musim hujan menyambut kami sekeluarga ketika bercuti di kampung. tak banyak aktiviti luar yang dapat dilakukan. pagi hujan petang hujan malam hujan. nasib baik juga tinggal di kawasan berbukit, bukit raya. maka masalah banjir tidak kami alami.
ujian untuk pesawah padi di kawasan yang agak rendah atau berhampiran sungai pendang. tanaman padi mereka habis musnah akibat banjir. setiap apa yang diturunkan Allah itu pasti ada hikmahnya. rugi akibat banjir tetapi hikmahnya pesawah mungkin tidak lagi mengalaminya di masa depan kerana sungai pendang akan digali dan didalamkan lagi oleh konco-konco menteri pertanian.
bila cuaca agak baik, aku gunakan sepenuhnya untuk mengambil gambar. tapi hanya seketika.
aktiviti dirumah aku gunakan sepenuhnya untuk berbual panjang bersama keluarga dan program makan-makan yang banyak. bila takde apa lauk yang hendak dimakan aku meratah petai jeruk. hasilnya penyakit gout menyerang kembali. aduhh!!
sempat juga menonton dvd pilem hindi '3 idiots' (memang
superb) dan pilem ultraman kegemaran anak lelaki aku yang dimainkan berpuluh-puluh kali. sampai sekarang terngiang-ngiang lagi di telinga aku lagu tema ultraman.
* gambar pertama - merupakan aksi tetamu kami yang sedang menunjukkan senaman harimau. rasa-rasa utraman pun tak boleh melakukan senaman tersebut. kalau nak ambil gambar tok wan tu untuk buat
wallpaper silakan.
**gambar kedua - senang la. bank kat bawah!
5 ulasan:
wah...jd photographer lak ke? Pakcik bersenam tu berapa bini?ekekeke.
haha..guna kamera cokia jehh
bini 1, anak ramai
BN menang, biasiswa jpa kena potong.
nak blajar la senaman harimau...
rase tak cukup umph ape yg ade skg...hahah
Orang Pendang baik-baik
Catat Ulasan