Rabu, 29 April 2009

berita gempar...

الجيش الباكستاني يقول إن قواته تمكنت من استعادة السيطرة على بلدة داغار، الواقعة في منطقة بونير، من ايدي مقاتلي طالبان، بينما تواصل الطائرات الحربية دكها مواقع المقاتلينPenanti لمنعهم من التقدم نحو العاصمة اسلام آباد.-arab news

行动党德彬丁宜州议员黄文标证实,他在今午2点收到来至霹雳州政府大厦的快邮,并附上表格要求各霹雳州议员在本月30日前,Penanti 推荐新议长的候选人。-nanyang siang pau

பத்தாண்டுகளுக்கு மேலாக அரசியல் Penanti கட்சியாக பதிவு பெறப் போராட்டம் நடத்தி அதில் அண்மையில் வெற்றிகண்ட மலேசிய சோசலிச ஏற்றுக்கொண்டிருப்பதாக இன்று அறிவித்தது.-tamil neesan

ความเคลื่อนไหวการแข่งขันสนุกเกอร์ชิงแชมป์เอเชียประจำปี 2009 ที่จะเริ่มชิงชัยช่วงต้นเดือนพฤษภาคมนี้ ที่ประเทศจีน Penanti เพื่อหา "แชมป์" คว้าสิทธิ์เดินทางไปแข่งขันสนุกเกอร์เก็บคะแนนสะสมอาชีพโลก ฤดูกาลหน้า ที่ประเทศอังกฤษ โดยส- Bangkok Post


Думаю, что на самом деле они пытались “пересидеть” и то время, которое было перед кризисом. Просто тогда пересидеть было проще. Говорят, Penanti что кризис вымывает слабых. медленно, но верно все равно бы к печальному финишу-moscow dailynews

Muž vstúpil do vodnej nádrže s úmyslom okúpať sa. Penanti 30 m od brehu sa z doteraz neznámych príčin nevynoril a stratil sa z dohľadu ostatným členom skupiny, s ktorými sa v tejto lokalite zdržiaval-slovakia news

*Satu dunia melaporkannya.Kamu ingin tahu apa isi beritanya dalam bahasa melayu?

Untuk terjemahan sila klik di sini

Kini aku bersiap sedia untuk menjadi pengundi hantu!

Selasa, 28 April 2009

antara dua darjat

25 April 2009: Bas dari Raub-Bukit Koman di stesen bas Raub
Bas yang menuju ke pusat pembasmian kuman?

26 April 2009: Bas dari Alor Setar-KL di Stesen Bas Syahab
Menaiki bas dua tingkat bertahap 'skyview'. Panas macam duduk dalam oven...masak aku dan Ubi! Habis kuman-kuman terbakar sekali. Jengok-jengok juga ke langit mana tau ternampak Ayah Pin yang berkemungkinan sedang mengekori bas yang kami naiki. Kalau drebar bas tertidur/terjun/pegang stereng dengan kaki pun kami tidak akan perasan sebab kami duduk diatas.

* ucapan berbanyak-banyak terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi mengeteh dengan gua di Pelita, CM dan Hentian Duta tempohari. Gua memang tabik sama lu orang!
*juga ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pemandu pelancong kami.Soalan kepada pemandu pelancong: " Brader, lu ada lesen kereta ke? " hahahah!

Jumaat, 24 April 2009

alif ba ta

Al-kisah dua orang pemuda (yang sudah hampir tua) yang ingin mendalami ilmu agama.

Antara ilmu yang ingin didalami ialah pembacaan atau mengaji al-quran.Sudah beberapa kali bertukar-tukar ustaz yang mengajar mereka mengaji. Bukan kerana mereka berdua yang saja-saja nak tukar. Tetapi ustaz-ustaz tersebut yang tak tahan atas 'keloyarburukan' mereka bila mengaji. Tau-tau je la bila umur semakin tua baru nak mula belajar mengaji. Banyaklah bunyi-bunyi atau sebutan yang tak enak didengar. Nak kata pelat ...tidak. Nak kata gigi rongak..pun tidak. Kedua-dua mereka tampan. Gigi pula tersusun kemas, cuma kuning sedikit. Bila bertutur indah pula bahasanya. Tetapi bila pemuda pertama mengaji, pemuda kedua gelakkan kan dia. Begitu jugalah sebaliknya. Akhirnya ustaz pun tak tahan. Angkat kaki.

