Isnin, 30 Jun 2008

Anwar Oh Anwar!

Citer sodom lagi....?

Aku pening...semua pun pening. Aku tak tau la kita nak follow citer ni ke tak. Tapi aku sebagai rakyat yg prihatin, tetap kecewa dgn citer ni. Kecewa ia berulang lagi. Ulangan yg memeningkan kita semua.

Tak tau sapa yg betul. Sekali lagi rakyat akan jadi 'penyiasat persendirian'. Membuat andaian sendiri untuk menyedapkan cerita. Pro-anwar akan kata ada konspirasi dari pihak BN nak jatuhkan dia..."Wan Azizah dakwa usaha 'bunuh' karier politik suami" . Pihak BN lak akan kata Anwar saja buat cerita utk meraih simpati, seperti kata KJ dlm U.Malaysia hari ni "Anwar kreatif cipta kontroversi – Khairy" .

Aku cuma berdoa supaya Allah tunjukkan kepada kita semua siapa yg betul dan siapa yg tipu. Hakimkan dia org ni kat dunia lagi. Sempat la kita tengok sapa yg bersandiwara.

Bak kata roslan sms dlm blognya, Allah swt bersama mereka yang benar..

Aku dah jumpa pic dan background yg accuse anwar sodom dia..cun ke mamat tu ye?bergetah ke dia?..hahaha

P/s:
cerita yg bakal sepi dimulut org Malaya buat seketika :
1. kes attantuya yg mengaitkan Datin Rosmah yg cun tu..:)
2. kes linggam al-pund**
3. kes kenaikan harga minyak
4. macam2 kes lagi la....(termasuk kes aku fail exam FMUTM..haha)

Khamis, 26 Jun 2008

Kubah Masjid Terbang



Source from YouTube: click here , another source click here


betul ke ni??

adakah kubah tersebut diangkat menggunakan helikopter?
kalau cerita palsu...takkan masuk tv news lak kan?

Whenever He wants anything done, He merely says "Qun! Faya Qun!" ( Be! And so it will be!)......Allah Is Great!

antara komen viewers kat youtube:

drakul2007: Ada video yang lebih jelas lagi. Sebenarnya kubah itu ditarik keatas dengan tali. Anda boleh nampak tali itu yang dibelakangnya ada atap pada awal video. Tiada timbul masalah ajaib disini.

obefiend:naba ada ajaibny ayang oi. lihat video asli. bukan dari tv ni. boleh lihat 3 tali putih . sekali nampak pada awal video dan pada bahagiana tas pun boleh nampak tali direntangkeajaiban islam bukan terletak pada kejadian biasa sebeguini. tapi pada al quarn. kenapa harus taksub pada idea khurafat. buka mata kamu

wallahualam...

p/s: "Awek yg baca berita tu mmg cun beb..." ubilepih

Isnin, 23 Jun 2008

Aku Kuciwa....

Dibawah ini adalah sebab2 terkuciwa :
1. Exam Result: FAIL
2. Chalet tpt aku bermlm di Ktn tu tak brp best. Bayar mahal2 (spesis budget mcm aku ni kalau RM100 tu dah kira mahal!) tapi customer service FAIL (mcm exam aku gak).

Tapi aku akan berjuang habis2an utk mePASSkan exam result aku. Alang2 menyeluk pekasam...Julai ni aku amik lagi. Aku Yakin...(yakin nak amik lagi. PASS tu lum yakin..haha)

"Aznil, aku yakin dan aku nak kunci dgn jawapan tadi" ..petikan dari Jangan Lupa Lirik-AstroRia

Rabu, 18 Jun 2008

Study !!!!!!!!!

Dah lama aku tinggalkan pekerjaan 'study' ni.Lebih 10 thn dah kot. Tapi hari ni aku kena mulakan semula aktiviti yg memang aku cukup malas nak buat. Tapi apa kan daya. Bak kata Pak Lah jendol, kita kena ubah gaya hidup.. <<---please click..haha

Aku menyahut seruan gomen supaya rakyat ubah cara hidup. Aku memang nak ubah. Ubah ni bkn bermakna aku perlu kurangkan perbelanjaan aku yg sebelum ni memang dah dikurangkan.Tapi ubah-suai.. Ubah dan ubah-suai. Nampak sama, tapi berbeza...

Bab ubah tu mmg dah dikategorikan sebagai BEEN THERE, DONE THAT...

Sekarang dlm proses ubah-suai. Kalau org Lipis panggil aku ni dlm proses 'diversification' atau 'upgrade'..( org lipis sumer cakap omputih la ni. Yg cakap melayu kat lipis ni cuma org kelate..itupun dlm dialect star wars yg mmg susah nak faham).Pelbagaikan income. Tu pasal la kena study. Buku teks yg dah lama takde dlm kamus hidup aku kembali semula. The return of Text Book...Bukan nak amik SPM semula (tapi kalau aku amik SPM semula sure aku kantoi)...Aku nak amik exam yg aku sendiri pun tak berapa paham lagi apa yg aku nak amik ni. Memang berbelit!

