Tajuk: PENDEKAR BUJANG LAPOK
Suara : jawa peranakan
Ramlee, Ajis dan Sudin tiba di hadapan sebuah sekolah dewasa. Pada papan tanda sekolah itu tertera ayat ‘Sekolah Umum Buta Huruf’.
RAMLEE : (SAMBIL MENUNJUKKAN KE ARAH PAPAN TANDA SEKOLAH) Yang itu apa macam bacanya?
SUDIN : Alif Mim Nun Wau…. Alif tendang wau…. Oooo..Ini sarkis…
RAMLEE : Aik? Begitu punya panjang tulisnya..Bacanya pendek..Sarkis?
SUDIN : Yang panjang tu bunganya aje..
AJIS : Eik? Baca pun pakai bunga?
SUDIN : Ye la..Tak kan hutang je pakai bunga?
Itulah antara dialog popular di dalam filem Pendekar Bujang Lapok arahan seniman agung P.Ramlee. Saya tidak meletakkan gelaran Tan Sri pada nama P.Ramlee kerana saya tidak merasakan bahawa Allahyarham memerlukan gelaran tersebut kerana kini beliau lebih memerlukan doa dan Al Fatihah daripada kita semua.
Sedarkah anda bahawa P.Ramlee telah cuba menghantar mesej kepada masyarakat pada zaman tersebut dan juga kepada kita sekarang melalui karya-karya beliau termasuklah menerusi dialog di atas?
Mari kita perhalusi. Apakah perkataan yang terbina hasil gabungan ALIF MIM NUN WAU? Kepada anda yang buta jawi, mari saya bantu. ALIF MIM NUN WAU membina perkataan yang berbunyi AMNU. Biasa dengar perkataan AMNU? Boleh juga disebut UMNO. Ya.. UMNO lebih biasa kita dengar dan lihat.
Nah..Nampaknya jelas P.Ramlee cuba menyamakan UMNO dengan sarkis. Jika benar begitu maka seluruh warga Malaysia dari dulu hingga sekarang hidup di dalam keberuntungan yang amat hebat. Kenapa? Kerana kita tidak perlu membeli tiket untuk melihat ahli sarkis beraksi saban hari.
Satu persoalan timbul. Mengapa P.Ramlee bertindak sedemikian? Kebetulankah?
Al Fatihah untuk seniman agung tersebut. Dan juga untuk seluruh muslimin dan muslimat yang telah pergi mendahului kita.
p/s: terimakasih sekali lagi kepada jawa peranakan kerana sudi menghantar entri untuk blog aku...
9 ulasan:
agak2 kalau dia masih ada...dia join parti mana?
alif tendang wau...aku tendang kau...heh heh
erkkkk....errrkk.....kelu pulak...
a.b geldofg..
UNDI ADALAH RAHSIA.. termasuklah undi P.Ramlee..
entri politik ghupernyerr.. salamm dr me dikejauhannns
sempat lagi pramlee berkecindan dalam siratan seninya...
huhu
P ramlee sempat mengundi ke? haha
Baru perasan tu. Biasa yang top dan femes,
alif ya mim = buaya.
bukan tu je..nujum pak belalang pun ragging raja anak beranak rendahkan martabat merangkak masuk gua,
Tunku pernah haramkan Antara 2 darjat kerana kritikan golongan bangsawan..
"ini undang2 kanda yg bikiinn" perihal org yg berlagak alim tapi dia buat takpe sebab ada kuasa..janggut adalah lambang org alim tapi perangai jahat mcm musang, maka itulah musang berjanggut!
Catat Ulasan