Rabu, 14 Oktober 2009

baju bundle

gambar dari google

zaman aku belasan tahun dulu memang gemar memakai baju bundle. tak kira lah samada t-shirt ataupun seluar. masa dulu perniagaan bundle ni tak semeriah sekarang. kalau di kl, gerai bundle banyak didapati di area chow kit. tetapi sekarang di ceruk-ceruk kampung seperti kawasan felda sungai koyan pun dah ada dua tiga buah kedai bundle ni.

kebanyakan gerai-gerai bundle dulu hanya menjual pakaian seperti baju dan seluar yang made in usa sahaja. tetapi sekarang macam-macam ada termasuk kasut, tali pinggang dan seluar dalam. made in japan pun ada.

aku sukakan baju bundle ni bukan apa. design dia memang unik/rare. takde baju yang pelanduk dua serupa punya. tak akan jadi kes pakai baju boria dengan rakan sekuliah.

aku teringatkan satu design t-shirt bundle kegemaran aku yang mempunyai gambar burung unta (ostrich) seperti di atas tu. gambar burung tu seekor je. t-shirtnya labuh dan kalau nak pakai kena masuk kedalam seluar (tight-in). dah baju tu made in usa. saiz ikut orang amerika le kan. kain pun cantik lagi. jahitan kemas. aku suka dan terus beli. pakai boleh kata hari-hari. dah bau busuk sangat baru aku basuh (sebenarnya rendam dengan air sabun je).

bila aku pakai baju tu memang kebanyakan orang yang selisih dengan aku mesti jeling-jeling punya. mungkin tertarik dengan design baju tu kot.

ada satu ketika tu aku pakai baju kesayangan aku tu untuk melaram ke central market. masa dulu aku selalu lepak kat tingkat atas cm. kalau dulu lepak kat cm ni memang in-trend lah. kalau balik kampung cerita kat kawan-kawan mesti dia orang ternganga punya. biasalah...zaman battle of the band, cm ni lah jadi port lepak mat-mat rock selain kota raya dan puduraya.

kat tingkat atas cm banyak gerai makan. awek yang jaga gerai makan pun comel-comel belaka. masa nak pesan makanan aku pun berjalan ala-ala mat rock. jalan kena kengkang sket, bukan apa seluar ketat! aku tengok awek gerai tu senyum-senyum kat aku. wah!! awek ni suka kat mat rock. bila sampai kat gerai tu awek tu tanya " bang..lawar t-shirt". aku jawab dengan cool "woooho ... terimakasih dik. amerika mari t-shirt ni". kemudian dia tanya lagi " bang...kepala burung tu kat mana??".

opsss...baru aku perasan. rupa-rupanya kepala burung unta tu 'dalam seluar' aku. aku pun terus buat pesanan tanpa menjawab pertanyaan awek tadi. "dik...bungkus teh ais satu ye. cepat sikit. nak ke bus stand klang nih. takut terlepas bas!"-(lagipun takkan aku nak jawab "ooo...kepala dia ada dlm seluar aku").

lepas bayar aku terus blah. tak ke bus stand kelang. tapi ke kedai apek dekat cm tu jeh. cari baju pagoda. baju pagoda lagi rock!

16 ulasan:

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

hehehe~

serta merta pagoda Rock~

hahaha~

Shemmi berkata...

kui3...

jiwa mat rock dah terbarai dek kerana seekor burung unta!

ubilepih berkata...

Kena jga elok2 kepala burung ni...kena ada malu macam ostrih tu..ha..ha

Tanpa Nama berkata...

hehehe.nostalgia ye bro.
CM tu walaupun bukan tempat lepak wa tapi masa zaman wa bljr dulu, CM ni kire femes la sebabnya KLCC lum ada lagi, SOGO pun takde masa tu.
p.c.

WanBeruas berkata...

..wa dulu jual bundle kat railway station Ipoh..ok gak..la idak lagi..tapi yang bestnya jalan jalan kat Tlk Intan baru ni ada yang tegur..Bro lu dlu jual bundle kat Ipoh ek..wa senyum je ..he hee..Bundle Rulezz!!

bakrihafizhisham berkata...

ahahahha

Pyanhabib berkata...

kah kah kah!

INTAN berkata...

tingin nk tgok ko pakai baju tuh...hehe...ada lagik ke?

azz berkata...

hehehe....aku pun pernah pinjam koleksi baju bundle hang dulu, memang aku terpikat ngan design yg hang pilih...tapi baju ostrich ni tak pernah lak...hehehe

Daffodil D berkata...

jawab jela "kepala burung dalam ni. lu mahu tgk ka?" hahahha

pokde nan berkata...

ha ha ha.cerita bundle lagi menarek.bundle clothing memang best.aku tak pernah miss.dulu ada kedai bundle di lipis nama 'american house'.segala benda ada kat situ.aku siap dapat senaskah american english dictionary dgn harga rm3 saja.bundle mesti rock!

reverie berkata...

haha. masa berjalan. jiwa pun sama berubah la. pagoda pakai kat msia best oh. sejuk. buat tidur layan.

hafiz zainuddin berkata...

hahaha bro! gelak aku! baju pagoda memang cool pun.

Unknown berkata...

muahahaha....

that's funneeee!

benludin berkata...

zara,
pagoda penting utk jemaah haji..:)

shemmi,
barai dan boroi

ubi,
1kepala

pc,
tidak lupa juga jasa2 campbell dan pertama komplek utk mat rock

WB,
the bundlers!!!
haha

bakri,
hehe

pyanhabib,
(ketawa)

intan,
telah di tong sampahkan kat kedai apek tu.mungkin apek tu pakai

azz,
haha..kita biasa tukar2 baju.nasib seluar hang aku tak muat

D,
cisss!

pokde nan,
la ni lepih dah takde kedai bundle.

reverie,
pagoda singlet pun ok. baru aroma ketiak terkeluar

terompah,
mmg cool selagi ia tidak dihitamkan oleh daki2

versed,
hehehe...tq

Tanpa Nama berkata...

Kenapa bang tak jawab kepala burung dalam seluar