Kenapa berbelit? Sebab aku baca buku teks tu pun tak paham apa yg aku tgh baca! Dlm buku teks tu ada 6 bab kesemuanya. Sekarang aku baru abih Bab 2...ada balance 4 bab lagi dan kena perabih by this Friday. Exam sabtu ni..adusss.. Bak kata org Lipis 'mampeh keh' (kamus Oxford-Lipis= damn!)..

Aku malas nak citer exam apa. Bagi general idea je dulu. Lagi pun mmg aku tgh blur..Bak kata org Lipis tu dazed and confused..Kalau aku pass exam nanti, baru aku citer. Kalau citer awal takut kantoi. Malu komeh!

Anyway....wish me luck...aminn..

p/s:
1. kena cari semula doa penerang hati yg aku hafal semasa nak amik SPM dulu2 tu..zaman seluar bell-bottom...
2. kalu aku fail exam ni, posting ni akan didelete secara sengaja oleh aku..haha

Jumaat, 13 Jun 2008

Hari yg COOL!

Hari Jumaat yang COOL....

7 a.m: Pagi tadi jengok2 almari terjumpa lak t-shirt ni. Kat 11 thn dah aku simpan t-shirt ni. Konsert Ben Harper..walaupun masa tu tiket dah beli tapi aku tak dapat pi sebab keje.So Art Fazil yg pi konsert tu sedekah kat aku sehelai...Ben Harper, lu mmg COOL giler walaupun aku tak pernah beli cd original, cuma download dari internet atau beli cd cetak rompak..

8 a.m:Cuaca nyaman di Kuala Lipis. Aku snap gambar ni (depan SM Teknik) masa on the way ke Benta pagi tadi. Aku rasa kat K.Lumpur ada gak camni walaupun jam pukul 1 p.m . Tapi bukan kabus le, JEREBU!
Kuala Lipis memang COOL...

p/s: silap2 kat Cameron Highland pun dah tak dpt cuaca sebegini..kot?

8:15 a.m: ni pun aku snap masa on the way ke Benta. Lori terbelah dua. Marahkan minyak, lori dibelah dua (?!)..haha
mmg COOL la lori ni. Tapi drebar dia super COOL..

11 a.m: Seorang jejaka lipis yg tumbang akibat kecewa kes kenaikan harga minyak...malang buat jejaka tersebut kerana aku tak dpt menolongnya dgn bantuan CPR. Dia tidak layak menerima subsidi CPR dari lelaki tulen macam aku..

cara release tension yg COOL di Lipis...!

11:15 a.m: Kaki aku bengkak sebelah! Aku kena GOUT...adakah aku akan men-transform- kan diri aku kepada seorang vegetarian padahal aku ni bukan suka sayur-mayur pun (walaupun aku suka kaler hijau).

part ni memang tak COOL.... tapi ada hikmah disebaliknya..

Rabu, 11 Jun 2008

Menu: Rendang Tebuan

Hari ni aku dgn kwn aku ubilepih breakfast pulut dengan RENDANG TEBUAN di sebuah kedai makan di Lipis. Resepi baru ke kat Lipis ni bang??..Resepi baru jadah apa. Mmg ada tebuan kat dalam rendang tu. Besaq lak tu. Hampeh! Dah suapan terakhir baru aku terperasan yg kita org pekena RENDANG TEBUAN.

ptuii!!
ptuiiiiiii!!

Aku taknak la bagi tau kedai mana. Sian lak kat toke tu kan. So kat sini aku labelkan sebagai kedai pokcik bulu mata lebat je la kot.Dulu mmg dah terkena kat kedai yg sama. (Kedai pokcik bulu mata lebat tu bagi aku mmg sempoi sbb ramai OTAI-OTAI Lipis lepak sambil santap kat situ). Sebelum ni kedai pokcik bulu mata lebat tu mmg dah di BAN kan oleh aku sbb pernah termakan PAU BERAMBUT PANJANG. Untuk lebih detail lagi, dalam pau tu ada rambut ler...

Tadi kononnya nak UNBAN la kedai pokcik bulu mata lebat ni dari BAN list aku. Sebab dah 5 tahun BAN tu berkuatkuasa. Tapi tu la...sebaliknya pulak yg berlaku kan...

Effective today, bermula la episod baru kerana terpaksa me-renew kan semula BAN terdahulu. Kedai pokcik bulu mata lebat tu akan termasuk dlm IGNORE LIST aku semula...

Selasa, 10 Jun 2008

Bahaya!

Citer MINYAK lagi??!!!

Semasa kenaikan harga minyak baru2 ni aku ada berbincang dgn kawan2 aku mengenai kesan2 selepas naik harga. Aku bagi tau kesannya bukan kepada ekonomi rakyat semata2, tetapi gejala2 social akan bertambah. Antara kesannya ialah bertambahnya gejala RASUAH.

Rupanya bukan aku seorg yg bertanggapan mcm tu. Ada juga seorg ustaz yg popular mengatakan benda yg sama seperti apa yg dibincangkan di dalam BLOGnya:

"Dahulu mereka tidak perlu ambil rasuah, kini berubah kepada ambil dan minta rasuah,

Dahulu tidak terjebak dalam judi, kini berubah kepada terjebak, kononnya peraduan SMS dan bukannya judi.

