Ini kisah persiapan sebelum ke Makkah al-mukarramah. Semasa di Pendang, aku perlu 'shopping sakan' peralatan yang perlu di bawa bersama untuk digunakan di Makkah nanti. (Sakan- ada minimarket nama Sakan di Alor Setar dan kini dibuka di Kuala Lipis-selingan). Antara peralatan yang perlu di 'shopping sakan' ialah baju pagoda, stokin (nanti aku cerita kegunaannya), gunting kecil (untuk cukur selepas Sai'e) dan selipar jepun. Itu kira sakan la tu.
Ok la. Barang-barang yang perlu di beli dan di bawa ke Makkah aku dah list kan. Perfume, t-shirt polo, seluar jeans dockers, jaket kulit Levi's, topi memancing atau kasut doc marten jangan mengada-ngada nak bawak. Buat berat kapalterbang jeh! Aku memang tak bawak barang-barang tu, sebab aku memang takde barang-barang berjenama macam tu..[Aku pakai selipar jepun je dari Alor Setar-Jordan-Madinah-Makkah. Selesa. Nak solat kat mana-mana surau di airport pun senang. Lagipun cuaca mengizinkan. Jangan pi Kanada pakai selipar jepun dah ler.Beku kaki!!]
"Wallet ni nak bawak ke. Ada IC, kad ATM, lesen memandu semua ada ni." aku bertanya kat Pak Mertua aku. Aku tak tanya bab kredit kad. Sebab aku memang takde kredit kad. Bukan sebab aku taknak apply, tapi sebab semua application aku kena reject... Hahaha!
"Hang nak bawak kereta ke kat sana sampai nak bawak lesen dan IC pelbagai. Tinggalkan je kat rumah ni." jawab Pak Mertua a.k.a The Boss..
Arahan The Boss aku kena patuh. Lagipun betul juga kata Pak Mertua aku. Masa kat Makkah nanti semua travel agent aku akan handlekan. Dia siap tempah bas. Bas yang pertama ketika kami bertolak dari Jeddah-Madinah, mat indon yang bawak. Terer dia cakap Arab, maklumlah dah hampir duapuluhtahun dia duduk si sana. Cakap Indon lagi la..berabuk!!
Lagi pun kita nak kesana sebab nak beribadat. Beribadat dengan penuh konsentrasi. Rugi kalau kita main-main. Pahala berganda. Kalau solat di Masjidilharam pahalanya 100,000 kali ganda dari masjid di sini. (refer hadis di entri sebelum ini. Disana rajin berjamaah dan harap di Malaya ni pun rajin berjamaah di masjid). Kalau masa tengah solat asyik fikir pasal IC takut hilang la...atau rantai emas yang kita bawa takut kena curi la..macam-macam hal kena fikir. Lebih elok la tak payah bawak semua tu.
Masa di Madinah, ada satu kes gadis oren( oren-merujuk kepada warna rasmi group kami. Beg dan kain tudung group kami semuanya berwarna oren) yang kehilangan rantai emas ketika solat di masjid nabawi. Lepas tu dia dah takde mood nak pi solat masjid nabawi. Nayaaaa jeh!!
Berbalik kepada 'shopping sakan' tadi...!! Sehari sebelum berangkat ke Makkah aku dan wife aku menunaikan 'shopping sakan' di sebuah pasaraya yang direkomen oleh mak mertua aku.
"Hang kalau pi Pendang tu, hang pi je kedai Wasiah. Macam-macam ada kat kedai dia tu. Semua barang yang hang nak beli ada kat situ." kata mak mertua aku penuh yakin.
Kira dasyat gak Pendang ni. Ramai kaum bumiputera berkecimpung dalam arena perniagaan. Nama kedai pun sedap. Macam Islamik je nama dia . Sejuk hati mendengar nama kedai ni.
Tanpa lengah-lengah lagi aku pun memecut kereta ke Pendang. Bila sampai bandar Pendang, mata mula liar mencari Kedai Wasiah. Susah juga nak cari. Nama dah cukup catchy dan sejuk hati bila mendengarnya..tapi takkan susah nak cari.
