Khamis, 29 Mei 2008

Gambar2 Di Kedah

Kunjungan sedara-mara dari Pattani, Thailand

Ada gaya Tok Guru Nik Aziz?

Ladang Tebu milik Raja Gula di Chuping, Kedah



Shopping heaven (utk yg berduit, aku cuma pemerhati org shopping) di Padang Besar

Untuk lelaki sure blur mata tgk jersi. Ori beb. Tapi ori-siam!

Pembangunan di tanah bendang di Pendang. Sawah padi semakin terhakis.

Rabu, 28 Mei 2008

Bercuti di Kedah

cuti sekolah ni aku balik Pendang, Kedah.
Biasala...cuti sekolah 2 minggu. Kena la balik...


to b cont'd

Isnin, 19 Mei 2008

IQ Test

ALZHEIMERS' EYE TEST

1. Count every ' F ' in the following text:

FINI SHED FILES ARE THE RE
SULT OF YEARS OF SCIENTI
FIC STUDY COMBINED WITH
THE EXPERIENCE OF YEARS...
(SEE BELOW)

HOW MANY ?
WRONG, THERE ARE 6 -- no joke.
READ IT AGAIN ! Really, go Back and Try to find the 6 F's before you scroll down.

The reasoning behind is further down.
The brain cannot process 'OF'.

More Brain Stuff . . From Cambridge University .

2. O lny srmat poelpe can raed this.
I cdnuolt blveiee that I cluod aulaclty uesdnatnrd what I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it deosn't mttaer in what oredr the ltteers in a wrod are, the olny iprmoatnt tihng is that the first and last ltteer be in the rgh it pclae. The rset can be a taotl mses and you can sitll raed it wouthit a porbelm. This is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe. Amzanig huh? yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt! if you can raed this psas it on !!

sumber : click HERE if you want more!

Yang 1st test tu aku kira ada 3 F..mmg fail aku ni. tak genius sgt...haha

but the 2nd test ok, boleh read tru..no prob.


Next , let's play with some words. What do you see?


Isnin, 5 Mei 2008

Hampa dan Jimmy Dog Dog...

Aku HAMPA. DVD yg ingin dicetak-rompak masih dlm proses. Makan masa nak siap. Tak dapat lagi la aku layan...
Takper la...AF6 ada. Bleh la jugak layan sambil mengutuk peserta. Ambikkkkkkk!
Aku pun pelik. Macamana aku ni leh layan AF6. Padahal ntah apa2. Nyanyi cam hampeh!

____________________________________________

Nak citer sket pasal Jimmy Dog Dog. Bukan Jimmy Ketua Pemuda UMNO Lipis. Bukan juga adik-beradik Snoopy Doggy Dog si black rapper tu. Tapi kawan aku yg berasal dari Kuala Ibai, Terengganu. Ganu kite..senyum sokmo! Mmg dia ni mudah senyum, walaupun muka ada masa nampak brutal.

Dah lama tak jumpa Jimmy Dog Dog ni. Last aku jumpa dia kat Oxford Street tahun 1996 kot.... Perghhh....oxford st. tu! Bukan calang2 tpt nak berjumpa.

Jimmy ni terkenal dgn BLUR nya masa belajar kat UITM (formerly known as ITM) dulu. Dah la blur, study last minute punya kaki. Walaupun dia jenis last minute. diploma dia dapat. Degree pun ada. MBA pun dia amik. Last sekali yang aku tau, ACCA pun lepas, sekali harung lak tu. Caya la Jimmy. Walaupun hang terkenal dgn BLUR nya diantara kawan2, hang memang OTAK genius. Gua tabik sama lu la Jimmy.

Baru2 ni jumpa Jimmy kat Lipis. Aku terkejut gak macamana dia tercampak ke Lipis ni. Dia kata nak buat audit utk JBA, sbb JBA akan di swastakan tak lama lagi. Kita org lepak2 sambil minum kat kedai cendol. Kita org masing2 bertukar no. fon dan e-mail. Sure la boleh keep in touch lagi lepas ni. Aku rasa mmg susah nak nak lost contact since segala no. fon dan email aku bagi kat dia. Cuma alamat blog ni je aku maleh bagi, senang nak kutuk dia kakkakaka...

Lepas minum, masing2 balik. Aku balik rumah aku. Dia lak pi check-in kat hotel...(tapi esoknya dia citer dia nak tukar hotel lain sbb kat lounge ramai sgt yg smoke, tak tahan asap...padahal Jimmy ni pun heavy smoker)

Esoknya aku plan nak lunch dgn Jimmy. Maklum la dah lama tak jumpa. Boleh la sambung citer lagi sambil makan. Aku pun call la Jimmy ni:

Aku: Hello..Jimmy!

