Rabu, 30 Disember 2009

aku peminat disko



ada apa di langit sana? tanya sama itu john travolta
(semua imej baik punya cilok dari encik google...)

semenjak tahun 1970an lagi aku dah berkawan rapat dengan pelbagai kaum. kawan sekelas aku ada cina, ada india, ada orang asli. kami rapat. kalau berbincang pasal pelajaran kami akan duduk semeja. kalau pergi rehat ke kantin, kami akan makan semeja. kalau mencuri rambutan, kami panjat pokoknya bersama. kalau bergaduh? kami sama-sama bergaduh. cina belasah aku. aku belasah cina. sama-sama lebam. yang tak lebam kawan india aku. sebab dia jadi pemerhati jeh.tak suka bergaduh agaknya.

ye, semangat perpaduan ini telah wujud semenjak dulu lagi. cuma tidak dislogankan. sebab dulu takde pak-pak menteri yang banyak mengeluarkan slogan-slogan. sekarang ni zaman kaya slogan, banyak sangat slogan. apa yang aku faham, slogan ni banyak dipraktikkan didalam iklan-iklan. bila sesuatu produk itu mempunyai slogan yang 'catchy' maka ia mudah menarik perhatian pengguna. sebagai contoh ialah "always coca cola" - coca cola, "they're grrrreat" - frosties, "pakcik menang motor"- power root, "kopi..sehebat namanya"-kopi janda atau "probably the best lager in the world"-carlsberg... hehehhe! .

sekarang ni masalah rakyat pun banyak yang tak terjawab oleh pak-pak menteri kita kerana mereka sibuk untuk mencapai agenda masing-masing. kita sekarang ini seperti menaiki sebuah bas ekspress yang membawa penumpang ke suatu destinasi tanpa henti. terlalu laju menuju destinasi, mungkin enjin bas dah dimodifikasikan dengan enjin jet pejuang f5-e.penumpang nak berhenti berak ke, solat ke, makan-minum ke tidak akan dilayan. yang penting destinasi sampai. betul tak cakap aku? betul...kalau tak percaya tanya john travolta, idola 1malaya.

*benludin- selamat menyambut tahun baru masehi 2010 untuk kamu semua.

Isnin, 28 Disember 2009

seni itu halus


lukisan di atas adalah karya yang dihasilkan oleh anak aku yang akan masuk ke tahun satu pada 2010 ini. beliau melukis gambar adik ipar aku ketika kami berada di kampung baru-baru ini. cuba perhatikan lukisan dibahagian perut. sebijik dengan gambar asal kat atas tu. perut berlapis!!

Rabu, 23 Disember 2009

from pendang with love part iv

nasib baik takde abang polis kat tengah-tengah bendang buat 'roadblock'

sakit perut ke aleeya?

kutip batu pas tu baling kat abah dia... bagus punya irfan...

mr. lonely

ngeh..ngeh..ngeh..

kalau tengok kat tulang badan mat wau tu, mungkin beliau berpangkat sarjan.

Sabtu, 12 Disember 2009

dulu dan sekarang

semua gambar-gambar hitam putih ini aku perolehi dari kedai makan tok empat, benta. nama kedai beliau ialah restoran sedaya. tapi aku panggil restoran sedawa. kedai makan beliau bercirikan ala-ala kopitiam. banyak koleksi gambar-gambar lama yang difrem dan digantung didinding kedai beliau. selepas sarapan pagi tadi, aku sempat cilok beberapa keping gambar dari kedainya.

di entri kali ini aku bandingkan dua gambar dahulu dan sekarang. gambar-gambar lain aku ada letak diblog ini.
dulu: panggong wayang (ejaaan lama) benta pada tahun 1955. sebenarnya dah lama tema 1malaya ni wujud. kalau tengok betul-betul kat gambar tu ada melayu(menutup aurat), cina (pakai seluar pendek) dan india (budak kecik kat belakang). aku tak pasti sampai bila panggung wayang ni bertahan. tak silap aku ia sempat bertahan hingga ke hujung 1970an atau di awal 1980an kot. sebab masa tahun 1970an aku sempat lagi menonton pilem james bond 007. masa tu pelakon dia roger moore. ensem dan sering dikelilingi awek-awek cun.

harga tiket masa tu aku tak ingat berapa. bukan apa, masa aku ke panggung tu cikgu sekolah aku yang bayarkan. semua murid-murid ditajanya untuk menonton james bond. sekarang ni cikgu sekolah tak berani nak taja murid-murid dah. takut dianggap rasuah plak nanti!
sekarang: bangunan ni dah bertukar wajah menjadi dewan serbaguna. aku tak tahu apa punca ia dirobohkan. mungkin ada dua faktor. yang pertamanya pada tahun 1980an orang kampung dah kurang ke panggung wayang. masing-masing dah ada tivi warna kat rumah. faktor keduanya yang aku anggap paling tepat ialah kerana ia terletak betul-betul dihadapan masjid benta!!!
gambar di atas ni pula ialah jambatan lama benta. sekarang orang yang nak ke kelantan atau dari kelantan dah tak melalui jambatan ni. semua dah ikut jalan baru dan jambatan baru. gambar lama menunjukkan penduduk benta yang gagah dan berani bertenggek diatas jambatan ketika banjir besar pada tahun 1971 dulu.

masa aku ambil gambar jambatan tu pagi tadi aku kena marah dengan nyonya yang rumahnya betul-betul tepi jambatan tu. atas sebab aku nakkan sudut yang betul, aku terpaksa lalu di bawah jemuran kain dan seluar dalamnya. ceh!!

* perghhh..banyak maklumat dalam entri aku hari ni! haha! (jangan lupa... pi la jengok blog ini. ada lagi gambar-gambar lain)

Jumaat, 4 Disember 2009

jangan pandang belakang


SPRM: Ahmad Said bersara awal, diganti timbalannya
mungkin atas sebab berita Pengawal nampak lembaga 'Teoh' di pejabat SPRM ?

hah...sudah!! cabuttttt..!!!!

*brader kat atas tu seorang yang berani kerana tidak kecut perut ketika bergambar bersama 'teoh'...