Aku suruh wife aku call rumah. Kompem kan betul-betul lokasi kedai Wasiah ni.
"Ala...kat bandar baru Pendang. Sebelah je dengan Pasaraya Sukamari" kata mak mertua aku.
Sukamari? hehe...
Dalam lima minit mencari akhirnya terjumpa juga Pasaraya Sukamari milik tokey cina. Sebelah je dengan Kedai Wasiah. Dalam hati aku...hebat juga kedai Muslim ni bersaing dengan kedai cina yang hanya bersebelahan je dengan dia.
Dari kereta aku tengok memang macam-macam ada kat kedai Wasiah. Selipar macam-macam kaler ada. Baju, alat dapur, alat mekap, alat-ganti basikal, alat-ganti motosikal, barang plastik..ahh...macam-macam la. Kat pintu dia pulak aku tengok ada jual patung buddha. Aik...betul ke kedai ni melayu punya?
Bila aku dongak ke atas...errmm...Kedai Wah Seah rupanya...
Nota:
1. WASIAH = wasiat
2. Dulu ada nama Kedai Hock Heck kat Pendang ni. Tapi malangnya dia dah tukar nama kedai. Tak ingat la plak nama baru kedai dia..sebab tak catchy.
Jangan lupa jengok gambar-gambar Road to Makkah di sini.
Orang Beragama Itu Beradap!
Seminggu yang lalu
13 ulasan:
Salam Haji Benludin,
Hang berangkat dari Alor Setar kah?
Ikut grup mana? Oren? Bahrulmaizy ke?
salam tuan haji azemi,
yup..dari a.star..grup Dasree...mutawwir kami Ustaz Kamil @ Razali
hehehe~
bestnya Uncle..
dulu time zara pergi..memang bawa selipar dari matrix, pastu baju kurung, bawa baju jer..kainnya tak bawak..pakai dengan seluar panjang~
hehehe~
aku bwk 4 helai jubah, senang je..sarung pi mana2..
seluor kurta dan t-shirt pagoda..
ada gak bawak novel HUD A.Samad Ismail baca kat dlm masjidilharam lepas mengaji ke solat ke..
paling best dua malam terakhir aku dgn kawan aku qiamullail lepak2 dpn kaabah, golek2 sementara nunggu suboh..sekali pusing belakang ada awek arab punyalah cun tengah ngaji terus aku bangun, segan...
tapi malam tu aku dapat cium hajarul Aswad (dengan cara yang kontroversi) nanti aku ceritakan!
ZARA,
betul tu...tak payah byk2..bukan nak melawa pun pi sana kan.lagipun baju bila basuh cepat kering.
KS,
pergh..caya la lu brader!!
macam-macam cara kalau kita nak beribadat kan? (teringat pak arab sebelah aku duk saf depan kaabah masa tunggu solat isya` siap dgr walkman-lagu nasyid kot)
cuma tak paham bab kontroversi tu...suap polis kaabah? panjat kaabah??
cerita bro...dlm blog lu pun tak per..inform gua kalu dah cerita..
keh suka baca dan dgr pengalaman rodong2 yg dah lepas ke sana..
orgtua2 kita memang sokmo buat kelako spontan.. :D
Sukamari tu nanti mintak toley dia jual {PARPUKARI) plak..mesti pyan suka...umzaid..org tua suka buat kelakor ye,,aok cuba dengor sajak JADI LAH AWANG dekat blog Dollahjones...kelakor dia boleh bikin nanggis puan.
ummzaid,
mmg betul...citer pasal tali pinggang mekah pun boleh jadi menarik
ubi,
keh sukamari...tapi tak sukabeli
paling best ialah SUKAHATI..
alhamdulillah.moga dipermudahkan urusan dan dirahmati Allah.
alhamdulillah.moga dipermudahkan urusan dan dirahmati Allah.
jp,
HATI-HATI bila kamu SUKAHATI
PC,
tq..dah balik dah pun..alhamdulillah..
citer la pasal talipinggang mekah teh...
bro ubi..
tq..nanti keh gi baca .. :)
Catat Ulasan