ada apa di langit sana? tanya sama itu john travolta
(semua imej baik punya cilok dari encik google...)
semenjak tahun 1970an lagi aku dah berkawan rapat dengan pelbagai kaum. kawan sekelas aku ada cina, ada india, ada orang asli. kami rapat. kalau berbincang pasal pelajaran kami akan duduk semeja. kalau pergi rehat ke kantin, kami akan makan semeja. kalau mencuri rambutan, kami panjat pokoknya bersama. kalau bergaduh? kami sama-sama bergaduh. cina belasah aku. aku belasah cina. sama-sama lebam. yang tak lebam kawan india aku. sebab dia jadi pemerhati jeh.tak suka bergaduh agaknya.
ye, semangat perpaduan ini telah wujud semenjak dulu lagi. cuma tidak dislogankan. sebab dulu takde pak-pak menteri yang banyak mengeluarkan slogan-slogan. sekarang ni zaman kaya slogan, banyak sangat slogan. apa yang aku faham, slogan ni banyak dipraktikkan didalam iklan-iklan. bila sesuatu produk itu mempunyai slogan yang 'catchy' maka ia mudah menarik perhatian pengguna. sebagai contoh ialah "always coca cola" - coca cola, "they're grrrreat" - frosties, "pakcik menang motor"- power root, "kopi..sehebat namanya"-kopi janda atau "probably the best lager in the world"-carlsberg... hehehhe! .
sekarang ni masalah rakyat pun banyak yang tak terjawab oleh pak-pak menteri kita kerana mereka sibuk untuk mencapai agenda masing-masing. kita sekarang ini seperti menaiki sebuah bas ekspress yang membawa penumpang ke suatu destinasi tanpa henti. terlalu laju menuju destinasi, mungkin enjin bas dah dimodifikasikan dengan enjin jet pejuang f5-e.penumpang nak berhenti berak ke, solat ke, makan-minum ke tidak akan dilayan. yang penting destinasi sampai. betul tak cakap aku? betul...kalau tak percaya tanya john travolta, idola 1malaya.
*benludin- selamat menyambut tahun baru masehi 2010 untuk kamu semua.
7 ulasan:
haha..ngam.. gua tanpa segan silu akan pinjam perkara ini untuk fb gua.. haha..
boleh ye bang..
boleh...nanti gua akan pantau di fb..hahaha
Memang tepat dan jitu sekali. Slogan2 tanpa makna.
Selamat tahun baru bro.
Selamat dunia akhirat.
anto n3 ini ke gedung kartun
Penumpang sudah mulai jemu
makan minum @ berjamu
kalau macam itu
ada gaya kawan jadi seteru.
reverie,
tq atas ucapan..same goes to you..
ubi,
boleh jeh...
pak hashim,
jgn begitu weh....tak baik...:)
Pok cik pun nak jadi jutawan juga.
Iklan power root.Mengajar orang
beradu nasib.Ada unsur judi secara halus.
Catat Ulasan