Dah lama aku kempunan nak ambil gambar seperti di atas ni. Setiap kali aku balik Kedah, ada saja halangan untuk menunaikan hajat tersebut. Tapi kali ini semasa dalam perjalanan ke pekan nat (pekan sehari) sempat juga aku mengambil gambar pemandangan ini... ketika memandu!(don't try this at home..haha). Aku memang cekap walaupun mak mertua yang duduk di belakang bersuara dalam keadaan gelisah..."hang jaga-jaga..kang terbabas masuk sungai..nayaaaaa!!". Tapi aku mendegilkan diriku sebab aku tau, mak mertua aku tidak akan menganggap menantunya ini derhaka! Sambil tangan kiri memegang stereng kereta, tangan kanan pula memegang telefon bimbit berkamera...ahhh..akhirnya berhasil..
ii. lokasi : Kampung Kangkong, Kota Setar
iii.lokasi: Kampung Lepai, Bukit PinangLokasi kenduri kahwin yang kedua. Tak larat nak makan nasi. Aku makan bubur pulut hitam je. Memang tradisi orang sana kot, dia orang menyediakan bubur selain juadah utama semasa kenduri. Rumah sebigini selalunya tidak berpenghuni kerana tuan rumah membuat rumah yang baru bersebelahan rumah lama mereka. Yang bagusnya mereka tidak merobohkan rumah lamanya.
iv. lokasi: depan Kedai Hock Heck, TokaiGambar ini juga aku ambil semasa memandu didepan kedai runcit Hock Heck...catchy sungguh nama kedai tu. Macam biasa aku buat selamba walaupun kedengaran suara komplen dari sebelah kiri aku (wife aku le tu). "jaga-jaga nanti terbabas kat atas rel keretapi depan tu". (Ermmm..kat depan tu memang ada kerja-kerja menyiapkan rel keretapi berkembar dari KL-Padang Besar sedang dijalankan.Teringat aku kat tokey projek Gamuda tu..lawa..kaya..maklum aja la anak sultan). Aku cuma terpegun dengan pokok bunga yang warna merah jambu tu . Boleh kata sepanjang perjalanan dari Pendang ke Tokai, pokok itu menghiasi jalan. Memang cantik. Seperti musim bunga di Eropah gamaknya. Terpegun kerana di Lepih ni takde pulak pokok bunga seperti itu mengiasi jalan. Yang banyak cuma pokok lalang. Aku tanya mak mertua aku (dia memang pakar rujuk aku a.k.a pemandu pelancong) akan nama pokok tersebut. Dia kata namanya pokok bongok.... kah kah kah!
v. lokasi: Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar
Gambar ketika aku melawat adik ipar aku di KSAH, Alor Setar. Tak silap aku ia merupakan sekolah sukan yang berprestij di Kedah. Memang cantik landskap dan bangunan kolej ni. Adik ipar aku kata "saya kena ke KL hujung minggu ni sebagai pemain drum untuk pasukan gamelan bagi meraikan ulangtahun penubuhan kolej ni yang ke 100"...huh..kenapa di KL?
Kelihatan juga pokok bongok yang ditanam sepanjang jalan di Alor Setar. Aku jadi bongok sekejap sebab terpegun dengan keindahan bunga-bunga berguguran semasa ditiup angin...
-tak sempat pun dua minggu gencatan memblog...gian menulis dah aku nih!
24 ulasan:
leeee hang oghang kedoh..awat hang tak habaq....aku mati2 igt hang oghang lepeh....
pecah kepalo no?
ab g,
aku org lepeh...org rumah aku pendang..
pendang+lepih=pepalih!
haha
lawanye............
KSAH?
ahh..senior2 tercinta datang dari sekolah itu...Tun M dari sekolah ni juga ke?
aduhai..lawanya...pakcik..aku mau pergi..hehe~
btol la tu ben..
mmg perjalanan ke kedah mengasyikkan...
macam musim bunga je...
pokok tu manenye pokok bunga trompet...
aku tatau asalnya, tpi lepas buat entry pasal pokok bunge tu, ade org utara yg gitau...
gambar berlatarbelakangkan bendang pun syok gak...
Salam,
Cantik2 gambarnyer,Maya tertarik dgn seniukir pada rumah [kg lepai, bkt pinang]. Pokok didalam gambar tersebut adalah pokok Bungor [Lagerstromia loudonii].
hoh..
MB deme nak masuk masjid..
tapi bukan sebab nak jadi makmum.. jadi imam jauh sekali..
tapi MB deme nak buat sumpah mubahalah..
PS-jangan marah ye bro..at least lu ada MB..gua langsung takde MB..
Da' daffodil D,
tq..saya mmg lawa orgnya...hehe
ZARA 札拉 [사랑해~],
pi la..senang je nak cari KSAH tu..tgh bandar AStar je
Chekgu BaniHassim,
-ye...aku yg drive kat 8 jam tak terasa letih sgt ..seronok tgk pemandangan..
-trompet? hehe..wa silap le...
Maya,
-tq...susah nak jumpa dah la ni rmh2 mcm tu..klasik..
-betul la agaknya mak mertua aku ckp..pokok bungor(bungoq)..aku je silap dengar slang kedah..ingatkan bongok..haha..
jp,
mana dpt info ni?..x jumpa pun dlm online news..puas di geledah dah ni
Salam! Selamat menulis kembali :D
lawa rumah pakcik tu! layan lagu best lak tu!
hehehe dua kali kena sound, "jaga2.." hehe
cool pics btw :)
ben..
gua tanya dia sendiri..
nak buat kat masjid negara tapi KP Jakim advise tak payah la..nanti jadi trend org masuk masjid bukan nak solat tapi nak bersumpah..
laa....bini kita sama kampung rupanya.....
INTAN RH,
wsalam...tq
one love,
belum 3 kali...hehe
tq
jp,
ok la tu..ada org pi masjid nak tido je..haha
snake,
bukit raya?
simpang tepi klinik kat SK Bukit Raya???
Ben..kat Pendang ada pesembok depa juai tepi jalan layan sungguh hang tau..aku kalo pi Aloq Staq musti tido sat kat tepi highway kat sign board ada tulih Kota Sarang Semut & Pendang tuhh..hang musti besa tang ni no..he he..
WB,
-selalu yg tido tepi highway tu polis je...kete lain sah kena saman...hang polis ka?? haha
-aku suka pekena murtabak ke a.staq nama kedai dia restoran ros....nama je ros,tp mamak punya...nama penuh dia rostam patail kot..hehe
org kampung asal kat jenun, tapi akar umbi sampai gak la kat pendang tu
snake,
kalau balik sana raya thn ni habaq mai..mana tau leh bertandang ke bukit raya..
ben..
nama penuh pemilik Restoren Ros itu ialah ROSmah Mansur..
usain,
hahaha...betul gak ye.kau mmg bijak
kg pinang?....kg laki aku...belah mak dia...
apa2pun...slamat kembali berblog nye
wah..intan..what a small world..:)
Ben...
Sempat tak singgah RFC? Dengar citer yg kat Sg Petani nyer best gak. Tak sabar nak tunggu bukak kat Bangi plak.
IB,
-tak sempat plak nak pi s.petani..may be on my next agenda bila balik Kedah kot..
-bagus la RFC tgh berkembang..muak dah dgn KFC
gua dah muak dengan CFC (Cloro Floro Carbon)..
Catat Ulasan