Isnin, 30 Mac 2009

jom camping...

keluarga aku memang adventerous!

Jom kita berkemah. Tak rugged la duduk rumah je. Sekali sekala kena juga buat aktiviti outdoor. Sambil berkemah kita boleh menikmati keindahan alam. Menghirup udara segar sambil mendengar kicauan burung. Contohilah aku sekeluarga yang berkemah dihujung minggu.

Baru-baru ni aku sekeluarga pergi berkemah. Kemah ni aku beli masa aku balik Kedah dulu. Harga tak berapa mahal. Cuma RM39.90 je, muat untuk dua orang dewasa (yang bersaiz besar). Tapi kalau kami sekeluarga yang hanya terdiri dari empat orang kira memadai la. Muat-muat .. ngam-ngam kata orang.

Nak pasang kemah ni cukup senang. Bak kata bahasa komputer tu plug n play. Kemah ni pun macam tu juga.. cukup mudah. Tak perlu rujuk kepada manual dan hanya memakan masa sepuluh minit untuk dipasang.

Masa aku kecil-kecil dulu mana ada kemah macam ni. Kalau nak berkemah masa zaman aku jadi pengakap dulu memang la banyak pokok-pokok jadi mangsa kena tebang sebab nak buat tiang. Kalau atap kemah pulak kita orang guna pelepah rumbia je. Tak pun guna daun-daun pokok yang telah ditebang tadi. Lagi adventerous. Selesa juga. Kecuali hujan ler....

Masa kami berkemah tu kami bawa toto dan bantal sekali. Selesa sikit nak bersantai dalam kemah. Takde la sakit badan kan. Kemah ni pun cukup kukuh. Kalau angin atau ribut melanda, insyaAllah selamat. Tempat perkemahan yang aku pilih ni pun dijamin selamat. Memang tiada gangguan dari binatang buas atau yang tak buas (kalau ada pun mungkin serangan dari semut gula je kot). Begitu juga kalau hujan. Memang selamat. Tak basah.Tempias hujan pun tak akan kena!

Anak-anak aku cukup seronok. Biasa lah budak-budak. Tapi masalahnya bila dah berkemah ni dia orang nak makan sedap-sedap. Sekejap kang "abah...tolong buat air milo!". Tak lama lepas tu.."abah, mama...kakak nak makan nasi goreng la.Telur hancur (scramble) ye..Letak kicap kat telur!".. Ingat restoran ke ni? Tu kira okay lagi. Yang tak seronoknya bila anak lelaki aku yang berusia dua tahun lebih tu berkata.."abah..nak susu!"...Tak rock sungguh masa berkemah nak susu...alahai...

Kerenah anak-anak bagi aku adalah perkara kecil. Semuanya aku dan bini aku layan permintaan mereka. Janji anak-anak aku enjoy berkemah! Bila dia orang dah habis makan nasi goreng dan minum susu, ada pula permintaan yang tak berapa masuk akal semasa sesi perkemahan. Anak perempuan aku kata.."abah..tolong buka tivi..kakak nak tengok Tom and Jerry lah..". Ahh..karut....Masa berkemah pun nak tengok tivi. Tapi tak per lah..aku on tivi. Tivi bukan jauh pun...depan kemah yang aku pasang tu je. Sebabnya aku bukan berkemah dalam hutan. Aku berkemah dalam rumah je..hehe

Sehingga ke hari ini, dah hampir seminggu lebih kemah tu berada kat ruang tamu rumah. Anak-anak aku masih seronok lagi merasai suasana 'berkemah'. Ada masa bini aku bertanya.."bah..bila nak buka kemah ni?". Aku balas "tunggu la raya puasa nanti saya buka lah kemah ni kot...".Hehe!


ingat steven spielberg aje ke yang ada studio perfileman..aku pun ada!

