Jumaat, 25 Julai 2008

Kes Naik Minyak...

Hanya lampin pengubat rindu
PARIT BUNTAR:
Kain lampin dan mainan kanak-kanak menjadi pengubat rindu buat Norhanizah Ahmad, 27, yang kehilangan dua anaknya dipercayai diracun bapa mereka di Kampung Parit Kasa, Nibong Tebal, Pulau Pinang, kelmarin.
Malah, rumah ibu Norhanizah di Kampung Titi Serong, dekat sini, juga bertukar suram apabila tiada lagi keriuhan dan keletah dua beradik itu, Muhamad Shafril Shamir Shaari, 4, dan Nor Amelia Syafiqah, setahun.Dalam kejadian menyayat hati itu, suaminya, Shaari Hamid, 34, menggantung diri menggunakan tali dalam bilik di rumahnya selepas dipercayai membunuh dua kanak-kanak itu dengan memberi mereka meminum racun.Norhanizah ketika ditemui semalam masih diselubungi kesedihan akibat kehilangan serentak dua anak dikasihi itu...

if you want to read more click here

..nyawa semakin murah
...taknak komen byk..
..sedih...

13 ulasan:

ummzaid berkata...

anak2 dijamin ke syurga..
ayahnya... subhanALLAH..

na'uzubillah min zalik..

benludin berkata...

mula2 dgr berita kat tv ingatkan non-muslim...tapi sebaliknya...

ramai yg mental la ni...

kaca berkata...

mental torture lebih teruk kesannya dengan fizikal torture. boleh beri kesan yang tak tercapai dek akal. tapi nak buat cemana, sebab kita dapat pemimpin otak tahap unta jerk. jenis tak pk nasib rakyat. yang penting poket sendiri kembung.

benludin berkata...

kaca..

perot depa pun kembong sama!

IKRAB family berkata...

mmg tragis.titi serong tu belakang kg koi tu.ape pasai la jadi mcm ni.bnyk sgt yg difokus oleh negara kita,pemimpin dan rakyat sampai lupa nak fokus on kesihatan minda dan rohani.
ben, koi singgah vila hang ni ye.

INTAN RH berkata...

org yg sakit mental mmg tak pernah nak ngaku dia sakit mental..heheh..

ubilepih berkata...

Gua setuju ngan lu kaca...unta memang bodoh...lahir kat negara arab sampai sekarang tak reti-reti cakap arab..ha..ha..ha

benludin berkata...

intangg..
ada yg tak sakit tapi buat2 sakit....hehe

purple..
sila2...nasik nak tambah ke..

kaca berkata...

eheh..bukan perut kembung la encik..perut jalan ke depan.

ha ah la encik theatre..aku pun dok terfikir..apsal la unta tu lahir kat arab tapi tak pandai cakap arab ha..

kucing parsi pun sama..sepatah pun bahasa parsi dia tak reti..huhh...kaum yang sukar di ajar betul lah..

benludin berkata...

kucing api pandai ckp kedah lagi per...

kaca berkata...

kucing api tu mana leh kire encik..tu kucing jadian tu...hehehe

ubilepih berkata...

Cat woman bole kecek oputih..ha..ha.tapi kucing malaysia je cerdik sikit pada pengamatan aku sebagai seorang pencinta alam.
1.Kucing Utara bunyinya=Miiiaaqq
2.Kucing Trengganu=Miaaannggggg.
3.Kucing Kelate=Miaeeeee
Intan mesti biasa dngor bunyi kucing kelate kan..ha..ha

ummzaid berkata...

:D kelakonya la korang..