Baru-baru ni mereka mendapat seorang guru mengaji al-quran yang baru, Ustaz yang baru pencen mengajar sekolah.Beliau adalah tuan guru atau ustaz yang keempat dalam tempoh lima tahun mereka berkecimpung dalam arena tukar-menukar ustaz ni. Alhamdulillah, atas budi bicara ustaz tersebut, beliau menerima kedua-dua pemuda tersebut sebegai anak muridnya. Maka tersangat gembiralah mereka.

Malam semalam adalah kelas pertama mereka mengaji.

Pemuda pertama:
Bila ustaz suruh beliau mengaji, beliau baca. Nampak macam dah terer mengaji.Tetapi bila mula membaca terserlah lah kesilapannya. Ada masa huruf pun boleh tertukar. Baca pun banyak tersangkut. Macam budak tadika baru belajar membaca je rupanya. Pitching juga banyak lari ke laut. Baru sebaris ayat yang dibaca dah mula semput. Nafas tak sampai. Kat sejam diajar, semuka Quran pun belum tentu habis dibaca. Bila selesai diajar dan diarah oleh ustaz supaya mengulang balik apa yang dibaca, beliau masih tersilap dan terbabas.Bebal. Masa kecil dulu taknak mengaji betul-betul. Itu la pasal!

Pemuda kedua:
Beliau agak mahir sikit dari pemuda pertama. Mungkin beliau mengamalkan bacaan al-quran setiap hari. Bacaan nampak lancar. Aku dengar beliau ni macam terer. Costume juga kemas.Seperti pemuda pertama juga, beliau lengkap berbaju melayu dan songkok merengnya.Respek aku kat beliau. Tapi bila mula baca macam-macam la ustaz tegur kesilapannya. Diction tak tepat. Pitching juga banyak lari. Semput katanya.

Walaubagaimanapun tujuan kedua-dua pemuda itu amat dipuji oleh ustaz. Tak malu untuk belajar. Malu belajar sesat jalan, kata ustaz.

Aku juga puji semangat mereka berdua. Baguslah kerana mereka sedar mereka jahil, maka dengan itu juga mereka ingin belajar lagi. Berubah sebelum terlambat.

Aku teringat satu hadis/surah yang mengatakan bila kita membaca ayat al-quran tak kira satu ayat pun, InsyaAllah kita akan mendapat 'bonusnya' dari Allah s.w.t.Bonus yang dilaburkan untuk akhirat kelak.(nanti aku update kemudian.Nak cari ayatnya dulu.Maklumlah aku ni jahil,kena belajar banyak lagi!)

Adakah aku memuji atau 'mengaibkan' diri aku sendiri?
Kenapa?
Ya..kerana pemuda pertama yang diceritakan itu adalah aku.

AL-QURAN ITU UNTUK DIBACA, DIFAHAMI, DISELAMI AGAR MENJADI PANDUAN HIDUPMU AGAR BERHAGIA HIDUPMU DIDUNIA DAN AKHIRAT. HIDUPKANLAH AL-QURAN ITU DIDALAM DIRIMU AGAR MENJADI APA YANG DIKATAKAN SEBAGAI QURAN HIDUP YANG BERJALAN DIBUMI ALLAH DALAM KEADAAN YANG DIREDHAI. dipetik dari sini

*kepada kamu yang sudah pandai membaca al-quran, amalkan. Kepada kamu-kamu yang masih terkebil-kebil seperti pemuda yang diceritakan diatas, jangan malu untuk belajar. Kelak diri sendiri yang rugi. Pahala dosa juga sendiri-sendiri. Takde orang yang nak bagi pahala mereka kepada kita. Apa barang..
*
semoga orang kafir yang membaca al-quran itu mendapat hidayah.Biasalah kalau orang kafir baca mesti pelat. Kanak-kanak yang baru belajar mengaji pun pelat.Aku pun ada masa masih pelat.. haha!

Rabu, 22 April 2009

Satu Malaysia!

Kamu baca No. 2. Nak baca jawi pun boleh...