*31 march 2009 : avoid pistachios nuts (kacang cerdik)..click here to know why.
*keliru aku. Ejaan yang betul kemah atau khemah? Kalau aku tersilap..maafkan aku ye Dato' Mudin

Selasa, 24 Mac 2009

kempen padam lampu @ 28 Mac 2009

- Earth Hour-8:30PM local time, wherever you live on planet earth. Saturday 28 March 2009
-
kalau taknak ikut kempen ini, sila terbalikkan(tong-ging) sahaja lampu di rumah kamu..mungkin boleh memalapkan sedikit cahaya. Ya..sekurang-kurangnya kita juga memahami isu global warming , yang berpunca dari karakusan diri kita sendiri...
-
aku nak padam lampu toilet je..boleh kan?..tutup tivi mana boleh..konsert AF masa tu..hah!!!

Sabtu, 21 Mac 2009

from Pendang with love- ii

i. lokasi : Bukit Raya,Pendang
Dah lama aku kempunan nak ambil gambar seperti di atas ni. Setiap kali aku balik Kedah, ada saja halangan untuk menunaikan hajat tersebut. Tapi kali ini semasa dalam perjalanan ke pekan nat (pekan sehari) sempat juga aku mengambil gambar pemandangan ini... ketika memandu!(don't try this at home..haha). Aku memang cekap walaupun mak mertua yang duduk di belakang bersuara dalam keadaan gelisah..."hang jaga-jaga..kang terbabas masuk sungai..nayaaaaa!!". Tapi aku mendegilkan diriku sebab aku tau, mak mertua aku tidak akan menganggap menantunya ini derhaka! Sambil tangan kiri memegang stereng kereta, tangan kanan pula memegang telefon bimbit berkamera...ahhh..akhirnya berhasil..

ii. lokasi : Kampung Kangkong, Kota Setar
Kenduri kahwin yang pertama aku pergi hari itu. Rumah kenduri sedang berlangsung kat belakang rumah papan yang cantik tu. Memang terpegun aku menengok rumah tu. Klasik. Masa aku melalui halaman rumah tersebut kedengaran lagu La Obe-The Swallows sedang dimainkan dengan agak kuat. Pergh..dalam hati aku. Dasyat tuan rumah ni..layan lagu otai..Sistem hi-fi dia boleh tahan...speaker mesti besar tu....

iii.lokasi: Kampung Lepai, Bukit PinangLokasi kenduri kahwin yang kedua. Tak larat nak makan nasi. Aku makan bubur pulut hitam je. Memang tradisi orang sana kot, dia orang menyediakan bubur selain juadah utama semasa kenduri. Rumah sebigini selalunya tidak berpenghuni kerana tuan rumah membuat rumah yang baru bersebelahan rumah lama mereka. Yang bagusnya mereka tidak merobohkan rumah lamanya.

iv. lokasi: depan Kedai Hock Heck, TokaiGambar ini juga aku ambil semasa memandu didepan kedai runcit Hock Heck...catchy sungguh nama kedai tu. Macam biasa aku buat selamba walaupun kedengaran suara komplen dari sebelah kiri aku (wife aku le tu). "jaga-jaga nanti terbabas kat atas rel keretapi depan tu". (Ermmm..kat depan tu memang ada kerja-kerja menyiapkan rel keretapi berkembar dari KL-Padang Besar sedang dijalankan.Teringat aku kat tokey projek Gamuda tu..lawa..kaya..maklum aja la anak sultan). Aku cuma terpegun dengan pokok bunga yang warna merah jambu tu . Boleh kata sepanjang perjalanan dari Pendang ke Tokai, pokok itu menghiasi jalan. Memang cantik. Seperti musim bunga di Eropah gamaknya. Terpegun kerana di Lepih ni takde pulak pokok bunga seperti itu mengiasi jalan. Yang banyak cuma pokok lalang. Aku tanya mak mertua aku (dia memang pakar rujuk aku a.k.a pemandu pelancong) akan nama pokok tersebut. Dia kata namanya pokok bongok.... kah kah kah!

v. lokasi: Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar

Gambar ketika aku melawat adik ipar aku di KSAH, Alor Setar. Tak silap aku ia merupakan sekolah sukan yang berprestij di Kedah. Memang cantik landskap dan bangunan kolej ni. Adik ipar aku kata "saya kena ke KL hujung minggu ni sebagai pemain drum untuk pasukan gamelan bagi meraikan ulangtahun penubuhan kolej ni yang ke 100"...huh..kenapa di KL?
Kelihatan juga pokok bongok yang ditanam sepanjang jalan di Alor Setar. Aku jadi bongok sekejap sebab terpegun dengan keindahan bunga-bunga berguguran semasa ditiup angin...

