Isnin, 19 Oktober 2009

open minded

semalam terjumpa don songkok kat pekan koboi. berjalan dengan penuh gaya. terhenjut-henjut. mentang-mentang lah hensem.pakai seluar jeans. berbaju kemeja petak. songok tak tinggal. bila nampak aku dari jauh lagi dia dah tersenyum. aku pun senyum sambil berjalan ke arah beliau.

"wah!. ensem ari ni don!"

"terimakasih ben. aku biasalah. masa keje ensem. masa luar keje pun kena jaga keterampilan diri supaya modal insan yang diwar-warkan oleh pemimpin kita dulu tercapai." kata don songok sambil tersenyum sinis.

"bagus la. bukan senang nak dapat anak muda yang bersikap macam kamu ni." aku membodek.

"pemuda alaf baru. semangat perjuangan pun kena sunguh-sungguh kalau nak berjaya."

"betul tu. kamu ni ensem-ensem ni pasti ramai awek kan don?"

"hehe...biasalah tu ben. orang bujang."

"dah la ramai awek. seorang yang terbuka pulak tu kan?"

"bila ramai awek ni secara otomatik juga aku seorang yang open minded beb! tapi kamu ni pandai juga teka yang aku ni jenis open minded ye. ilmu apa kamu pakai?"

"eh... mana ada ilmu-ilmu nye don. aku bukan cerita pasal open minded. aku cuma nak bagi tau yang zip seluar kamu tu terbuka!"

"cehh!" don lantas menyeluk sakunya bagi mencari syiling 30sen untuk ke tandas.

*cerita diatas hanya rekaan semata-mata. kalau betul pun hanya 0.05% sahaja. idea cerita aku perolehi ketika menonton pilem tamil petang semalam.

6 ulasan:

miera berkata...

hehe.funny

benludin berkata...

perghhh..mentang2 topik open minded....haha

Mata Hari berkata...

pernah gak pi meeting dgn sorang boss..suar zip dia terbukak..lama plak meeting tu...penat akak nak tahan gelak...!!!

benludin berkata...

matahari,
tak amik gambo ke? haha

nina berkata...

ni tgk kat chanel 951 kerr?? kalau gitu, mesti kitorg pun tau citer tu.. hahahah

benludin berkata...

nina,
laki aok pun fanatik tamil ye..hehe