Dahulu tidak pernah endah dengan skim cepat kaya, kini terpaksa mengintai dengan harapan tinggi untuk perolehi wang tambahan.

Dahulu selalu mengira-ngira pendapatan sudut halal atau haram, kini akibat tertekan dengan harga barang, lalu berkatalah mereka:

"lantaklah..aku terdesak, Allah tahu" monolog hatinya ..."

to read more click HERE

Tu la antara pengajaran. Kita tak beringat dari awal. Dulu berbelanja sakan. Konon ekonomi Malaysia dah kukuh. Allah Maha Besar, Dia menguji kita. Allah menguji kita bukan dalam bentuk tsunami atau ribut taufan atau gempa bumi. Tetapi dalam bentuk 'bencana' ekonomi!

Aku yg jahil ni taknak la komen samada masalah kita ni dikategorikan sebagai BALA atau UJIAN dari Allh s.w.t. Itu tugas ustaz2 dan mufti...

Tapi yg pasti mmg BALAK la utk kita rakyat Malaya. BALAK yg dibebankan oleh gomen al-pun*** (sensored) yg tak reti berbelanja sebelum ni. Sekarang baru sibuk nak beringat, nak cut budget/cost. Err...abg dolah...koridor amacam?..hahaha

Yg nyata :
1. kes al-beras, kes al-linggam al-pun*** (sensored lagi), kes al-tantuya dan lain2 kes tenggelam sat...jgn tenggelam terus dah ler...
2. Suatu ketika dulunya org kita ramai bergelar LAWYER2..Tetapi sekarang ni semua org Malaya dah jadi ECONOMIST.
3. citer Minyak Lintah tak laku time ni.Kena freeze gak...

Sabtu, 7 Jun 2008

Scotland

Sebak je dgr OST Braveheart ni...teringat masa muda2 dulu bersama kawan2 aku. Kenangan yg terpahat selama2nya dlm kepala OTAK aku...




antara blog2 melayu dundee:
1. fkembara
2. melayu dundee

Jumaat, 6 Jun 2008

Orang Islam tak respek Azan

Masa aku tulis blog ni, azan asar tgh berkumandang dari Masjid Besar Lipis.

Pada masa yg sama juga pertandingan karoeke yg dianjurkan oleh MDL sedang berlangsung. Terdengar sayup2 azan ditenggelami oleh peserta kanak-kanak dlm pertandingan karoeke kat bawah centerpoint lipis.

Camno ye. Time azan taknak stop kejap budak2 tu berkaroeke. Org kafir tak respek islam kita marah.Padahal kita yg Islam langsung tak respek kat agama kita sendiri.

Kalau org kafir tu aku tak kisah. Dah dinamakan kafir. Paham2 je la.

Khamis, 5 Jun 2008

Minyak Naik Harga!

Half empty or half full?: Azhan Sharom showing the difference of how much petrol one can buy with RM1 Wednesday and today at a petrol station in Kuala Terengganu
Time ni mmg sure heboh satu Malaya. Buka sureheboh TV3 beb, sbb TV3 pun dah tukar tag line dia ke jom heboh. Tapi ni heboh pasal minyak. Dari kedai cendol CCP di Lipis sampai la hotel 5 star. Sure citer pasal harpa minyak naik. Dgn darah2 sekali naik!

Kalau harga naik setakat 10sen seliter tu boleh terima lagi la. Tahap cool lagi. Buat2 cool tapi mengelabah. Dulu harga minyak naik 10sen, harga barang naik tahap gaban dan meraban. Tapi hari ni harga minyaknaik bukan sebarang naik. Naik harga gila babas punya. Tahap meroyan dah, bukan meraban je. Seliter 78sen beb. Kalau dulu harga petrol seliter cuma RM1.92, but now dah RM2.70! Toke balak nak senyum pun maleh kalau harga naik mcm tu...kalau ajak gurau silap2 kena penampor time ni!

Semua org gelabah dan tak cool. Cuma yg cool is the one and only, our Mr.Cool n Clean, Pak Lah! Nak maki kang, sian lak. Bagi chance org lain la maki. Aku exceptional. Takut nak maki2 org ni. Bukan karier aku. Binatang pun aku tak berani nak maki. Paling laser pun aku panggil BABI kat BABI. Tu je...
Gomen kata rakyat kena ubah gaya hidup. Aku sengeh je la. Sebelum harga naik, aku dah ubah gaya hidup. Now nak ubah camner lagi aku pun tak tau la? Kena zikir banyak2 lagi. bagi cool jiwa. Aku berdoa negara kita ni tak semakin parah.Hidup kita tidak semakin azab..aminnnn...

p/s:
1. orang minyak gak yg untung!
2. news yg buat aku cool sket dari The Star Online Petrol price up by 78 sen - and will be reviewed monthly. Tapi camno kalu lepas review tu harga naik lagi???
3. aku gelabah semula...