Jimmy: Hello. Sapa ni?

Aku: Ler....aku la.....bla..bla..bla......

Jimmy : la...sorry la...aku tak save lagi no. fon hang ... brp no. hang?

Aku : semlm beria benar amik no. fon aku, tak save pun yer..

Jimmy : hahha..sorry la......aku lupa...

Hang ni Jimmy, bila nak berubah. Penyakit BLUR masih ada lagi!

Jumaat, 2 Mei 2008

DVDs To Watch ..soon..

Aku suruh kawan aku mencetak-rompakkan 3 movies yg aku rasa memang susah nak cari kat kedai-kedai dvd yg menjual dvd cetak-rompak. Harap2 movie yg kwn aku tgh d/load tu leh siap ari ni. Boleh la aku tgk this weekend dgn famili. Napa tak d/load sendiri?..hahhaa....tu la persoalannya. Aku ni guna streamyx tahap slow gaban dan meraban. Silap2 kalau d/load hari ni sure siap 365 hari lagi. Aku tgk tahun depan je la sempena hari pekerja 1 Mei 2009.

Aku minta tolong kwn aku d/load dan BURN ke dvd. Harap2 ada sub-title. Takde kalu mmg aku BURN kan dvd tu kat belakang rumah aku jeh!

Napa nak sub-title? Tak reti omputih ke?...
Aku reti baca omputih je,dengar tak paham...(alasan beb). Semua movies yg aku suruh d/load tu dlm foreign language ie French, Iran n Indon. Indon pon kena sub-title beb...

Movie-movie yg dlm proses utk dicetak-rompakkan oleh aku:

The Umbrellas of Cherboug (rating 5 star dlm allmovie.com)
Filem tahun 1964. Aku belum lahir lagi. Dah lama aku cari film ni. Bkn kemaruk cinta. Aku suka sbb konsep muzikal dia. Takde yg bercakap. Dari mula sampai abih citer, duk menyanyi je. Tgh makan pun duk menyanyi. Pantang mak bapak aku menyanyi tgh makan ni. Tp depa carry on. Kalau citer melayu pun ada adegan meja makan, tapi duk bergaduh anak beranak time makan.
Movie ni dah tgk 10 tahun lepas. Tp saja nak buat kompilasi. Something to share with my wife n anak2...nak sinopsis click HERE




Mim Mesle Madar ( M For Mother)
Best Foreign Language Film at the 2008 Academy Awards
WIKIPEDIA: The film is among the highest box office records in the history of Iranian cinema. Acclaimed Iranian actress Golshifteh Farahani stars in this film....Aku terjumpa pasal filem ni dlm majalah Milenia may 2008. Tertarik dgn komen si penulis artikel dan sinopsis citer ni. Dah lama tak tgk citer Iran ni. The last Iran film yg aku tgk was White Balloons. Aku tabik kat filem Iran ni bkn apa. Filem depa taraf world, tapi tudung tetap kat kepala. Tak payah sexy-mexy. Tak payah nak peluk-peluk. Tak payah nak bergaduh kat meja makan. Tapi filem depa tetap tip top. Siap menang kat Italy Filem Fest 2007

Ayat-Ayat Cinta
wikipedia:Ayat-Ayat Cinta is a religious film which is based by best-selling novel with the same title by Habiburrahman El Shirazy. The story is actually based in Cairo, Egypt, but instead of shooting in Cairo, the movie was shot in India and Semarang, Indonesia.[1] The movie was actually going to be released in 2007, but due several reasons it's delayed until February 2008. Tertarik sbb citer islamik sket. Dulu mmg suka tgk citer indon 70's zaman Benjamin S. Mmg filem Indon byk yg bagus compare to us. Filem melayu ada la 2-3 kerat yg bagus, P.Ramlee's for sure dah bagus.


Ni la movie2 yg diharap dpt tgk this week. Something to watch with my family on this weekend. Favourite movie hubby/ abah depa...Kalau anak aku tk mau tgk aku suh dia simpan dan tgk 15 tahun akan dtg masa dia umur 20 tahun. Aku rasa mmg la negative answer kalau suruh anak aku tgk. Favourite citer dia hanya kartun 24 jam. Sampai aku pon dah hafal lagu2 kartun ni. Terutama citer Make way For Noddy. ..

p/s: - ada lagi ke dvd 15 tahun akan dtg?