Dulu mau.Sekarang tak mau!
Satu Malaysia baru tau makna Hadari?
Satu Malaysia juga tak mau lagi Hadari?
Satu Malaysia baru perasan Hadari ada dalam buku teks ting.3?

Isnin, 20 April 2009

syarat wajib tayang

Harap kamu tengok video ini.Tak sampai 7 minit pun. Kalau video tak clear sila klik cultureunplugged

Sinopsis : This film is about the hunger and poverty brought about by Globalization. There are 10,000 people dying everyday due to hunger and malnutrition. This short film shows a forgotten portion of the society. The people who live on the refuse of men to survive. What is inspiring is the hope and spirituality that never left this people.



Lot of hunger and having no food is poverty,

Not having spare cloth to take bath is poverty,

Needing a shelter but not having one is poverty,

Child's sick but can not buy treatment, is poverty,

Fainting child dreaming a mouthful of rice is poverty

Searching warmth in cold flesh in winter nights, is poverty,

Sitting with umbrella on wetting bed in showering night, is poverty,

Thoughtful mother, two mouthful of rice and three children, is poverty,

An ill, deserted mother selling her child wishing it will survive, is poverty.

A defeated and desponded mother poisoning and killing her child is poverty,

By:Palas Kumar Ray ( Tripura. India)

nota:
*video/pilem pendek diatas bertajuk 'chicken ala carte' yang mana ia adalah video terbanyak ditonton dalam website cultureunplugged.
*aku tak pandai menulis sajak. Maka sajak di atas tu aku cilok dari sini.
*sajak asal diatas memang dalam bahasa inggeris. Bukan aku terjemah dari bahasa tamil(walaupun aku peminat filem tamil..dusyummm!)
*ada masa kita gelak..ada masa kita ceria...ada masa kita sedih...ada masa kita terdiam

Khamis, 16 April 2009

siri berbual dengan. .Midun ii

Pagi:
Terjumpa Encik Midun lagi di bandar. Takde muka lain dah ke kat *bandar Lipis ni...ishhh.

Midun: Boss...dengar citer nak ke PWTC esok?

Aku: Ya. Mana kau tahu?

Midun: Ada la informer..hehe

Aku: Ciss...macam lah aku ni nak pergi merompak.Habis..apa citer ni?

Midun: Masa tengok pameran buku kat PWTC tu tolong carikan buku untuk aku..

Aku: Insyaallah. Buku apa..18sx lagi ke?

Midun: Tak la. Buku PIANO. Teringin nak belajar main piano pulak...

Aku: Insyaallah Tuan Midun!! (sengeh je Midun)

-Benar..Midun adalah seorang pemuda yang bersemangat tinggi dan wajar dijadikan belia contoh.Beliau boleh menjadi kebanggaan Lipis.Bukan sahaja minat membaca tetapi minat juga untuk belajar perkara yang baru. Rajin dan commited sungguh. Anak siapa la dia ni.Untung mak ayah. Untung juga bakal isterinya.
-Tahniah untuk Midun....Midun Boleh!!! Yess!!!

Tengahari:
Tiba-tiba terfikir something fishy is going on pasal piano ni. Aku terus menghantar pesanan ringkas kat Encik Midun:

Aku: Weii..buku piano tu budget berapa ringgit?

Midun: Jangan lebih RM30 dan dalam BM..

Aku: Cehh..ada ke buku piano dlm BM. Silap-silap harga pun mesti lebih RM100!

Midun: Awak survey je la dulu...

Aku: Ni nak beli buku piano ni, ada piano ke kat rumah awak?

Midun: Ada. Tapi piano mainan..

Aku: Cehhh! Buang masa aku je!

-Maaf..Aku kena tarik balik semua pujian yang aku bagi kat Midun pagi tadi....

Nota:
*memang kat bandar Lipis ni tak ramai orang. Balik-balik muka yang sama je hari-hari. Kalau kamu ingin popular, duduk lah di Lipis.Dan cuba berperangai macam Midun. Amat mudah!

Selasa, 14 April 2009

finding nemo

Hasil kerja kreatif anak lelaki aku. Mungkin beliau berfikir bagaimanakah cara supaya barang mainannya dapat tahan lama.

