tau apa itu kemuncup?
kalau tak tau elok la pindah anak beranak ke kutub utara.
masa aku kecik-kecik dulu pernah dikenakan oleh kawan aku.
"ben, cuba aok gigit batang kemuncup ni" kata sabarudin
"matnya?"
"aok tak pernah rasa ke. manis yang amat"
"tak tau la pulak. meh sini keh cuba gigit..."
aku pun memasukkan sebatang kemuncup ke dalam mulut aku. bila batang kemuncup tu aku gigit je terus sabarudin menariknya.
"ptuii!! ptuiii!! ptuii!!" bersempudai mulut aku dengan bunga kemuncup.
* aok = kamu
matnya = kenapa
keh = aku
bersempudai = penuh
Isu Niaga Makan Lagi....
4 minggu yang lalu
9 ulasan:
haha..gua akan cuba..
Manis rasanya ya ben. Akar lalang juga manis. Ada sejenis tebu, 'tebu gajah' namanya lagi manis, boleh buat ubat kurangkan kencing manis.
Kalau mau minum air manis tanpa gula, makan saja buah 'lemba'. Satu sungaipun airnya jadi manis bila diminum selepas makan buah lemba. Ada sejenis tanaman (lupa nama) banyak didapati di Bukit Cameron jika diabstretkan manisnya melebihi gula pasir.
Kalau ada cendikiawan, negara kita tak perlukan gula dari kilang Perlis. Rakyatnyapun tidak akan tahu apa itu kencing manis, ha ha ha...
loklaq hang... ! kadang2 depa panggil temucup.
amalan mgigit kemucut boleh mgugurkan rambut
mudarat kat tenaga batin macam pernah ku baca
yg warne merah tu ker?
klu yang merah tu.. kecik2 pernah cuba.. hehe
setahu yg penah saya tahu..tak berapo elok kalo dikerapkan buat begitu..kata setengah org ianya boleh buat 'barang' itu jd lemah...
komen para sahabat mengenai kemuncup boleh menyebabkan lemah tenaga batin menyebabkan gua membatalkan hasrat untuk mencuba.. haha..tak mau ambik risiko..
jp,
boleh cuba juga.....lu pun sudah ramai askar
pak hashim,
mungkin tanaman di cameron tu namanya 'stevia'. dgr cerita saintis tanaman, 'stevia' ni x sesuai di tanah malaya.
kilat,
gelaran 'temucup' tu org kutub utara malaya guna
akiart,
rambut kepala gugur, rambut lain lebat...haha
anon,
hahh!!...nasib baik x kena duk kutub utara...haha
waqheh,
alhamdulillah...kes tu masa aku kecik. la ni dah beranak pinak...:)
Catat Ulasan