Sabtu, 28 Februari 2009

senyumlah kuala lumpur


Semalam aku ke KL ditemani Aleeya,ubilepih dan juga Ong Bak 1 (selaku bodyguard) atas urusan 'kais pagi makan pagi,kais petang makan petang'. Alhamdulillah urusan berjalan lancar..

Terima kasih kepada seorang brader dan mak andehnya yang meraikan kehadiran kami di sana...Semoga budi kalian mendapat keberkatan dari Yang Maha Esa...

Terima kasih juga kerana membawa ke titik pertemuanku dengan favourite dvd Once Upon a Time In New York (filem 1984 sepanjang 229 minit,lakonan DeNiro).Dah lama aku cari dvd tu bro!

We'll be back!

terima kaseyyyyyyyy...!

Khamis, 26 Februari 2009

ong bak 1

(TONY JAA)-aura muay thai
VS
(JA`A)-aura kung fu dengkur
coming soon: ong bak 2

Rabu, 25 Februari 2009

suara mereka - ii

HARI PERTAMA KERJA SI NOOR

NOOR diterima kerja menjadi seorang detektif partikelir di sebuah kantor detektif. Tugas pertamanya, di hari pertama bekerja adalah mencari di manakah gerangan kantornya berada.

-suara asal dicilok dari sini
-Suara aku: hahaha..lawak la ini paman..
-partikelir=swasta (setelah aku rujuk di Kamus Besar Indonesia.Kamus Dewan je takde online!)

Selasa, 24 Februari 2009

berita tibi:18sx

i. buletin tibi minggu lepas:
di baca oleh pembaca berita lelaki yang berbunyi.."..Elizabeth, 37, mencetuskan kontroversi ekoran penyebaran beberapa gambar separuh bogelnya di Internet baru-baru ini. Gambar tersebut menunjukkan keadaan Elizabeth dalam keadaan terbaring dan terkangkang..."

ii.buletin tibi semalam:
di baca oleh pembaca berita wanita yang berbunyi.. "....polis sedang menyiasat DVD seks Datuk Chua Soi Lek mengikut seksyen 377(A) Kanun Keseksaan. Seksyen 377 (A) menyebut "mana-mana orang yang melakukan perhubungan seks dengan seseorang lain dengan memasukkan zakarnya ke dalam dubur atau mulut seseorang lain...."

Wow!!
Tukar cenel lain la aku. Nanti anak aku akan bertanya pulak soalan-soalan yang memang aku malu nak bercerita. Banyak sangat unsur kelucahan melampau walaupun jam baru pukul 8 malam!

Aku rasa elok berita tibi ni ditayangkan pada pukul 10 malam ke atas.Kan bagus.Masa tu anak-anak bawah umur ni dah tidur. Sekurang-kurangnya halwa telinga anak-anak kita dapat diselamatkan dari mendengar berita 18sx...

Pukul 10 malam tu berita nak melucah ke..mencarut ke..lantak ko orang la...nak tunjuk gambar lucah pun carry on la!...hahaha

Disini:
-aku terkilan, buletin tibi terlupa gamaknya untuk membaca berita pasal...di mana Sharlinie??? atau di mana Asmawi ????
-aku tau masyarakat sekarang dah ramai yg sakit...
-aku taknak edit entry aku yang ini dengan tanda @*! . Kalau entri aku lucah, tibi lagi la lucah..berjuta-juta orang menontonnya...

"we live in a beautiful world...yea we do..yea we do.."

update:
iii. buletin tibi sebentar tadi:
di baca oleh pembaca berita lelaki..".. 2 bukit dan 1 batang akan membuatkan penduduk Malaya terasa bahangnya pada April 2009 ini.." ---sambil grafik di skrin tibi merujuk kpd peta Bukit Gantang,Bukit Selambau dan Batang Ai,Sarawak..

Berita yang ini bukan melucah ye...harap maklum!

Isnin, 23 Februari 2009

mengetag

Arahan mengetag oleh INTAN RH

Instructions:

Go to your photos folder in your computer.
Go to the 6th folder of photos.
Go to the 6th picture in that folder.
Put the picture on your blog and description of it.
Invite six friends to join the challenge.