-tak sempat pun dua minggu gencatan memblog...gian menulis dah aku nih!

Jumaat, 13 Mac 2009

citizen cane..

cun amoi yg menggunting rambut anak aku tu...tapi saja taknak tunjuk..seksi bangat ..

tajuk asal: rotan..
[entri yang panjang sempena dengan gencatan memblog (pinjam perkataan dari bro pyanhabib) selama dua minggu...juga merupakan pesanan untuk diriku sendiri]

Semalam wife aku bertanya kat anak sulung aku. Tujuannya saja-saja nak mengajak anak aku berbual. Maklum la masa cuti ni asyik menonton kartun je kat tibi. Sekali-sekala nak alih gak tumpuan dia dari tibi tu..

Soalannya.."Kakak sayang mama atau abah?". Anak aku jawab, "sayang mama lah..abah tak!" ..Wife aku tanya kenapa sayang mama je, tak sayang abah sekali..Anak aku balas "kakak tak sayang abah sebab abah pernah rotan kakak"..hahaha...aku tergelak. Pada hal ada juga rasa kecik hati, sikit je..tak banyak..

Aku tak sangka juga, perbuatan aku merotan anak aku dua tahun lepas masih segar dikepala anak aku ni. Memang tak sangka. Ingatkan dia dah lupa. Memang aku kesal merotan anak aku. Maklumlah masa tu dia kecik lagi. Baru berumur empat tahun. Mungkin sikap marah telah menguasai aku masa tu.

Aku masih ingat akan peristiwa hari itu. Anak aku balik lambat dari taman permainan walaupun aku dah panggil dia beberapa kali. Aku hilang sabar. Bila dia balik je, terus aku ambil rotan yang memang telah lama aku sediakan untuk menakut-nakutkan anak aku ( konon ingin melentur buluh biar daripada rebungnya). Dan hari itu aku akan menggunakannya untuk kali pertama. Bila anak aku memasuki rumah, terus aku hayun rotan tersebut. Niat aku bukan nak menyakitkannya. Maka aku aim rotan tersebut supaya terkena pampers yang dipakainya. Tapi malang, hayunan aku tersasar. Rotan tersebut mengenai bahagian tulang belakangnya .... piappppp!!! ...."alamak.Aku silap aim" hati aku bersuara. Apa lagi..meraung la anak aku. Bila wife aku mandikan dia petang tu, anak aku masih lagi tersedu-sedu menangis sebab menahan sakit. Wife aku tunjuk kesan calar kat belakang anak aku.Lebam...Alahai...sedih la plak aku masa tu.

Maafkan abah ye Aleeya...bukan sengaja. Ia untuk kebaikan kamu juga..

Aku pun silap. Silap yang amat sangat. Anak aku masa tu kecik lagi. Memang tak perlu memukul atau merotan ketika anak diusia yang sebegitu muda. Cukup sekadar teguran,penjelasan dan nasihat. Itu la jadinya..kalau sifat marah (dan juga jahil) menguasai diri. Konon nak jadi bapa mithali, silap-silap jadi bapa yang dikesali la pulak. Aku belum terjumpa lagi hadis yang mengatakan anak-anak perlu dipukul/rotan atas sebab kenakalan mereka (kepada sesiapa yang ada jumpa, bagi tau aku..jahil sungguh aku ni). Yang aku jumpa cuma bila anak kita enggan solat.Itupun bila umur mereka sepuluh tahun ke atas. Kalau di rotan pun, hanya di tapak kaki anak kita.