Bas ini juga telah dijadikan model didalam filem Speed lakonan Keanu Reeves. Kedua-dua tayarnya hilang ketika pemandunya mengawal kelajuan bas semasa dikejar penjahat (baca: dipijak oleh anak aku selepas menonton siri Ultraman Gaia melawan raksasa yang timbul dari perut bumi)

*sila lihat gambar terbaru aku di dalam profil. Ia adalah gambar terbaru yang diambil oleh seorang jurukamera cina yang profesional. Kasihan...tiga bijik kamera cina tu rosak. Daulat juga aku ni kot!

Jumaat, 10 April 2009

jim.alif.ha.lam

camner nak eja nama jalan tu dalam jawi?

ساله ساتو ڤونچا كلمهن دالم مڠواساءي علمو ڤمباچان القرءان اين اياله تيدق داڤت مڠواساءي توليسن جاوي. اين كرجا سياڤا جك تيدق دري كرجا ڤميمڤين امنو عقيبة دري “داسر انتي- جاوي“ مريك يڠ امت دوڠو؟ ڤميمڤين امنو يڠ سبلوم اينله؟ دالم كادأن ڤميمڤين امنو يڠ منيڠڬلكن قرءان دان تله ممبونوه توليسن جاوي ايت، تيبا-تيبا، اڤابيلا اد ڤميمڤين چينا ممباچ قرءان دالم ڤلات يڠ دڤندڠ ساله، ڤميمڤين امنو سيبوق مندسق دڤ مڠموكاكن ڤرموهونن معاف سچارا تربوك

Kamu boleh baca tulisan jawi di atas? Aku boleh membaca jawi. Tapi tak lah cekap sangat. Ada masa merangkak juga. Begitu juga aku bila menulis jawi. Kalau kamu boleh alhamdulillah.Kalau kamu tak boleh tidak mengapa tetapi kalau boleh, BOLEH kan.Sebab apa? Jawabannya ada di dalam tulisan jawi di atas. Bacalah.....merangkak pun takper lah. Tak boleh juga merangkak pun? Klik kat link dalam Nota dibawah. Ada diterjemahkan kedalam tulisan rumi di situ.

Nak belajar jawi tak perlu masuk JAWI atau dijawikan sekali lagi. Tak perlu juga masuk JAWA sebab memang tak kena mengena...hehe

Aku teringat satu cerita yang disampaikan oleh penceramah bebas yang bernama Ustaz Kazim Alias. Aku mendengar khutbahnya ketika bersolat jumaat di Masjid Bukit Raya,Pendang kira-kira setahun yang lepas. Beliau bercerita mengenai kisah seorang pelajar sekolah yang disoal oleh gurunya ketika didalam kelas.

Kisah 1- ketika guru Matematik sedang mengajar. Guru tersebut menyoal soalan matematik kepada seorang pelajar Tingkatan 5 yang bernama Midun (tidak kena mengena dengan Encik Midun didalam entri sebelum ini).

Guru: Midun...apakah formula untuk mencari keluasan petak empat segi?
Midun: err....tak tau cikgu...
Guru: Apa? Kamu tak tau?
Midun: ye cikgu...saya tak tau..

"piappppp!!!" Midun kena rotan dengan guru tersebut. Bergegar bontot Midun kena libas! Nak ambil SPM tapi formula belum dihafal. Jahil sungguh!

Kisah 2 - Midun ditanya lagi oleh seorang ustaz ketika kelas Pendidikan Islam..Kesian Midun jadi mangsa.

Ustaz : Midun...kamu solat?
Midun: Ye ustaz...
Ustaz : Kamu tinggal solat?
Midun: Ada masa terbabas juga ustaz..hehe
Ustaz : Kenapa sengeh-sengeh?
Midun: Maafkan saya Ustaz...
Ustaz : Solat Subuh berapa rakaat?
Midun:err.....empat ustaz..
Ustaz : Midun...mari kedepan..

"piapppppppppppp!!!". Kena rotan lagi Midun. Bergegar bontot beliau. Pedih!! Umur dah 17 tahun masih tak tau solat subuh berapa rakaat! Jahil sungguh!!!