Link them in your blog and let them know they have been challenged.

Ini hasilnya:

Aku taknak ikut nombor 6-6-6 sebab nombor itu melambangkan...err..pikir sendiri la...(karut aku ni!!) hehe. Maka disini aku letakkan dua keping gambar yang baru aku ambil semalam untuk tatapan bersama. Gambar yang agak unik. Ia mungkin tidak terdapat ditempat lain terutama di Kanada, Sepanyol, Scotland atau Ireland...

I.

Serai,petai,daun bawang dan keladi kemahang. Yang lain aku taknak describe, cuma nak bercerita pasal keladi kemahang. Keladi kemahang ni saiz agak kecil berbanding dengan keladi-keladi lain.Aku tak tau di negeri lain, tetapi kalau di Pahang ni terkenal dengan gulai keladi masak tempoyak (eh..ada ke keladi masak kari??). Kalau nak masak pun kena ada cara. Takut nanti bila makan keladi ni akan jadi miang/gatal plak anak tekak tu. Kalau setakat miang tekak tak per, jangan perangai pun tetap miang. Nanti pi salahkan keladi pulak...keladi di kambing hitamkan oleh pemiang! (nanti aku try check lagi pasal keladi kemahang ni..info tak banyak..kalau ada,aku update)

II.

Tepak sireh (betel leaf container)
-Ia kepunyaan arwah orang tua aku. Telah digunakan oleh kesemua 9 orang adik beradik aku (plus aku sendiri) didalam majlis perkahwinan mereka. Untuk pengetahuan, akak sulung aku berkahwin pada tahun 1970an dulu. Aku tak ingat the exact year. Tak berapa lama lagi, anaknya pula akan menggunakan tepak sireh yang sama untuk majlis perkahwinanya..
-Untuk info tambahan, tepak sireh ni digunakan semenjak zaman Sultan Mahmud lagi. Semasa Hang Jebat dan Hang Tuah (sorry..aku letak nama Hang Jebat kat depan..hehe) bertandang ke istana,beliau dihidangkan sirih yang di isi didalam tepak sireh (rasa-rasa apa yang dia orang berborak dengan sultan sambil pekena sirih ye?). Tepak sireh ini selalunya mengandungi sirih,buah pinang, kapur, gambir, tembakau dan kacip.
- Sekarang tepak sireh ini banyak digunakan untuk majlis-majlis rasmi seperti merasmikan jambatan baru, bangunan baru ..hehe!
-Makcik-makcik dulu suka makan sirihSiap merah mulut dia orang.-aku panggil songel

Nota:
-Budak-budak sekarang kenal ke keladi atau tepak sireh ni agaknye ye?? Kalau tak kenal ...anda tenung la lama-lama gambar di atas. Lepas tu tanya mak ayah... :) .
-Kacip fatimah kau orang tau la kot..hehe

Jumaat, 20 Februari 2009

dibipi


Minggu lepas aku ke dibipi. Bertujuan untuk mencari beberapa buah buku untuk aku sendiri dan buku yang dipesan oleh Encik Midun (nanti aku cerita kisah dia di entri akan datang). Memang banyak koleksi buku-buku dibipi ni. Bermacam-macam tajuk aku tengok. Ada yang menarik dan membuat aku geram untuk membelinya. Ada juga buku yang aku rasa bila aku baca pun tak faham apa-apa. Tinggi sangat bahasanya. Aku ni pulak jenis suam-suam kuku je bila tiba bab bahasa ni.


Aku cuba mencari buku koleksi puisi Pyanhabib. Dari satu rak ke satu rak buku aku jelajah.Puas di cari tak juga berjumpa.. Hampir kecewa. Aku cuba tanya sorang brader yang sedang membela-bela rambutnya di kaunter (kehenseman kena jaga bila berdepan dengan kastemer).Aku yakin dia tau sebab kedai buku yang sebesar ini mesti ada ‘stock control system’ dia orang. Bila search je kat sistem nama penulis atau pengarang, pasti akan terkeluar terus kat skrin. Aku pasti. Bila tiba di kaunter bayaran merangkap kaunter pertanyaan, aku terus tanya brader kat situ. “bro...kat sini ada jual buku koleksi puisi Pyanhabib tak??”.Brader tu balas sambil tersenyum dan memain-mainkan jambulnya....”saya tak pasti la encik.Encik cuba la tengok kat rak-rak buku kat depan tu.Rasa ada kot”. Adehh..tadi dah aku cari sendiri tak dapat. Ini disuruhnya sekali lagi.