"Suruhlah anak-anak kamu solat apabila mereka berumur 7 tahun dan pukullah mereka apabila mereka menjangkau 10 tahun kerana tidak mahu melaksanakannya dan pisahkan mereka (lelaki dan perempuan) daripada tempat tidur" Hadis Rasulullah s.a.w. Riwayat al-Tarmizi

Rotan yang aku guna dua tahun lepas masih aku simpan. Bergantung je kat dinding rumah aku. Aku jadikan bahan gertakan untuk kedua-dua anak aku. Contohnya, dulu dia orang berdua susah sangat nak makan nasi. Sekarang rotan tu dah jadi pembantu aku untuk menggertak mereka. Bila dia orang liat je nak makan nasi, aku purak-purak nak merotan mereka. Tapi kali ini aku lebih berhati-hati untuk menggunakannya. Aku tak rotan dia orang, cuma merotan dinding rumah je...bagi bunyi gempak sikit...hehe!

Aku teringat satu hadis.."Allah mengasihi hamba yg menggantung dirumahnya rotan untuk mendisiplinkan keluarganya"..yang ini aku pegang sekarang. Tak guna pun tak per..sekadar medium untuk menggertak.

Anda yang telah mempunyai anak mesti memahami masalah aku. Kalau bab marah atau merotan anak ni macam-macam persepsi. Ada ibubapa yang tak pernah marah/rotan anak, tapi anak mereka elok je. Tak melawan..tak nakal...tak jahat. Hormat kepada orang tua. Taat juga kepada perintah Allah.

Ada juga ibubapa yang suka memarahi/merotan anak mereka dengan niat untuk mendidik mereka. Tapi bila besar lain pulak jadinya. Mereka memberontak. Serba-serbi tak menjadi.

Ada juga ibubapa yang kebaratan atau membesarkan anak menurut kaedah barat. Kata mereka anak-anak hendaklah diberikan kebebasan untuk melakukan apa sahaja. Menyekat mereka, bererti menyekat perkembangan anak-anak. Ibubapa mereka hidup bebas dan agama sekadar menjadi perhiasan. Makan rasuah. Makan duit haram. Tapi anak mereka bila besar elok je. Ada yang berjaya. Menghormati orang tua. Taat pula kepada perintah Allah.

Dilema ke? Keliru ke? Bagi aku tidak.Aku tidak mau gamble dalam membesarkan anak-anak. Memang itu rezeki masing-masing. Aku akan cuba besarkan anak aku menurut tamadun Islam. Aku cuba mengikut apa yang direkomenkan oleh Rasulullah selagi termampu. Nak ikut sunnah silakan, itu yang dituntut.Kalau taknak ikut pun tak per, tapi janganlah sampai dihina sunnah Nabi (ehh..ada ke orang yang menghina agaknya ye? hehe..). Yang penting kita berusaha membentuk mereka dari kecil. Ya...yang penting kita berusaha. Allah Yang Maha Besar. Dia la yang menentukan segalanya setelah kita berusaha. Sepertimana Rasulullah pernah bersabda:

"setiap anak dilahirkan dalam keadaan asal yang bersih, maka kedua-dua ibubapanyalah yang akan menentukan samada anak itu akan menjadi yahudi, nasrani atau majusi"

Baru-baru ni aku ada terbaca tips untuk menangani kenakalan anak dari sebuah buku yang bertajuk "Kaedah mendidik isteri dan anak" keluaran Telaga Biru. Antaranya ialah:

1.surah al-fatihah
2.ayat qursi
3.surah taha ayat 1-8
4.surah al-hasyr ayat 21
5.ayat lazim

Baca dan fahami. Selepas baca surah-surah tersebut, sama-sama kita menadahkan tangan dan berdoa untuk kebaikan anak..

Adakah rotan itu akan kembali melibas mangsanya bila anak aku berusia melebihi sepuluh tahun kelak? Aku doa-doakan tidak ... insyaAllah...

"Ya Allah..ampunkanlah aku atas segala kesalahan dan kesilapan aku. Ampunkanlah aku atas kelalaian ku dlm melaksanakan tanggungjawabku.Ampunkanlah aku kerana tidak dapat melaksanakan amanah Mu dgn baik"

[bila anak aku berusia tujuh tahun kelak, akan aku cetak entri ini untuk dijadikan hadiah harijadinya .. InsyaAllah]

* Selamat menyambut hari maulidur-rasul...

