Selasa, 30 Jun 2009

ultraman ウルトラマン part ii

Masih bercerita mengenai Ultraman. Siri ultraman ni mula ditayangkan di kaca tivi pada tahun 1963. Mungkin sampai ke Malaya pada tahun 1970an. Cerita dia walaupun ada part yang berlawan dengan raksasa ia tidak lah ganas sangat. Kanak-kanak pun sesuai untuk menontonnya. Kanak-kanak tua macam aku pun lagi la sesuai. Hahaha...

Sebenarnya aku lebih risau kalau anak aku menonton kartun Tom and Jerry. Kartun kucing lawan tikus ni agak ganas. Belasah sini. Belasah sana. Terajang sana. Kapak sini. Adusss...ganas sungguh!

Kalau anak kita tengok cerita kartun kat tivi tu kena juga kita pantau. Bukan setakat kartun ganas je aku risau. Kartun seksi-meksi yang menyeksakan batin pun banyak. Kebanyakannya animasi dari Jepun (pilem animasi Jepun yang pertama aku tengok ialah AKIRA pada tahun 1993 kalau tak silap). Boleh meleleh air liur kalau menengok kartun perempuannya.

Ada betul???

(bersambung lagi dalam ultraman part iii)

-------

Cuba bukak website ni www.all-quran.com. Kita boleh dengar bacaan al-quran dari ramai imam-imam terkenal.Nak download pun boleh..

Ahad, 28 Jun 2009

ultraman ウルトラマン part i

Koleksi ultraman milik irfan. Satu orang(ekor?) ultraman = satu dvd. Uishh..Lima dvd tu..(takpe..dvd ultraman ada sales. RM5 je satu! ). Yang ujung tu moto yang dibeli di Madinah. Bila ON je dia main lagu arab.Elok la tu, Arab lwn Jepun)

Nota kepala ultraman:
Kita tinggalkan sebentar dengan cerita pengalaman aku di Makkah. Nanti kamu busan..hehe

Anak lelaki aku, Irfan dah mula bertukar arah. Bukan bertukar arah politik. Budak ni mana tau apa itu politik lagi.Lagipun anak aku ni tak suka kerajaan perpaduan... haha.... Dulu dia gemar menonton kartun-kartun di cenel Playhouse Disney (cenel 613 Astro jabat). Kartun di cenel tu lebih berbentuk educational atau skema. Takde menggunakan bahasa kasar.Takde lawan-lawan punya. Takde adegan sepak terajang, sekeh-menyekeh, carut-mencarut atau jentik menjentik. Semuanya bermoral dan beretika. Tetapi sekarang dia sudah beralih untuk meminati Ultraman pulak. Biasalah. Budak semakin membesar. Citarasanya akan berubah mengikut peningkatan usianya.

Bagi aku, siri Ultraman ni dah lama berkumandang di kaca TV rumah kita. Semenjak aku kecik lagi dah kenal Ultraman ni. Ultraman je tak kenal aku. Kalau ultraman kalah, aku akan menangis. Bila dia menang aku bersorak. Hahaha... Antara cerita kegemaran aku yang lain semasa aku kecil ialah Space 1999, Planet of the Apes, BJ and The Bear, Sherif Lobo. Ahh..banyak! Kalau cerita tak habis...(kamu mungkin belum lahir ketika rancangan tadi rancak ditayangkan di tivi. Mungkin kamu lahir zaman Doraemon..haha!). Lain kali lah aku cerita pasal rancangan kegemaran aku tu. Lagi pun aku nak cerita pasal anak aku dalam entri kali ini. Selingan sahaja...

Berbalik kepada Irfan tadi... kalau dia nak tengok Ultraman dia akan kata "abah..nak tengok badai". Huh.. Badai?? Hahaha...Aku dan wife aku gelak. Gelak sebab menyimpang jauh sangat idghamnya tu. Kalau dia kata 'toman' ke..atau 'ota' ke... atau 'otoman' ke...kira ok la juga kan. Ini badai..

Tetapi sebenarnya kalau Irfan pandai internet mesti dia gelakkan kami pula. Kerana semasa aku mencari info berkenaan Ultraman didalam wikipedia tadi, aku terjumpa perkataan 'shodai'. Ia adalah perkataan Jepun yang membawa makna 'ultraman'. Kira-kira sebutan Irfan tu hampir sama la dengan bahasa Jepun tu.

Rupa-rupanya Irfan lebih terer dari kami. Kerana dia 'memahami' bahasa Jepun yang menjadi lagu latar cerita ultraman.

"kah kah kah" Irfan gelak kat mak ayah dia....

Nota kaki ultraman:
bersambung lagi dalam ultraman part ii...

Rabu, 24 Jun 2009

pengalamanku di Makkah - ii

Ini kisah persiapan sebelum ke Makkah al-mukarramah. Semasa di Pendang, aku perlu 'shopping sakan' peralatan yang perlu di bawa bersama untuk digunakan di Makkah nanti. (Sakan- ada minimarket nama Sakan di Alor Setar dan kini dibuka di Kuala Lipis-selingan). Antara peralatan yang perlu di 'shopping sakan' ialah baju pagoda, stokin (nanti aku cerita kegunaannya), gunting kecil (untuk cukur selepas Sai'e) dan selipar jepun. Itu kira sakan la tu.

Ok la. Barang-barang yang perlu di beli dan di bawa ke Makkah aku dah list kan. Perfume, t-shirt polo, seluar jeans dockers, jaket kulit Levi's, topi memancing atau kasut doc marten jangan mengada-ngada nak bawak. Buat berat kapalterbang jeh! Aku memang tak bawak barang-barang tu, sebab aku memang takde barang-barang berjenama macam tu..[Aku pakai selipar jepun je dari Alor Setar-Jordan-Madinah-Makkah. Selesa. Nak solat kat mana-mana surau di airport pun senang. Lagipun cuaca mengizinkan. Jangan pi Kanada pakai selipar jepun dah ler.Beku kaki!!]


"Wallet ni nak bawak ke. Ada IC, kad ATM, lesen memandu semua ada ni." aku bertanya kat Pak Mertua aku. Aku tak tanya bab kredit kad. Sebab aku memang takde kredit kad. Bukan sebab aku taknak apply, tapi sebab semua application aku kena reject... Hahaha!

"Hang nak bawak kereta ke kat sana sampai nak bawak lesen dan IC pelbagai. Tinggalkan je kat rumah ni." jawab Pak Mertua a.k.a The Boss..

Arahan The Boss aku kena patuh. Lagipun betul juga kata Pak Mertua aku. Masa kat Makkah nanti semua travel agent aku akan handlekan. Dia siap tempah bas. Bas yang pertama ketika kami bertolak dari Jeddah-Madinah, mat indon yang bawak. Terer dia cakap Arab, maklumlah dah hampir duapuluhtahun dia duduk si sana. Cakap Indon lagi la..berabuk!!

Lagi pun kita nak kesana sebab nak beribadat. Beribadat dengan penuh konsentrasi. Rugi kalau kita main-main. Pahala berganda. Kalau solat di Masjidilharam pahalanya 100,000 kali ganda dari masjid di sini. (refer hadis di entri sebelum ini. Disana rajin berjamaah dan harap di Malaya ni pun rajin berjamaah di masjid). Kalau masa tengah solat asyik fikir pasal IC takut hilang la...atau rantai emas yang kita bawa takut kena curi la..macam-macam hal kena fikir. Lebih elok la tak payah bawak semua tu.

Masa di Madinah, ada satu kes gadis oren( oren-merujuk kepada warna rasmi group kami. Beg dan kain tudung group kami semuanya berwarna oren) yang kehilangan rantai emas ketika solat di masjid nabawi. Lepas tu dia dah takde mood nak pi solat masjid nabawi. Nayaaaa jeh!!

Berbalik kepada 'shopping sakan' tadi...!! Sehari sebelum berangkat ke Makkah aku dan wife aku menunaikan 'shopping sakan' di sebuah pasaraya yang direkomen oleh mak mertua aku.

"Hang kalau pi Pendang tu, hang pi je kedai Wasiah. Macam-macam ada kat kedai dia tu. Semua barang yang hang nak beli ada kat situ." kata mak mertua aku penuh yakin.

Kira dasyat gak Pendang ni. Ramai kaum bumiputera berkecimpung dalam arena perniagaan. Nama kedai pun sedap. Macam Islamik je nama dia . Sejuk hati mendengar nama kedai ni.

Tanpa lengah-lengah lagi aku pun memecut kereta ke Pendang. Bila sampai bandar Pendang, mata mula liar mencari Kedai Wasiah. Susah juga nak cari. Nama dah cukup catchy dan sejuk hati bila mendengarnya..tapi takkan susah nak cari.

Aku suruh wife aku call rumah. Kompem kan betul-betul lokasi kedai Wasiah ni.
"Ala...kat bandar baru Pendang. Sebelah je dengan Pasaraya Sukamari" kata mak mertua aku.

Sukamari? hehe...

Dalam lima minit mencari akhirnya terjumpa juga Pasaraya Sukamari milik tokey cina. Sebelah je dengan Kedai Wasiah. Dalam hati aku...hebat juga kedai Muslim ni bersaing dengan kedai cina yang hanya bersebelahan je dengan dia.

Dari kereta aku tengok memang macam-macam ada kat kedai Wasiah. Selipar macam-macam kaler ada. Baju, alat dapur, alat mekap, alat-ganti basikal, alat-ganti motosikal, barang plastik..ahh...macam-macam la. Kat pintu dia pulak aku tengok ada jual patung buddha. Aik...betul ke kedai ni melayu punya?

Bila aku dongak ke atas...errmm...Kedai Wah Seah rupanya...

Nota:
1. WASIAH = wasiat
2. Dulu ada nama Kedai Hock Heck kat Pendang ni. Tapi malangnya dia dah tukar nama kedai. Tak ingat la plak nama baru kedai dia..sebab tak catchy.

Jangan lupa jengok gambar-gambar Road to Makkah di sini.

Isnin, 22 Jun 2009

Pengalamanku di Makkah - i

Assalamualaikum kawan-kawan,

Apa khabar semua? Terimakasih kepada kamu semua yang masih mengunjung ke blog ini walaupun aku tidak ada di Malaya dan memutuskan diri dengan dunia IT. Sudah lama aku meninggalkan dunia blog. Hampir tiga minggu kot. Dua minggu kerana aku pergi mengerjakan umrah dan ziarah. Satu minggu lagi kerana aku tak berapa sihat.

Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Allah swt telah makbulkan doa aku supaya segala urusan aku ketika mengerjakan umrah dan ziarah dipermudahkan. Aku sihat walafiat ketika di sana.Ibadahku pun tiada gangguan.Cuma semenjak menjejak Tanah Malaya ini aku terus diserang selsema. Tetapi sekarang sudah semakin sihat. Alhamdulillah bukan selsema H1N1 (pekejadah tu), selsema babi la senang nak eja kot.

InsyaAllah kalau ada rezeki akan aku ceritakan sedikit pengalaman aku ketika menunaikan umrah dan ziarah selama dua minggu. Banyak-banyak nanti kamu bosan pula. Lagipun aku tak berapa suka menceritakan perkara-perkara ibadah yang aku lakukan ( cerita sikit-sikit tu boleh kot). Berapa umrah kecil yang dapat kamu buat? Berapa tawaf sunat kamu buat? Banyak tak solat sunat? Dapat tak cium hajar-aswad? Dapat tak bergayut kat pintu taubat?? Biarlah aku simpan semua itu sebagai kenangan peribadi aku yang paling indah (the best ever). Biarlah rahsia ibadatku cuma diketahui oleh aku sendiri dan Allah swt. Makbul Allah yang aku inginkan.(Bukan apa, takut riak melanda diri..)

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.Aku bersyukur banyak kerana dapat menjadi tetamu Allah swt di Madinah dan Makkah. Rezeki yang aku tidak sangka-sangka datang bergolek. Rezeki dari Allah swt.

Di entri akan datang aku cuma bercerita tentang pengalaman perjalanan aku ke Madinah dan Makkah. Gambar-gambar juga aku akan siarkan didalam blog khas aku di walk to makkah. (masih dalam pembinaan- ishhhh banyak sungguh blog aku!!).Blog yang dapat mengurangkan rindu aku terhadap Madinah dan Makkah. Baru balik tetapi hati aku sudah ingin lagi kesana. Sesuai juga untuk kamu samada telah pergi atau akan pergi menunaikan umrah/haji nanti.

7:30am. Dalam perjalanan dari airport Jeddah-Madinah. Tayar 'pancit' la plak. Terkandas hampir 2 jam di padang pasir...teringat pilem Lion of the Desert.. perghhhh!!!

6:13pm. Dalam perjalanan untuk menunaikan solat Mahgrib di Masjid Nabawi. Sehari sebelum ke Makkah al-mukarramah.

3.00pm. Aku didepan Masjid Kucing. Lambaian terakhir sebelum meninggalkan Kota Makkah. Kelihatan 'entrance' ke Masjidilharam melalui laluan Safa-Marwah sedang giat diubah suai. Bakal banyak lagi kemudahan untuk bakal 'pilgrims'.

Daripada Abdullah bin al-zubair berkata bahawa Rasulullah saw bersabda " Solat dimasjidku ini (Masjid Nabawi) lebih baik daripada 1000 kali solat di masjid lain kecuali Masjidilharam, solat di Masjidilharam lebih afdal daripada 100 kali solat dimasjidku ini (iaitu 100 ribu kali dimasjid lain)"


Nota: aku doakan kepada kawan-kawan yang belum pernah ke sana akan diperbanyakkan rezekinya oleh Allah swt supaya kamu dapat menunaikan umrah atau haji. Kepada kamu yang sudah menunaikan umrah atau haji, aku doakan supaya kamu dapat LAGI ke sana.

