjungi kat sebelah kanan tu. kalau ada blog yang baru update, aku akan terus terjah dan baca. tiba-tiba terpandang blog nik dengan tajuk 'kita pejuang pas'.

wah!! dasyat nikbinjidan sudah menjadi penyokong tegar parti pas.

aku klik dan baca.

wahh!! terpegun lagi sekali sebab tengok layout dan template pun cantik.

entri pun nampak kemas disertakan dengan ayat quran dan hadis.

dasyat nikbinjidan!! mungkin selepas ini beliau akan bertukar arah kepada penyanyi lagu nasyid.

tapi, selepas aku skrol atas. skrol bawah. skrol kiri. skrol kanan. ishhh! rupa-rupanya aku tersalah blog. ingatkan blog nikbinjidan. rupanya blog nik abduh nik aziz...

*tajuk blog nikbinjidan ketika dan saat ini ialah 'tak de apa'....

10 ulasan:

merong mahawangsa berkata...

hehehe..nasib baik tak leave comment ;-P

Admin berkata...

he..he.. gua pernah cuba nak bukak pintu rumah orang. salah tingkat.

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o berkata...

akum

tu la orang suruh bagi salam

aku berkata...

lu jgn tkejut satu ari nti nik nyanyi lagu nasyid sambil berceramah..

benludin berkata...

merong,
itu la...nasib yg terbaik...hehe

kilat,
kalau kena marah dgn tuan rumah, sepantas kilat la lu lari..

brutal,
w'salam....komen itu sesuai utk kilat:)

aku,
aku percaya nik boleh...

Tanpa Nama berkata...

klu dh msuk umo 40an mmg gtu..hehe

:P

WanBeruas berkata...

...bro gua pernah terjah orang konon saja nak buat gempak..alih alih salah orang..kena kat kembar dia..patut la kawan tu terpinga pinga..he hee..

benludin berkata...

intan,
t/kasih atas peringatan...hehe

WB,
lu lagi teruk rupanya. gua bernasib baik terjah dlm blog je...haha

ubilepih berkata...

ada juga kes org tersalah Bini

Hashim Zabidi berkata...

hati-hati, jangan tersalah lagi,
nanti tersorong ke no entry...