-entri ini sebenarnya dikhaskan untuk disiarkan pada 9 Mac 2009 yang lalu bersempena dengan hari maulidur-rasul. Oleh kerana ada beberapa kekurangan, maka ia disiarkan hari ini. Hari ini juga aku akan bertolak ke kampung di Kedah untuk bercuti. Selamat bercuti utk aku..and happy blogging for all of you!

-zaki..hope to see u soon @ Kedah

Khamis, 12 Mac 2009

suara mereka - iii

"Rupa-rupanya begini cara nak selamatkan bangsa.."
"Saya tidak diperalat. Tetapi saya dimanfaat..."
"Walaupun pedih, tapi sedap.."
-Pak Samad

"Bukan wayang kulit, tidak ada dalang!"
-Dato` Dr.Hassan Ahmad

Suara mereka: mengenai perhimpunan PPSMI pada 7 Mac 2009..
Suara aku:
i. No More
PPSMI...perkukuhkan subjek B.Inggeris..
ii. kalau nak juga PPSMI tu berjalan..syaratnya inggeriskan ke semua subjek (kecuali BM,P.islam)...kenapa perlu math n science je dlm BI, tidak geografi,ekonomi,perakaunan,perdagangan etc.Macam dulu2..zaman MCE dan LCE...alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal ketiak aku..hah!

-harap2 bakal PM kita si bibir mungil tu sedang membaca entri aku ni..haha

Selasa, 10 Mac 2009

hidup..

Hidup ini bagaikan roda..
Ada masa aku di bawah..
Ada masa aku di atas..

Namun..aku tetap redha...!

(tajuk alternatif untuk entri ini: malam jumaat)

Isnin, 9 Mac 2009

rotan...

-entri (yang agak panjang dan meleret) ini disimpan sementara waktu ..

-selamat menyambut hari maulidur-rasul..

Ahad, 8 Mac 2009

lapan mac...

selamat menyambut hari ulang tahun kemenangan yang pertama...

Rabu, 4 Mac 2009

dimaafkan...

i.
Lokasi: jalanraya Lepih
...
Papantanda jalan ni aku snap semasa memandu dari Padang Tengku/Tungku ke Lepih. Jarak antara dua papantanda tersebut tidak pun sampai 5 meter. Aku tak tau mana satu ejaan yang betul. Sebab aku bukan ahli sejarah dan juga bukan Ahli Majlis Daerah. Orang-orang seperti mereka la yang lebih arif. Takper la... dimaafkan. Sebab mereka adalah King of Tut ..
Lebih baik begini :
satu tempat dua nama..
berbanding...satu negeri tapi ada dua MB....hahahancus!

ii.

Lokasi: sebuah kedai mamak di Bukit Tinggi.
Apabila notis ditulis oleh pemain import dari negara jiran kepada Slumdog Millionaire, maka ini lah jadinya...

Kalau anda dapat zoom kan nama sipenandatangan, nama beliau ialah Zamri Patail. Tapi tak pe la..boleh dimaafkan..sebab Mamak Is King!

*sama juga dengan kesilapan yang berlaku di blog AJ apabila beliau tertukar antara benludin dan ubilepih. Ia juga dimaafkan...kerana beliau adalah King of The Bloggers...
Biasala ..kita cuma manusia biasa.Tak lari dari kesilapan. Lain la King of Maksum..perfect!
*eloknya Perak tu dibelahkan 2...bagi yang Utara kat BN...yang Selatan kat PR...hehe!

Ahad, 1 Mac 2009

virus

i- virus malas dan bad mood melanda....

ii- kedengaran Aleeya menyanyi..

-pos apa? ... posmen
-men apa...mentol
-tol apa ..tolak
-lak apa...laksa
-sa apa---sepak
-pak apa...pakcik
-cik apa...cicak
-cak apa...cawan
-wan apa....one,2,3,4,5,6,7,8,9,ten
-ten apa...tembak
-bak apa...bak duit
-duit apa...duit sen
-sen apa...sengkeh
-keh apa...kes dadah
-dah apa...dah habis!

hahaha! aku heppi.....

namun 5 minit kemudian...........

iii. virus malas menziarahi aku semula...........