Glamer selipar aku ni. Menjadi perhatian rakyat marhaen Lipis. Apa la specialnya selipar aku ni yer. Yg aku ingat aku beli selipar hijau aku ni di Tong Fatt, Raub kira2 3 bulan lepas dengan harga siling RM4.90. Tujuan aku beli selipar ni bukan apa, senang aku buat basan( ada ke dlm kamus perkataan ni) ataupun utk mengambil wudhu'. Bukan la bertujuan untuk menglamerkan selipar aku ni. Selipar aku ni jenis low profile, tak suka glamer mcm Carbureter Dung tu...hahaha
Dalam 3 bulan aku pakai selipar aku ni dah macam2 dialog aku dengar.
Dialog 1:
Mat A: waaa...caya la selipar demeh ni. Deme beli kat mana? Cantik weeii...takde lagi org lipih ni pakai selipar macam ni. Kat KL pun susah nak jumpa selipar mcm ni..
Dialog 2:
Mat B : elehh...biasala kalau dah kaler hijau tu mesti PAS. Deme ni org kuat PAS ke?..selipar pun kaler hijau...pirahh..sebenonya secara tak langsung, PAS tu kat bwh kaki demeh je...tak layak duk atas...sian, hina betul PAS..
Dialog 3:
Mat C : wuyoo...serba hijau...takbir!!!
Dialog 4:
Mat D : selipar tu melambangkan deme ni suka kan kehijauan, tenang aku tengok. Sekarang ni byk sgt org tebang balak haram. Pokok2 dah semakin berkurangan..apa nak jadi dengan alam kita ni. Nak bernafas pun susah yer...
Dialog 5:
Mat E: caya la....bila kome tengok selipar aok tehh, teringat kat Zainal Abidin yg nyanyi lagu Hijau tehh..sedap lagu dia..
tu la dia....cerita selipar hijau aku. Ada juga yg dipolitikkan. Tunggu la one day, aku nak pakai suar dlm kaler hijau lak kat luar...haha
btw...siapakah Mat A, Mat B,Mat C, Mat D dan Mat E yg berdialog diatas ye??
Isu Niaga Makan Lagi....
4 minggu yang lalu
9 ulasan:
meh aku teka siapa mereka, mat-mat di atas. let´s check it out. heh.
Mat A - seorang mat rempit amatur. beliau sedang usha selipar orang yang gi semayang kat mesjid - aktiviti biasa sebelum beliau mentaram selipar orang ramai - sebab tu dia puji selipar ko. eheh.
Mat B - budak baru lepas sijil kemahiran, errkk..boleh jadi juga budak yang kena tendang dari UNITEN sebab CGPA 1.99 jer. Biasa la, anak melayu jer yang pandai kait2kan semua benda dengan politik. cenggitu juga la cemana penganjur protes sejuta rakyat kaitkan carburater dung dengan BN. dok tuding salah orang, salah diri sendiri tak hengat. heh.
Mat c - Budak IPTA. yang sedang bercuti semester. Baru nak belajar pasal politik BolehLand. heh
Mat D - Pakcik keje kat jabatan alam sekitar. yang tengah hangin kat orang yang tebang balak tu (sebab tak cari dia masa nak berurusan ´under table´). eheh.
Mat E - erkkk..ini mungkin peminat Carberatur Dung kot.
kuikuikui. amacam ? ada betul ? eheh.
hahahaha..lawak...
correcttt..correctt...correctttttt.
tq 4 coming...
teori kome..
Mat A - mat kepoh. suka kepoh pasal apa org pakai.diam2 sudah le..
Mat B - Mat AMNO tu..
Mat C - Mat Lepak je tu..
Mat D - ubilepih :D nature guide kan..
laa... ada Mat D rupanya.. :D
Mat D - Mat muzik. tengok sipar pun leh ingat lagu..
gitu lah ramalan hambe.. :D
99% correct..hehe
haha, Ben, dah correctttt tu takde hadiah pe2 ker ? kasik la BMW ke sebijik. boleh aku bungkus jerk kat dalam pagar rumah. nak bawak jenjalan tak boleh, minyak mahal..haha.
hadiah kena claim dgn ummzaid...haha
aik..!pasal apa pulak?
cengkelat la tu..
hehe.. ca.. kj baru nak tanya encik ben kita ni..
bmw ben.. tak pun jaket arsenal kenang2an tgk eric clapton nyanyi..hehe..
Ada satu Mat Hijau gua tak jumpa kat sini...HULK.agak di malu nak masuk sebab tak pakai baju..dan seluar carik-carik.yang pelik bila marah baju je yang koyak seluaq tak penah pun.Aku harap Hollywood cipta HULK pempuan plak..ha..ha..ha..Ku Lihat Hijau
Catat Ulasan