7 a.m: Pagi tadi jengok2 almari terjumpa lak t-shirt ni. Kat 11 thn dah aku simpan t-shirt ni. Konsert Ben Harper..walaupun masa tu tiket dah beli tapi aku tak dapat pi sebab keje.So Art Fazil yg pi konsert tu sedekah kat aku sehelai...Ben Harper, lu mmg COOL giler walaupun aku tak pernah beli cd original, cuma download dari internet atau beli cd cetak rompak..
8 a.m:Cuaca nyaman di Kuala Lipis. Aku snap gambar ni (depan SM Teknik) masa on the way ke Benta pagi tadi. Aku rasa kat K.Lumpur ada gak camni walaupun jam pukul 1 p.m . Tapi bukan kabus le, JEREBU!
Kuala Lipis memang COOL...
p/s: silap2 kat Cameron Highland pun dah tak dpt cuaca sebegini..kot?
8:15 a.m: ni pun aku snap masa on the way ke Benta. Lori terbelah dua. Marahkan minyak, lori dibelah dua (?!)..haha
mmg COOL la lori ni. Tapi drebar dia super COOL..
11 a.m: Seorang jejaka lipis yg tumbang akibat kecewa kes kenaikan harga minyak...malang buat jejaka tersebut kerana aku tak dpt menolongnya dgn bantuan CPR. Dia tidak layak menerima subsidi CPR dari lelaki tulen macam aku..
cara release tension yg COOL di Lipis...!
11:15 a.m: Kaki aku bengkak sebelah! Aku kena GOUT...adakah aku akan men-transform- kan diri aku kepada seorang vegetarian padahal aku ni bukan suka sayur-mayur pun (walaupun aku suka kaler hijau).
part ni memang tak COOL.... tapi ada hikmah disebaliknya..
9 ulasan:
ok bro...hari tu gua jumpa art fazil di YKP ipoh.masa tu program mamat khalid jadi host(gebang seni)tak sangka blh jumpa art di ipoh..hahahaha..but dulu ada juga jumpa di yamaha music kl tempat gua keje..lama dah..lepas tu kat cm..mas gua jadi full time busker,kerjaya yang tak disukai keluarga....hahahha,tapi apa blh bikin..dalam kepala ada batu besar sudah duduk..hehe..(meor)
tq meor dtg blog gua...
bulan lepas art fazil kata ada balik spore. and planning nak buat dokumentari pasal KTM...
tapi sampai la ni snyap je..
dah kaya mamat tu.. busking pun dpt duit pound sterling beb..haha
tkper meor..mmg jiwa lu..lagi pun rezeki yg halal
Gua lebih respek lu dari mamat-mamat GANGSTAZ..ha..ha..ha..Busking jln terus bro...nyanyikan untuk kami rakyat marhain,but macam ben cakap kat sini mau dapat album lu susah memang tak ada pun...kalau mau oder direct ngan lu cammana bro bole tak..?tapi gua mau lu t.tgn kat situ..ha..ha..ha
salam alaikum ..
ubah cara hidup ben..
sesuai sgt tu dgn kempen kerajaan Malaya :)
moga2 deme tak kena lg, InshaALLAH...
wslm..
dlm proses ubah suai ni...hehe
Bro, walaupun sayur, sesetengah sayur try to avoid ya.... No kekacang, bayam, mushroom, asparagus.... Drink more water. Then, kalau ada daun hempedu bumi, rendam with hot water, bila dah suam, baru minum... Your uric acid akan turun.. Ni petua orang2 lama... Insyaallah...
encik/cik Anon..
aku akan try ...tq for ur advice..
Catat Ulasan