Rabu, 3 Disember 2008

Perasmian Galeri Lukisan

Pada satu malam.Tengah sedap-sedap berangan kat ruang tamu rumah aku, tiba-tiba aku di tegur oleh anak aku, Aleeya:

Aleeya: Abah nampak tak ceria je malam ni.Napa abah?
Aku: Ada la...Rahsia.Napa tiba-tiba tanya ni.Mesti ada apa-apa ni!
Aleeya: Abah, ada selotape tak?
Aku: Nak buat apa selotape tu?
Aleeya:Ada la...Kakak nak buat kerja sikit..
Aku : Ermm...pi la amik dalam laci almari tu.

Dalam 15 minit kemudian aku pun jengok dia kat bilik. Takut juga dia main gunting sebab nak potong selotape tu kan. Bila masuk je bilik, terkejut aku. Ini la hasilnya dari apa yang dimintanya tadi:
Ini bukan gambar penunjuk perasaan di Thailand. Tapi seorang artis yang dihasilkan dirumah aku..hehe

Dengan ini saya sebagai abah kepada Aleeya dengan penuh bangganya merasmikan pembukaan Galeri Lukisan yang bertempat di rumah aku. Kesemua lukisan tu ditampal kat dinding almari baju aku.

Tunggu la bila penuh lukisan kat almari tu, aku akan jemput wartawan Sin Chew Jit Poh...hehe

Nota: Mula-mula ada gak rasa bengang sebab dia tampal merata-rata tempat.Tapi bila pikir balik kira okay la dari anak aku menconteng dinding rumah.. :)

8 ulasan:

nina berkata...

utk dijual ke lukisan tu? berbakat sungguh!!

benludin berkata...

nina,
nak beli ke?
hehe

amey ahmad berkata...

anak wa buat mural hampir semua dinding rumah 2 tingkat wa kecuali bilik wa dan semua bilik kecik.. hmmm.. kenapa bilik kecik tu tak dimuralkan eh?

Tanpa Nama berkata...

amey,
sbb bilik kecik tu dah mmg unik...tak perlu dimuralkan..haha

Insan Bokoh berkata...

Ben... kalau takut dinding kene conteng, silalah beli white board. Confirm bole melukis beribu2 kali.

benludin berkata...

IB,
kalau guna w/board tak leh buat Galeri Lukisan..:)

INTAN berkata...

comelnya lukisan dia..ada seni tersendiri

benludin berkata...

tq INTAN..