Berdasarkan dua kisah diatas, Ustaz Kazim berpesan kepada jemaah supaya sentiasa menuntut ilmu dan mendalami ilmu agama supaya tidak berada dalam kejahilan. Katanya lagi, kategori JAHIL bagi kisah yang pertama itu tidak mengapa. Dimaafkan.Tidak berdosa. Tapi bagi kategori JAHIL dalam kisah kedua tidak dimaafkan. Kepada yang tahu dia JAHIL tetapi beliau tiada usaha untuk belajar agama, maka faham-faham je la balasan yang akan menimpa. Cepat sebelum terlewat. Bukan dihukum oleh ustaz tadi, tetapi hukuman dari Allah swt.

Pesanan untuk aku juga, kalau aku tak pandai membaca JAWI seperti contoh diatas tu, tidak megapa lagi. Tapi kalau aku tak pandai membaca AL-QURAN atau SOLAT atau apa-apa ilmu agama yang lain, maka pandai-pandai lah aku berusaha untuk belajar. Jangan gunakan alasan "ala...aku bab agama ni jahil. Tak berapa pandai.Lain la kamu yang bersekolah agama.." . Isshh...ishhh...dah tau tak pandai agama kena la belajar. Faham itu benludin???!!!

Bagaimana kalau malaikat tanya kita dikubur nanti. Takkan nak bagi alasan "saya bukan dari sekolah agama" atau "mak ayah saya tak ajar solat" atau "ustaz saya meninggal masa dia tengah ajar bab solat di sekolah dulu" . Kena rotan dengan guru matematik atau ustaz tu kira bagus lagi. Boleh la juga letak ubat kebas kat bontot. Amacam kalau kena libas dengan malaikat kat kubur nanti?? "piappppppppppp!" sekali libas hancur berkecai badan kita. Ahh...tak dapat aku bayangkan. Na'uzubillah!

Teringat satu buku yang bertajuk Insan Ingatlah tulisan TGNA. Penulis berpesan supaya kita jangan menangguhkan sebarang kerja atau kewajiban yang difardukan, kerana tidak pasti adakah nafas yang dihembuskan sebentar tadi akan dapat ditarik kembali, dan adakah hari esok masih ada untuk kita.

Solat atau apa-apa amalan yang kita lakukan di dunia ini bagaikan seorang murid yang sedang mengambil peperiksaan. Murid tersebut tidak tahu apakah jawaban dalam peperiksaannya itu membawa markah yang tinggi atau rendah. Keputusan dirahsiakan sehingga ia diumumkan dikhalayak ramai semasa perhimpunan sekolah kelak. Begitu juga amalan kita dengan Allah swt. Kita tidak tahu lagi keputusannya sehinggalah diumumkan atau dibentangkan di Padang Masyar kelak. Kalau LULUS kita boleh melintasi siratul mustaqim. Kalau GAGAL maka ke neraka jahanam lah kita.

Wallahualam....

Nota:
1. Tulisan jawi di atas aku petik dari blog TGNA. Ada sesetengah dari kamu tidak mahu membaca tulisan TGNA. Panas katanya. Nak baca Harakah pun dah panas apatah lagi membaca tulisan beliau..hehe. Bagi aku ...selagi tulisan itu adalah berbentuk ilmiah yang bagus, aku akan baca. Tak kisah dari mana pihak pun...kan? kan??

2. jangan risau jika kamu tidak bisa menulis jawi,jahil matematik, jahil sains,jahil tentang teknologi telefon bimbit yang terkini. Risaulah jika kamu jahil dalam ilmu agama.

3. kalau kamu terer jawi, sila tuliskan semula jawi diatas kedalam rumi didalam ruangan komen. Ada berani? ..hehe

*kamu juga digalakkan membaca entri yang ditulis oleh ustaz zaharuddin

Isnin, 6 April 2009

siri bercakap dengan...Midun - i

Encik Midun sedang membelek bukunya dan berkata "kenapa buku ni takde penerangan bergambar?"

i. Kamu masih ingat sama Encik Midun? Kalau kamu lupa, kamu boleh baca entri terdahulu mengenai beliau di sini. Beliau amat gemar membaca dan menulis. Buku-buku yang bernilai sastera adalah buku yang amat digemarinya.

Buku Jangan Malu Bertanya Tentang Seks (kira kategori sastera juga ni) yang dipesan oleh beliau telah lama sampai.Dah berabad ada kat aku ni. Malas benar beliau keluar untuk mengambil bukunya dari aku. Aku terus menghubungi Midun bagi menyampaikan berita yang begitu gembira melalui sistem pesanan ringkas. Aku saja-saja menyakat:

Aku: Awak masih bujang.Tak boleh baca buku begini. Sebab kat muka depan buku tu ada letak label "18sx-untuk yang berumahtangga sahaja"

Midun: Mana logik.Takkan la penerbit taknak buku dia laku.Tujuan buku tersebut ialah untuk menyampaikan maklumat kepada orang yang ingin tahu seperti aku. Yang tidak tahu menahu tentang seks...

- Bagus.....semangat membaca dan menambah ilmu seperti Midun ini lah patut diteladani.


ii. Beberapa minggu kemudian aku terserempak dengan Midun di sebuah bank. Muka beliau nampak ceria dan berseri-seri.

Aku: wah...gembira nampak?

Midun: hehe..memang muka aku macam ni. Suci murni..

Aku: hehe...ye la tu. Amacam. Buku dulu tu dah habis baca ke?

Midun: Belum lagi la bang. Saya tak baca semua.Saya pilih tajuk-tajuk yang kontroversi je.

Aku: ishh...ada ke tajuk kontreversi?

Midun: Ada la..contohnya bahagian cerita macamana nak ... tut! tut! tut!(aku Cencored)

Aku: wow...kira dah pakar la ni ye?

Midun: Boleh la sikit-sikit..

Aku: Bila nak kahwin?

Midun: Dah ada calon dah...tengok ni..( sambil tunjuk gambar wallpaper di handphone beliau. Memang cun abih!)

Aku: Camner kenal?

Midun: Budak perempuan ni mula-mula tersalah buat call. Lepas tu aku sms la dia. Dia layan pulak...

Aku: Untung la awak ye.Patut la beria sangat nak beli buku tu..

Midun:hehe..biasa la bang..persediaan

Aku:Bagus ler...

Midun: err..nak tanya.Kalau abang ke KL nanti...abang boleh belikan buku sastera untuk saya tak?

Aku: InsyaAllah bro...buku sastera keluaran DBP ke?

Midun:Tak tau la penerbit dia siapa. Tapi buku tu bertajuk KAMASUTRA..

- Ya... Encik Midun kita ni memang peminat sastera. Sekurang-kurangnya beliau adalah warga Lipis yang rajin membaca. Amat jarang aku temui warga Lipis yang mempunyai minat seperti beliau.
-rasanya ramai diantara kamu sudah tahu apa itu Kamasutra. Kalau belum, sila klik sini!

Khamis, 2 April 2009

ayah

Titip rindu buat ayah...


di mata mu masih tersimpan selaksa peristiwa
benturan dan hempasan terpahat di kening mu

kau nampak tua dan lelah
keringat mengucur deras

namun kau tetap tabah
namun semangat tak pernah pudar

meski langkah mu kadang gemetar

kau tetap setia


ayah
dalam hening sepi ku rindu
untuk menuai padi milik kita
tapi kerinduan tinggal hanya kerinduan

anak mu sekarang banyak menanggung beban

engkau telah mengerti hitam dan merah jalan ini

keriput tulang pipimu gambaran perjuangan

bahu mu yang dulu kekar legam terbakar matahari

kini kurus dan terbungkuk

namun semangat tak pernah pudar

meski langkah mu kadang gementar

kau tetap setia
(sumber: ebiet g. ade)

* hari ini genap sembilan tahun sudah pemergian ayahku ke rahmatullah- al fatihah
* alfatihah juga buat ayah kamu yang telah pergi menemui Maha Pencipta..
* untuk kamu yang masih mempunyai ayah, kamu amat beruntung kerana kamu masih lagi boleh mengumpul pahala...

Hadis: Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”

Hadis : Daripada Abu Hurairah r.a, sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya:“Janganlah kamu membenci bapa-bapa kalian. Sesiapa yang membenci bapanya bererti ia kafir.”