Takper la.Aku cuba cari sekali lagi. Mana tau terjumpa. Kat 30 minit aku mencari. Tak berjumpa juga. Akhirnya aku give up. Cari buku lain la mana tau ada yang berkenan di hati. Belek punya belek akhirnya aku jumpa juga la buku yang menarik. Buku tulisan A.Samad Said yang bertajuk Warkah Eropah. Buku terbitan tahun 1991, Beli la juga dari takde apa yang nak dibawa balik sebagai bahan bacaan. Dapatla komisen 10% walaupun buku tu dah lebih 1 dekad usianya.


Buku tu nampak menarik. Ada gambar-gambar dan cerita pengalaman penulis semasa beliau mengembara ke Eropah. Mungkin bila aku baca nanti dapat juga mengimbas kembali kenangan semasa aku merantau ke Tanah Tinggi dan Lundang dulu. Kenangan silam yang tidak akan berulang lagi.. Sehingga ke hari ini aku dah baca pengenalan di mukasurat 1.Masih tak berganjak. Memang attitude aku macam tu, malas membaca buku. Beli rajin! Hehehe!


Moralnya..Sekali sekala merapu tapi hari Jumaat ni aku nak berkempen “Jom baca buku".Beli dan baca.Jangan beli dan simpan buat pekasam....hehe!


-zaki--> hang kena beli gak buku ni...:)

Nota:
-Mukasurat pertama yg aku 'baca' itu hanya berbentuk gambar London Bridge. hehe!
-Masuk ke mukasurat 3 (baru intro tu!!) aku dah kagum dengan tulisan beliau..

"Khayalan sepi dalam keretapi membibitkan rasa seni. Terkadang terpercik larik puisi, terkadang terkilat imejan asli. Dalam keretapi begini, saya sering terasa diilhami"

perhhhh..gua cakap lu. Seronoknya kalau dapat menulis macam tu.

Isnin, 16 Februari 2009

kisah mereng dan kamus

Baru-baru ni aku menonton pilem Musang Berjanggut lakonan dan arahan P.Ramlee. Pilem ini dikeluarkan pada tahun 1959. Kat sini aku bukan nak cerita pasal sinopsis pilem ni. Semua dah al-maklum kalau sebut pasal pilem P.Ramlee. Cuma aku teringat satu dialog antara anak dara tuan rumah dengan hero:

"Wahai anak muda.Rupa paras kamu amat tampan,tapi malang otak tuan hamba mereng.."

Mereng?
Aku tau makna mereng ni. Ia bermaksud gila, sewel atau senget. Memang ia perkataan yang biasa digunakan. Cuma tak sangka ia digunakan dalam pilem genre purba. Maknanya zaman hang jebat (sorry,aku tak minat hang tuah..hehe) dulu dah wujud perkataan mereng ni.

Untuk kepastian, selepas menonton pilem tu aku terus google maksud mereng ni (kat rumah aku takde Kamus Dewan).Tapi aku tak jumpa makna perkataan tersebut. Yang ada cuma penggunaan perkataan mereng tu je. Lepas tu aku saja-saja gatal google imej pulak (padahal tak relevan). Yang lawak ada keluar gambar-gambar kuih dan orang-orang yang mereng! hehe!

Aku cuba pula google kamus dan kamus dewan. Yang keluar ialah kamus online dalam Bahasa Indonesia-English. Bahasa Malaysia-English atau BM-BM langsung tak jumpa. Kamus Dewan online pun takde. Yang ada cuma jualan Kamus Dewan dalam bentuk cd-rom.

Cuba pula google dictionary. Berpuluh-puluh website dictionary keluar. Oxford ada. Webster ada. Thesaurus ada..dan macam-macam lagi. Tiada masalah bagi aku untuk mencari makna-makna perkataan Inggeris atau synonym-antonym. Just click! Bukan kelik ye! Kalau kelik kena tengok kamus Denmark bukan kamus BI.. hehe...

