Khamis, 1 April 2010

jindigo samseng sekolah

ada seorang budak sekolah menengah. namanya jindigo. nama sebenar tak pasti la pulak. dia ni agak nakal. selalu ponteng sekolah. ada masa suka bergaduh. belasah junior tu memang kerja tetap dia la kiranya. kalau tak belasah rasa macam gigil je. tak keruan di buatnya.

tetapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah jua. masa tengah sedap belasah junior, guru disiplin datang. kantoi jindigo hari tu.

jindigo di bawa ke bilik disiplin. kena basuh dengan guru disiplin dan beberapa guru yang lain. mak bapak jindigo pun sudah diberitahu. mereka nampak kecewa. tak sangka anak mereka begitu samseng di sekolah. kat rumah pijak semut pun tak mati. hormat beno kat orang tua nya.

setelah pihak guru dan pengetua bermesyuarat keesokannya, jindigo didapati bersalah dan perlu dibuang sekolah. jindigo merayu. beliau begitu kesal atas tindakannya. "tolong lah jangan buang sekolah. kat mana saya nak pergi lagi. saya sanggup dirotan dikhalayak ramai. saya berjanji tidak akan berkelakuan samseng lagi." begitu kata-kata jindigo terhadap pengetuanya.

jindigo tidak dibuang sekolah. kesemua guru-guru bersepakat untuk menjatuhkan hukuman rotan terhadap jindigo. jindigo pula rela dirotan. rotan lah banyak kali pun. beliau tak kisah. memang beliau betul-betul kesal atas perbuatan lampaunya.

kisah jindigo akan dihukum rotan telah dihidu oleh orang ramai, pihak pibg dan atasan. mereka bersimpati dengan jindigo. mereka kata "jangan rotan jindigo. beliau telah insaf...". mereka menyuruh jindigo merayu. tetapi jindigo enggan. beliau berkata "biarlah saya dihukum. saya bersalah. biarlah ia menjadi teladan kepada murid-murid lain". keputusan jindigo tegas. beliau enggan merayu.

dipendekkan cerita (atas sebab aku dah malas dan rimas nak menaip), jindigo tidak dihukum. dibuang sekolah pun tidak. dirotan pun tidak. semuanya berlaku selepas campurtangan pihak atasan. mereka mengampunkan dosa jindigo. "jindigo...saya akan ampunkan dosa kamu atas kesalahan membelasah rakan-rakan kamu dahulu. tetapi dengan satu syarat. esok kamu perlu kutip sampah-sarap di sekolah kamu".

semasa menjalani hukuman mengutip sampah, jindigo berasa pelik. kenapa dia tidak dirotan. padahal beliau sanggup dan beria-ria menyuruh supaya pihak sekolah merotannya. tujuannya untuk menyedarkan rakan-rakannya yang lain. hebat juga ada orang yang boleh ampunkan dosa beliau.

dari jauh pengetua sekolah memerhati jindigo. "erm...bagus juga hukuman sebegini. sekurang-kurangnya ringan sikit tugas tukang kebun sekolah aku".

tanpa sedar, masalah samseng sekolah masih berleluasa. murid-murid samseng tak kisah. kalau di tangkap, mereka hanya dihukum untuk mengutip sampah.

*kalau malas nak baca entri aku kat atas, kamu boleh layan youtube kat bawah ni. kalau nak harapkan tivi kita tayang kena tunggu 20 tahun lagi la kot. maka elok la cari dvd dia. superb film!! jangan duk layan filem vadivellu je...haha!

9 ulasan:

IKRAB family berkata...

:).jindigo rasa hairan tapi yg lagi hairan nengok org atasan yg beriya2 tanak rotan.sungguh sikap pemaaf hehehe.macam kartika jek huh.
p.c.

Snakebite berkata...

macam ada motif je cerita ni. kenen kat samseng sekolah pulak dia

benludin berkata...

ish...ini cerita zaman aku sekolah dulu

Hashim Zabidi berkata...

djindigo budak baik sebenarnya. Ini mesti salah cikgu yang kurang pasti dengan peraturan sekolahnya. contohnya bila jindigo jadi baik, mengapa bertambah lagi samseng di sekolah.

aku berkata...

kalok aku, aku libas saja itu jindigo..
..mungkin jugak jindigo sengaja mao publisiti murahan..

Tanpa Nama berkata...

comelnya cerita dlm youtube tu..

:)

benludin berkata...

pak hashim,
betul. walaupun namanya bermula dgn jin, tapi dia mmg baik

aku,
sabar.dari libas jindigo baik kita libas katak...haha

intan,
best citer tu. scenery pun cantekkk

chekgu Bani Hassim berkata...

byk sgt campur tgn yg buat bende ni makin teruk..
entah laa...aku malas nk pikir...

lorihantu berkata...

pengetua tu dah jadi ADUN ke Ahli Parlimen?...