Jumaat, 23 Oktober 2009

salam jumaat dari che guava

tadi terjumpa che guava rakan baik don songkok. che guava adalah seorang pejuang totok sebuah pertubuhan songkok mereng yang berkeramat tu. aku malas nak cerita pasal perjuangan beliau. aku lebih tertarik dengan apa yang diperkatakan kepada aku pagi tadi.

"aku rasa la masjid kampung kita akan penuh dengan jemaah untuk menunaikan solat jumaat tengahari ni. ramai dah sedar dan mengambil iktibar dari peristiwa sejadah berdiri. mungkin ia adalah petunjuk dari allah s.w.t. kita patut malu kat sejadah. ramai dari kita tak menunaikan solat, tapi sejadah bersolat. betul tak ben?"

"entah la che... kalau aku tak solat, aku lebih malu kat allah bukan sejadah."

* jawapan aku ringkas aja kat che guava. aku tak berani nak komen sangat hal-hal begini. tapi kalau kamu nak baca pandangan seorang ustaz, sila klik sini.

* che guava tidak ada talian persaudaraan dengan che guevara. che guava dilahirkan di kampung lubuk hik, pahang. che guevara pula dilahirkan di argentina sana.

foto: sejadah aku pun berdiri. kopiah tu dia pinjam ubilepih punya.

sms baru masuk dari seorang peminat karpet: "lepas solat jumaat nanti , kalau takde org, wa nak diri sejadah banyak2. ha!"

9 ulasan:

blackpurple @ jowopinter berkata...

Macam lawak pulak kan....?

aku berkata...

lu punye sejadah, jantan tu..

chekgu Bani Hassim berkata...

siap kopiah tu yg tak boleh blaa...haha

tuan tanah berkata...

Apa sajalah, tapi nampak macam hoax. Kalau betul, tak baiklah orang yang buat tu walaupun niat dia macam baik nak sedarkan orang.

P/S: Dalam FB Ujang (kartunis) ada disentuh juga tentang ni. Komen-komen dia dengan gambar-gambar sejadah berdiri tu menarik dan menginsafkan.

jawa peranakan berkata...

berbanding sejadah yang sembahyang, aku lebih hairan dengan orang yang tak sembahyang..

benludin berkata...

harap2 semua yg berkerumun menengok sejadah solat tu adalah terdiri dari org2 yg mengerjakan solat...

:)

Nan Blues berkata...

sejadah kat rumoh keh ade lah sekeping dua..tapi semua jenis malas berdiri...yg selalu berdiri gitar,tu pun bersandar kat dinding.phui!

benludin berkata...

nan,
sekali sekala kena baringkan gitar tu..sian dia letih berdiri.

Nan Blues berkata...

tak boleh weh.gitar kweh kalo dah baring..maknanya sampai masa kaweh balek lepih bela kambing(baka boer)pulok.kambing la pulak main gitar...berdiri atas meja.