Ahad, 7 September 2008

Happy Birthday to My Son

Memang masa berlalu begitu pantas. Tak sedar rupanya dah 2 tahun aku membesarkan anak aku ni. Rasanya baru je aku visit dia di wad kanak2 di Hospital Aloq Staq sbb kes dia dilahirkan 'songsang'..

Aku masih ingat masa 1st visit di wad, Irfan dalam keadaan yg agak kritikal. Wayar berselirat kat badan dia. Kat hidung,mulut, kaki dan tangan.Penuh! Menurut doktor, dia tersangkut kat uri dan hampir lemas semasa dlm proses dikeluarkan dari rahim mama dia. Ada juga aku tanya doktor yg bertugas mengenai status anak aku..tapi jawapan amat mengecewakan..luruh jantung. Nak tau apa jawapan doktor tu..? Dia kata "maaf encik..anak encik 50-50..". Perghhh... Time tu rasa macam nak rebah. Dah la mlm tu tak tido.Tapi aku redha walaupun dlm keadaan kecewa+sedih.

Setiap kali selepas solat, aku sentiasa berdoa kpd Allah supaya anak aku pulih dan sihat. Aku pun tak tau macamana kalau wife aku tau masa tu. Apa yg doktor tu cerita pada aku memang aku rahsia kan dari wife aku. Bukan nak menipu dia, tapi dlm keadaan dia yg belum betul2 sihat dari kesan 'surgery' maka lebih baik la aku rahsiakan. Setelah hampir 1 minggu di wad, Irfan dibenarkan keluar dan dia sihat sehingga kini...Alhamdulillah...

Hari ni 070908 genap 2 tahun dia dilahirkan. Tapi kalau ikut kalender Islam, dia dilahirkan pada 15 Syaaban 1427H (birthday dia 3 minggu lepas)... Selamat Hari Jadi yg ke-2 tahun utk anak aku, Muhammad Muqrees Irfan ..Love you very very very much...

Anak-anak adalah anugerah Allah yg tidak ternilai.Tq Allah..

"Ya Allah, Kau jadikanlah anak-anak kami sebagai anak-anak yang takut dan
gentar kepadaMu, anak-anak yang soleh dan solihah, yang tahu menghormati orang tua, guru-guru dan ibu bapa. Ya Allah, kau berikanlah kejayaan dunia dan akhirat kepada mereka. Berikanlah kesihatan yang baik. Jagalah mereka ya Allah
."


pic: birthday boy and friends

6 ulasan:

ubilepih berkata...

appy birthday Fan...besor kau jadi lah manusia beriman...jgn jonngossss and skong..kih..kih

Tanpa Nama berkata...

hepi belated beday utk hero aok...petua klu isteri peknen songsang, bio perut tu betulkan sndiri, jgn urut...

benludin berkata...

intan,
kalau urut juga jadi apa?jadi sedap ke? hehe

IKRAB family berkata...

epi b-day Irfan.Moga jadi anak yg soleh dan berjaya di dunia dan akhirat.:)

Ben,tragis gak citer Irfan masa kecik ek...tula doktor buleh ramal jek, Allah lebih berkuasa.

Tanpa Nama berkata...

Ameen...
harta dan anak2 adalah perhiasan utk manusia..
begitu berharganya..

Tanpa Nama berkata...

ben, sebenonya kesian kat baby tu klu diurut..dia tau la cmna nak gerak dlm kantung tu.. :)