Tak lama lagi kita akan sambut hari kemerdekaan yg ke-dah banyak kali...macamana nak tau seseorg tu patriotik ke tidak ye?? Ada gadget utk mengukur tahap patriotik kita??
Pacak kan bendera kat bumbung rumah?
Pacak bendera kat basikal,kapcai,kereta,lori atau bas?
Pakai baju berlilitkan bendera?
Tak kisah la tu..buat la macamanapun. Sebab kepatriotikan kita berdasarkan bendera kan..? Aku tk penah kibar bendera kat rumah aku. Tidak patrotik kah aku? Yang penting aku sayangkan negara Malaysia ni. Aku bangga dengan negara aku (cuma tak brp bangga dengan pempimpin negara je..hehe). Rasa aku pendatang asing pun sayangkan Malaysia kot. Sebab depa bertungkus lumus membangunkan negara kita. Malu la kita kat depa kan...hehe
Ada plak sesetengah kelibat manusia ni yg marahkan gomen sanggup plak memasangkan bendera Malaysia terbalik. Pe kejadahnya. Tak payah la buat begitu. Marahkan nyamuk,kelambu dibakar...
Aku cadangkan kepada sesiapa yg teringin pasang bendera terbalik tu cari je idea lain bagi mendapat perhatian org ramai sebagai tanda protes anda. Antaranya ialah:
1. pakai baju terbalik
2. pakai seluar kat badan, baju kat kaki
3. jalan terbalik/'reverse' sambil kibar bendera
4. pakai spender terbalik...
5. ...ermm...lu pikir la sendiri!
Selamat Mencuba!
Isu Niaga Makan Lagi....
4 minggu yang lalu
20 ulasan:
jom pakai spender terbalik serentak.
org kata kita akan dpt mimpi yg sama hehe :D
Pakai spendar kat luaq macam super-super hero amerika tu bole? pakai spenda bendera...pehhhhh..patriotik giler...mat kilau dulu tak ada bendera2nya tapi semangat bukan main..he..hee
intan pakai spender terbalik?...ko buat la..aku tak mau...tapi sapa yg tau kan,empunya diri je yg tau..hahahhaa...
ubilepih...hahaha...boleh try tu..tapi mana mau cari spender belang?
Kat Kl jusco ada beb spender belang... Nak pesan tak? Nnti wa anta la... free of charge... kwn2 nyer pasal...
ahhh..tak payah cerita pasal patriotik la kalau cara kita menyambutnya lebih jijik dari bangsa yang pernah menjajah kita..
kan lebih baik kita sedekahkan doa dan alfatihah kepada pejuang2 yang gugur kerana ingin melihat anak cucunya hidup merdeka tanpa belenggu penjajah kafir.. aku rasa itu lebih patriotik..tak gitu? ada yang kurang setuju?
patriotik konon...
wa setuju...tu salah satu cara...mcm wa kata mende ni tk boleh diukur..so..hak masing2 la kan....
Assalamualaikum org lepihhh..
Salam perjuaangan!
wsalam...
aok org lepih gak ke,...
dalam bendera ada raja,menteri, rakyat dan agama..so kalau nak terbalikkan bendera, aku kurang setuju..
sekarang ni yang buat hal ialah pak-pak menteri..so aku cadangkan kita terbalikkan sahaja gambar2 diaorang yang sering tergantung khususnya di premis2 milik kerajaan..amacam? boleh terima ke idea sinis aku ni?
dalam isu menterbalikkan bendera ni, aku rasa negara yang paling selamat ialah THAILAND..
sebab bendera dia kalau diterbalikkan pun,rupanya masih sama..
tak percaya? try la..
j
jawa..
aku setuju bangat dgn kau la ..tapi kat profail aku rasa kau ni 'non-partisan'..hehehe
premis kerajaan?? ada berani ka..? hahaha
staf gomen...
sat aku pi cek bendera siam...:)
anon..
j?
abih kredit ke?..haha
staf gomen..
aku dah cek...betul le..terer hang.. bendera lain aku rasa scotland,latvia,israel,UK n jepun??
bendera union jack pun sama jugak..
benludin..
kalau premis tu takde cctv,berani la aku..kalau ada,tak semena-mena kena lepak kat kem tahanan kemunting setahun dua..makan free 6 kali sehari..
non partisan pun tak apa..aku nengok dari jauh je..
datuk syed abdul rahman alhabshi-konsul kehormat mongolia di malaysia turut berkempen untuk BN di permatang pauh..
antara kata2 hikmat beliau ialah "DENGAN KEBIJAKSANAAN SAYA DAN KERAJAAN MONGOLIA,SAYA BERJAYA MELARIKAN KELUARGA ALTANTUYA SHAARIIBUU 1500 KILOMETER DARI KEDIAMAN MEREKA KE SEMPADAN RUSIA"..
timbul beberapa ketidakpatutan :
1. dia seorang penjawat awam..untuk makluman kita semua, penjawat awam TIDAK BOLEH berkempen (atau membantu berkempen atau terlibat dengan mana-mana kempen dalam apa jua cara dan bentuk) untuk mana2 parti politik..ini termaktub dalam PERLEMBAGAAN..perkara berapa aku tak ingat..
2. dia kata "DENGAN KEBIJAKSANAAN"..amboi..angkuh benar bunyinya..
3. sekiranya tiada sebarang perkara yang perlu disembunyikan, kenapa perlu sorokkan keluarga Altantuya sehingga 1500 km dari kediaman mereka?
haa..siapa nak jawab? abg najib boleh tolong jawab?
jawa...
1.ikhlas tapi jauh kan...hehe
2. bab abg najib ni aku memang rimas...mmg dia tk terjwb byk mende. yg aku peratikan sekarang tuduhan RPK. website dia siap kena blok oleh SKKM(?) konon RPK suka buat fitnah. tapi kalau najib/mangsa fitnah tu nak kaya-raya lagi, pi je la saman RPK tu...ada berani ka?
Selamat Merdeka!!!!!
Merdeka 3X
tabib..
tq...merdeka!!!
Catat Ulasan