Jumaat, 9 November 2007

Biar Betul-betul- Dr. Tuah



Tajuk: Biar Betul-betul
Author: Dr. HM Tuah
Publisher; Alaf 21
Price: RM 10.00 jeh!

Dah abih baca buku ni.Antara buku motivasi yg bagus dibaca. Konsep santai dan byk jokes2 yg diceritakan sebagai iktibar dan motivasi.
Dlm tulisannya buku yg direkomen dan amat sesuai utk dibaca (buku wajib) ialah Riwayat Hidup Nabi Muhammad s.a.w terbitan Pustaka Nasional. Buku ni aku akan cari dan baca.

Antara pesan dr. Tuah dlm buku ni, kalau nak buat sesuatu tu biarlah betul-betul utk menjadi insan yg cemerlang,gemilang dan terbilang. Buku ini juga memotivasikan pembaca supaya yakin kepada diri sendiri, menjadi manusia yg berguna dan sentiasa berfikiran positif. Kesalahan yg pertama yg pernah dilakukan boleh dibaiki kerana peluang kedua sentiasa terbuka.

" Tatkala kita dibawah, yakinlah kita pasti akan berada dia tas dan tatkala kita berada di atas yakinlah kita tak akan selamanya di situ, selama mana roda tu berputar."
Macam org yg berniaga juga la.Takkanlah rugi sepanjang masa.Kalau dia rugi sepanjang masa dah tentu lama dia bungkus, tapi dia masih hidup. Kedainya masih ada.

website: www.drtuah.com

Tiada ulasan: