Aku setakat ini alhamdulillah takde la lagi sampai baling pinggan,sudu,garpu etc. Setakat gaduh kecil2an tu perkara biasa la kan... Ada masa 'bertelagah' walaupun perkara kecil atau remeh temeh. Tetapi selepas berlaku beberapa 'perundingan' di meja
Bulan lepas rasanya takde apa2 persengketaan, tetapi wife aku mengambil keputusan yg begitu drastik. Aku pun berfikir apa kena dengan wife aku ni. Tiba2 je membuat keputusan yg mmg aku tak jangka langsung. Tak ensem ke aku ari ni?? Gigi aku tak berus ke?? Takde angin takde ribut... tapi wife aku memang nekad utk berpindah bilik. Bilik kami sebelum ni memang selesa. Luas , harum dengan bau-bauan dan terhias indah dengan bunga2 plastik..
Aku akur dgn keputusan dia.Aku kan suami mithali..Dah wife nak pi bilik lain. Aku hormati. Dulu memang bilik tu digunakan oleh adik ipar aku. Tetapi selepas dia tamat Form 5 dan balik kampung di Aloq Staq utk menyambung pengajiannya diperingkat sederhana tinggi (Form 6), bilik tu memang dikosongkan...
Semalam aku terharu atas sikap wife aku. Walaupun dia sudah menggunakan bilik lain, tetapi dia masih baik hati utk membersihkan bilik aku. Maklum la kan bilik aku sorang. Memang jarang aku bersihkan sebab aku ni ada masa
Selepas wife aku bersihkan bilik tu aku rasa amat selesa. Bilik tu harum semerbak,bersih, berseri2. Tidak macam dulu lagi..Seronok kalau aku masuk bilik aku tu...kalau aku masuk bilik tu memang aku bagi senyuman kat aku sendiri (kat cermin la..)
Terima kasih kat wife aku kerana membersihkan BILIK AIR aku..kami cuma berpisah menggunakan bilik air je. Bilik tidur still sama...
jongos tul aku nih...haha
Hadis Rasullah s.a.w (riwayat muslim)
"Apabila tidur seorg isteri dalam hal keadaan meninggalkan tempat tidur
suaminya,maka para malaikat melaknatnya hingga ke pagi"
4 ulasan:
tipoh tertipu koi kali ni... :D
hampeh....sbb koi baru jek dpt brita kwn baik koi separated...
neway, aok wat koi gelok la...haha :D
hehehe..sorry..tak sengaja..tu je idea yg mari dlm kepala hotak kome ari ni...
cissss..gimik la konon tu.
tak cukup gimik la encik. kalau nak lagi gimik, mungkin encik boleh buat satu lagi skrip, masukkan sekali dengan side effect orang kena sekeh kepala dek bini ker sebab pemalas cuci bilik air sendiri..kuikuikui..
Catat Ulasan