Ahad, 7 Jun 2009

suara mereka vi

(scheduled entry)

Tajuk: choo...choo...train
Suara : Enche Jawa Peranakan(beliau belum ada blog.Cuma suka menulis didalam Microsoft Word....kah kah kah!)

Lokasi : KL Sentral..

Ubi baru lepas beli tiket untuk balik ke Lepih..Berjalan menuju ke boarding hall..Disapa oleh seorang Abg KTMB yang ramah tamah..

ABG KTMB:Train pukul berapa bang?

UBI:9 pagi

ABG KTMB:ooo..Bbiasanya train lewat bang..Kadang2 lewat sampai sejam.. Kadang2 lewat sampai 3 jam pun ada..

UBI:Kalau macam tu sempat saya sarapan dulu bang..sekarang ni pun baru jam 8.45 pagi..

ABG KTMB:Ohh..Sempat sangat tu..

Baru sahaja Ubi nak menyuap karipap di cafe berhampiran,sebuah train ke Lepih sampai..Jam di tangan baru 8.55 pagi..Tergesa-gesa Ubi berlari ke arah train. Namun kerana faktor usia,larian Ubi tidak sekencang dahulu.Train berlepas tanpa Ubi di dalamnya.. Ketika sedang tercungap-cungap,Abg KTMB yang ramah tamah tadi menegur.

ABG KTMB:Kenapa bang?

UBI:Abg tipu saya..Abg kata train biasanya lewat..Ini belum pukul 9 pagi dah jalan..

ABG KTMB:Oh..jangan risau..Train abg belum sampai..Yang tadi tu train yang sepatutnya sampai semalam..

sekian,wassalam..

Nota:tulisan ini pernah disiarkan didalam blog ubilepih dalam bentuk komen di entri bertajuk Hujan Panas.

Isnin, 1 Jun 2009

suara mereka v

(scheduled entry)

Tajuk: PENDEKAR BUJANG LAPOK
Suara : jawa peranakan

Ramlee, Ajis dan Sudin tiba di hadapan sebuah sekolah dewasa. Pada papan tanda sekolah itu tertera ayat ‘Sekolah Umum Buta Huruf’.

RAMLEE : (SAMBIL MENUNJUKKAN KE ARAH PAPAN TANDA SEKOLAH) Yang itu apa macam bacanya?

SUDIN : Alif Mim Nun Wau…. Alif tendang wau…. Oooo..Ini sarkis…

RAMLEE : Aik? Begitu punya panjang tulisnya..Bacanya pendek..Sarkis?

SUDIN : Yang panjang tu bunganya aje..

AJIS : Eik? Baca pun pakai bunga?

SUDIN : Ye la..Tak kan hutang je pakai bunga?

Itulah antara dialog popular di dalam filem Pendekar Bujang Lapok arahan seniman agung P.Ramlee. Saya tidak meletakkan gelaran Tan Sri pada nama P.Ramlee kerana saya tidak merasakan bahawa Allahyarham memerlukan gelaran tersebut kerana kini beliau lebih memerlukan doa dan Al Fatihah daripada kita semua.

Sedarkah anda bahawa P.Ramlee telah cuba menghantar mesej kepada masyarakat pada zaman tersebut dan juga kepada kita sekarang melalui karya-karya beliau termasuklah menerusi dialog di atas?

Mari kita perhalusi. Apakah perkataan yang terbina hasil gabungan ALIF MIM NUN WAU? Kepada anda yang buta jawi, mari saya bantu. ALIF MIM NUN WAU membina perkataan yang berbunyi AMNU. Biasa dengar perkataan AMNU? Boleh juga disebut UMNO. Ya.. UMNO lebih biasa kita dengar dan lihat.

Nah..Nampaknya jelas P.Ramlee cuba menyamakan UMNO dengan sarkis. Jika benar begitu maka seluruh warga Malaysia dari dulu hingga sekarang hidup di dalam keberuntungan yang amat hebat. Kenapa? Kerana kita tidak perlu membeli tiket untuk melihat ahli sarkis beraksi saban hari.

Satu persoalan timbul. Mengapa P.Ramlee bertindak sedemikian? Kebetulankah?

Al Fatihah untuk seniman agung tersebut. Dan juga untuk seluruh muslimin dan muslimat yang telah pergi mendahului kita.

p/s: terimakasih sekali lagi kepada jawa peranakan kerana sudi menghantar entri untuk blog aku...