teringat satu buku agama yang baru aku baca (tapi belum habis dibaca-biasalah aku). semasa pengadilan di depan Allah swt nanti ada yang dengan sukarelanya atau sanggup terjun ke neraka. kerana apa? kerana tidak sanggup didedahkan oleh Allah segala keaiban dan perbuatan yang keji ketika di padang masyar.
jika di muka bumi ini ada yang sanggup mengasingkan diri atau membunuh diri kerana malu atau kantoi atas dosa yang dilakukan. apatah lagi di akhirat kelak.
maka sama-samalah kita beringat. segala kelakuan kita yang dilakukan di dunia ini bakal didedahkan atau diadili sepenuhnya ketika di padang masyar nanti. tidak ada satu pun yang tertinggal walaupun sebesar zarah. Allah itu maha mengetahui apa-apa yang tersembunyi.
seseorang penjenayah itu mungkin boleh terlepas di mahkamah dunia, tetapi di mahkamah Allah pasti akan dibicarakan juga.
*tajuk buku 'bertemu janji allah'- tgna
Isu Niaga Makan Lagi....
4 minggu yang lalu
10 ulasan:
tanpa iman sebesar zarah bau syurga pun tak dapat...moga hidayah buat kita semua...
ingatan buat gua juga. biar gua duduk dalam gua batu yang bertutup... golap menghitam, Allah tahu apa yang gua buat. Berkumpul seluruh manusia.. berdoa dalam berbagai-bagai bahasa... Allah faham dan tak mustahil untuk Allah sempurnakan kesemua doa tuh.
~KiLaT~ sekali sekala borak pasai iman yakin ni seronok jugak. hidayat seluruh alam.
ben,
Dosa dengan Tuhan bisa juga minta ampun tapi dosa sesama anak Adam, kena tanggung sendiri, pak.
Pak Hashim.. gua mintak ampun mintak mahap kalau ada salah, kalau ada dosa. Selamat Hari Raya.
saya pun nak mintak maaf dan ampun dari pak hashim jika ada salah dan dosa.
pak hashim, lama kita tak mengeteh ni weh....
jgn ada yg bwk c4 kesane dh le..
bro, buku tu hang ada juai tak?
sapa pengarangnya?
p.c.
dengan ini saya memohon maaf secara formal..
pc,
penulis-TGNA
harga-RM17.00
postage-RM3
otograf aku-rm50.00 (hehe)
aku selalu lambat
Catat Ulasan