Sabtu, 21 Ogos 2010

doa

pagi tadi aku berjalan-jalan ke kedai saloon rambut milik seorang cina bernama angie. dah lama tak berkunjung dan lepak-lepak di kedai beliau.

masa dulu-dulu, selepas menunaikan solat jumaat, kedai angie ini memang jadi port untuk aku dan ubilepih bagi menyejukkan badan sambil borak-borak kosong. maklumlah kedai beliau berhawa dingin, pejabat kami cuma menggunakan kipas majalah. - kepada sesiapa yang ada majalah lama tu bolehlah sedekahkan kepada kami untuk dibuat kipas.

selepas borak-borak pasal cerita lama dan hal ehwal semasa, aku meminta diri untuk beredar. semasa aku melangkah keluar, angie memanggil aku.

"ini saya hadiahkan kepada kamu sempena bulan puasa. boleh guna untuk baca quran"

aku agak terkejut. tapi aku ambil juga. menda free sapa taknak.

angie menghadiahkan aku sebuah rehal untuk aku gunakan dibulan ramadhan ini. boleh juga aku gantikan rehal yang lama dan "hogeh" kat rumah aku tu.

"baca quran banyak-banyak" pesan angie lagi. selepuk kena kat muka aku. padan muka.

terimakasih banyak angie. aku doakan supaya angie diberikan hidayah oleh allah s.w.t dan semoga dibukakan hati beliau untuk menerima agamamu ya allah.

ah...harap-harap doa aku terhadap rakan bukan islam aku ini tidak diisukan sepertimana doa tuan khatib di masjid pulau pinang tempohari.

Selasa, 10 Ogos 2010

bahasa iii

aku terfikir mengenai istilah seniman.

kenapa ia digelar 'seniman' sedangkan seorang penggiat seni wanita digelar seniwati. seniman pula meminjam perkataan inggeris dihujungnya iaitu 'man' sepertimana diguna-pakai untuk policeman, postman atau gentleman.

kenapa seniman tidak dipanggil seniwan?
sepertimana digunakan untuk ahli sukan lelaki = olahragawan,
penjaga perpustakaan = pustakawan,
model lelaki = peragawan,
orang kaya yang punya duit berjuta-juta = jutawan

kenapa olahragawan pula tidak digelar olahragaman?
atau jutawan digelar jutaman?

mungkin contoh ayat yang sebegini agak menarik bunyinya jika seniman digantikan dengan seniwan:
- david teoh dah ahmad idham wajar diangkat sebagai seniwan malaya atas sumbangan mereka terhadap dunia perfileman tanahair.

cam hampeh bunyinya! sehampeh gelaran yang diberi untuk mereka berdua...

kenapa istilah seniman berbeza dari yang lain?

adakah seniman ini setaraf dengan spiderman, superman atau batman?

pada aku mungkin seniman ini amat sukar untuk dicari ganti dan membuatkan ia amat istimewa sepertimana seniman p.ramlee, yang bertaraf superhero di bidang seni.

kalau david teoh di gelar seniman mungkin ramai peminat atau penggiat seni yang kelaparan atas sebab kempen mogok lapar.

* salam ramadhan untuk semua.