Moralnya, aku berasa pelik. Pelik kerana tiadanya kamus online yang boleh digunakan oleh pengguna macam saya (saya? sopannya aku!..err..tumpang lalu...) atau pengguna-pengguna lain yang ingin memahirkan lagi penggunaan Bahasa Melayu. Mana orang DBP? Mana orang Dawama?Mana orang Gapena? Mana orang-orang awak yang suka menghunus keris tu? Patutlah mat-mat salleh yang belajar bahasa melayu, bila bercakap mereka akan menggunakan dialek Indonesia.

Aku juga tidak akan berasa pelik dalam masa 2-3 tahun akan datang bila mat-mat salleh ni akan bercakap dalam loghat Pahang. Kerana apa? Kerana mereka-mereka ini telah belajar bahasa malaysia online melalui blog yang aku usahakan bersama ubilepih dan intan rh di blog loghatpahang.

Anda jangan terkejut bila pelancong dari luar negara akan berkata:

"Encik.Tumpang tanya. Deme tau tak how to go to Taman Negara? Actually...kome sesat ni. Matnye la jadi macam ini.Raban sungguh..please sir. Help kome"

Hahaha!
Meraban sungguh aku hari ni...mereng kah aku??

Nota:
-terjumpa ini -->http://kamus.lamanmini.com/index.php, cuma translate BM-BI,BI-BM tapi tiada contoh-contoh ayat.
-teringat lagu Songkok Mereng yang dipopularkan oleh ...Orkid Abdullah..?
-al fatihah juga untuk insan-insan seni yang telah meninggalkan dunia sementara ini..

Ahad, 15 Februari 2009

al-fatihah

Gambar ini pernah disiarkan dalam entri aku pada jan2009 sebagai gambar hiasan (tiada kaitan dengan cerita). Ia diambil oleh anak aku ketika kami dan ubilepih sedang mengeteh di Tanjung Lipis. Aleeya yang memang suka menggunakan kamera h/fon aku,akan mengambil apa saja gambar yang dia rasa berkenan dihati. Dia pun tidak kenal gambar siapa yang diambilnya. Aku pula tidak perasan masa bila dia mengambil gambar tersebut. Yang aku ingat, mak CT yang duduk didepan arwah cuma tersenyum menengok gelagat Aleeya yang aksinya bagaikan seorang photographer. Tapi itu la takdir. Gambar tersebut dapat diabadikan didalam blog aku ni.

PETALING JAYA: Ayah kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza, Allahyarham Tarudin Ismail, 67 meninggal dunia hari ini kira-kira pukul 11.50 pagi tadi.-mstar

AL-FATIHAH

Khamis, 12 Februari 2009

gawat

I.
Air takde di kawasan perumahan aku ni.
Masuk hari ni dah 3 hari.
Puncanya paip air dicuri orang!

Adakah ini bahana gawat ekonomi atau gawat moral?

II.
Demonstrasi jalanan.
Pemerintah pun sama, pembangkang pun sama.
Yang menarik ahli-ahli silat terbang dan orang-orang kebal Melayu berkelahi dengan seorang OKU yang cuma berkerusi roda!!


Ini pula gawat apa.Gawat akal?

-bastardo!
-stupido!

+ entri ini dibuat selepas aku menonton pilem The Godfather..

Selasa, 10 Februari 2009

pilem

Lama tak layan dvd ( pirate.hehe ) Kat bawah tu ialah antara dvd yang masih dicari-cari, tapi belum ku temui ...sekali sekala kena layan jiwang gak! Jacques Demy's 1964 masterpiece is a pop-art opera, or, to borrow the director's own description, a film in song. Kepada sesiapa yang rajin pi beli dvd (pirate!) dan terjumpa pilem di bawah tolong belikan untuk aku...hehe!



Title: The Umbrellas of Cherboug (Les Parapluies de Cherbourg)
Year : 1964
Language: French (subtitle wajib!)
Genre: Musical/Romance

Nota:
Ia adalah antara pilem yang paling aku minat selain pilem Tamil. (haha!)