Jumaat, 14 Ogos 2009

melayu mudah lupa

Dua minggu lepas aku masuk ke Hospital Besar Alor Setar (hospital yang mana pintu masukknya tiada cermin-klik sini kalau nak tengok gambar). Oppps... bukan aku dimasukkan kedalam wad, tetapi kerana menziarahi mak mertua aku yang dimasukkan ke wad akibat penyakit kencing manisnya. Doktor terpaksa melakukan minor surgery dikaki beliau akibat luka yang tidak mahu kering. (Sekarang ini beliau sudah berehat dirumah dan lukanya pula sudah beransur sembuh.Alhamdulillah).

Disebelah kiri katil beliau pada masa itu ada juga seorang pesakit kencing manis yang agak kritikal. Kaki kanannya terpaksa dipotong. Sementara didepan katil mak mertua aku terdapat sebuah katil kosong. Menurut beliau ia adalah kepunyaan pesakit kencing manis yang baru sahaja meninggal dunia kira-kira sehari sebelum aku ke situ.

Suasana di wad itu memang menyedarkan aku bahawa kesihatan diri amat penting dijaga terutamanya dalam bab pemakanan. Jangan dah terkena baru menyesal. Sebab itulah juga kita sebagai umat Islam ini digalakkan untuk menziarahi rakan-rakan atau saudara-mara kita yang sakit.

Selepas waktu melawat tamat aku dan keluarga aku keluar dari wad tersebut. Semasa menuju ke kereta kami, aku ternampak sebuah cafe didalam kawasan hospital. Ramai juga orang yang makan minum di situ. Pasti makanan yang dihidangkan disitu sedap-sedap. Apa lagi..aku ajak wife dan anak-anak aku ke cafe tersebut.

Betul sangkaan aku. Bila tengok kat dalam cafe tu memang macam-macam ada dijual. Perut pun tengah lapar.

"Kak..bagi mee bakso satu.." wife aku buat pesanan, sambil tu dia tertengok juga ada mee bakso spesel dalam menu.

"Apa beza mee bakso biasa dengan bakso spesel kak?" tanya wife aku..

"Ooo...kalau spesel ada taugeh." kata taukey cafe.

(Taugeh jeh? Mungkin taugeh di Indonesia tu kira dah spesel sangat dah kot.)

"Kak..bagi roti kosong dua keping. Teh tarik gelas besar satu!!" turn aku pulak membuat pesanan.

"Tolong bungkus pasembuq satu..kuah lebih sikit ye kak.." aku nak pekena pasembur kat rumah pulak. Biasalah..kuah kacang memang peberet aku. Kalau sedap aku hirup je kuah tu!

Ishh...ishhh...ishh..akukah antara melayu yang mudah lupa itu? Mungkin kamu pun sama...

"Ya Allah... aku berlindung diri dengan keperkasaan dan kekuasaan-Mu daripada bahaya yang aku temui dan aku takut..."

-kepada sesiapa nak koleksi ceramah agama klik sini

10 ulasan:

azz berkata...

terima kasih kerana pesan memesan dan ingat mengingati sesama kita.
manusia memang mudah lupa...bukan melayu aje.
kuah kacang memang aku tau favourite hang...hehehe..
teringat masa malaysian food nite dulu dulu...
kita buat nasi himpit and kuah kacang ler tu..

benludin berkata...

azz,
sama2...
nasi himpit..tindih dengan macam2 alat..haha
(nasi ayam kaler pink ingat ka?masa bukak posa.pak arab kata sedapp!!belasah je tau pak arab ni...haha)

WanBeruas berkata...

..Ben hang patut mau pekena pesemboq Hameed Jln Mergong pun sama..kat Pendang pun sedap jugak..aishh hang perangat aku aiihh..

benludin berkata...

WB,
aku selalu balik Pendang, tapi lum jumpa lokasi pasembuq yg tip top..

Shemmi berkata...

"mmg mudah lupe..."

*sambil sedawa bau kuah kacang..


adat manusia..belum kena kenapa nk beringat2..dah kena baru nak beringat..

benludin berkata...

shemmi,
kita mudah lupa 'prevention is better than cure'..atau mmg degil kot..haha

jawa peranakan berkata...

haha..aku suka part taugeh tu..haha..

INTAN berkata...

aku pun pelupa...sbb slalu TERmkn semut..

benludin berkata...

jp,
beli taugeh kat pasar..pas tu irder mee bakso biasa....hehe

intan,
tak makan kerengga ke?

Insan Bokoh berkata...

Ben...
Kalau kat indon, bakso spesel kene letak keropok kulit kobau... Ni ckp betul ni! Sedap gak. Hehe..