teringat semasa di bulan ramadhan ketika masih zaman sekolah rendah dulu. aku selalu diarahkan oleh orang tua aku untuk membeli air batu ketul di sebuah kedai. masa tu kat rumah aku memang takde peti ais lagi. mana-mana keluarga yang dah ada peti ais masa tu memang dianggap orang kaya.
hidangan ais dibulan puasa masa dulu dianggap satu kewajiban.aku boleh kata hari-hari mengayuh basikal 'chopper' aku ke kedai air batu yang jaraknya lebih kurang lima kilometer dari rumah aku. air batu ketul masa dulu diisi dalam tong kayu dan dicampur pula dengan habuk kayu supaya ia melambatkan tahap kecairannya. tokey kedai pula menggunakan gergaji untuk memotong air batu ketul tersebut mengikut harga yang dipesan oleh pelanggan. selepas dipotong, tokey kedai akan membungkusnya dengan suratkhabar lama.
kerana jarak yang agak jauh antara rumah aku dan kedai tersebut maka air batu yang aku beli selalunya akan cair banyak. kalau ukuran asalnya satu kaki tetapi bila sampai kerumah tinggal la dalam tujuh inci panjangnya. maklumlah zaman kanak-kanak. dalam masa perjalanan pulang kerumah banyak tempat persinggahannya. termasuklah singgah ke mesyuarat 'persatuan melastik burung' atau 'persatuan memanjat pokok rambutan didusun orang' atau 'persatuan mandi sungai' yang dipresidenkan oleh aku sendiri. haha...!
15 ulasan:
Suka air Sarbat campur selasih..ha..ha..sejuk tekak
ha'ah....betoi2...bongkah ais..kena kerat gn gergaji..pastu ada serbuk dia...hehehe....aku dulu pun duty beli ais..mujur kedai sepelaung je...
Sheikh, kalendar hijrah aok advance sehari..hehe. Koi wat sndiri jek ais leni tp dulu2 koi jrg minum ais.
koi sempat juge kene buat kejer gitu, makna nya awok tidok le mude sangat pade koi, hek hek
hehe. singgah ushar aweks2 x? :D
Salam.
Nostalgia tu, saya pun pernah melalui zaman itu.
Benludin ni rupanya anak soleh yang mengikut kata ibu bapanya. Alhamdulillah.
jadi presiden kepada 3 persatuan serentak..berbakat memimpin rupanya tuan ni..
sepesen le kita weh...
bab beli air batu tu je la..
persatuan2 tu keh tak layok jd ahli.. :D
bestnyer nostalgia zaman kanak2 kan.aku rasa hidup dulu2 simple tp indha dan meriah kan.
p.c.
ketua tewww..
..dolu dolu sapa dapat basikal Chopper dah dikira kaya bro..ha ha..bebudak mesti respek punya aa..
dah lama tak dengar perkataan `basikal chopper' tu.naik beskal chopper pi beli aiskrim kepal kat ujung kampung yer bro ben :)
p.c.
ubi,
selasing+bandung best gak..
intan,
larat ko angkat ye...mesti muscle kuat tu..
intan rh,
saja cepatkan kalender..leh raya awal..haha
tok snek,
keh baru 15tahun...hehe
cik D,
awek zaman dulu berkurung kat rumah,x dpt nak ngorat.itu pasal kawin lambat...haha
azemi,
alhamdulillah....semoga anak2 aku nanti pun menghormati aku
jp,
bakat semulajadi...haha
ummzaid,
otai deme nih...
pc,
mungkin budak sekarang akan berbangga dengan PS2 atau rempit bila mereka tua kelak...
en_me,
termasuk ketua kelas...hehe
WB,
dulu aku badan kecik...kalau basikal tua tu mmg aku tak leh nak bawak
pc,
bawak basikal chopper melastik burung...lastik gantung kat leher...kat tayar basikal letak straw bagi dia berbunyi...haha
hua hua hua.....ni sah buleh buat citer kartun mcm lat tuh. aku suka je baca citer2 zaman kanak2 based on true experience.
ben, aku dulu dpt hadiah beskal chopper tu masa darjah rendah, memula belajar kaki pun tak jejak tanah...memula nak brek aku terjun je mcm oto girl (otoman/ultraman) sebab dah nak langgar pokok hehehe.aku panggei beskal mini kira geng chopper la gakkan hehehe.
p.c.
Catat Ulasan