aku terfikir mengenai istilah seniman.
kenapa ia digelar 'seniman' sedangkan seorang penggiat seni wanita digelar seniwati. seniman pula meminjam perkataan inggeris dihujungnya iaitu 'man' sepertimana diguna-pakai untuk policeman, postman atau gentleman.
kenapa seniman tidak dipanggil seniwan?
sepertimana digunakan untuk ahli sukan lelaki = olahragawan,
penjaga perpustakaan = pustakawan,
model lelaki = peragawan,
orang kaya yang punya duit berjuta-juta = jutawan
kenapa olahragawan pula tidak digelar olahragaman?
atau jutawan digelar jutaman?
mungkin contoh ayat yang sebegini agak menarik bunyinya jika seniman digantikan dengan seniwan:
- david teoh dah ahmad idham wajar diangkat sebagai seniwan malaya atas sumbangan mereka terhadap dunia perfileman tanahair.
cam hampeh bunyinya! sehampeh gelaran yang diberi untuk mereka berdua...
kenapa istilah seniman berbeza dari yang lain?
adakah seniman ini setaraf dengan spiderman, superman atau batman?
pada aku mungkin seniman ini amat sukar untuk dicari ganti dan membuatkan ia amat istimewa sepertimana seniman p.ramlee, yang bertaraf superhero di bidang seni.
kalau david teoh di gelar seniman mungkin ramai peminat atau penggiat seni yang kelaparan atas sebab kempen mogok lapar.
* salam ramadhan untuk semua.
Isu Niaga Makan Lagi....
4 minggu yang lalu
9 ulasan:
Salam Ramadhan bro ben.
di kampung gua ade orang name mokde halus..maksudnye dia adalah mokde seni..boleh ke mcm tu..
reverie,
same goes to u bro...
mae,
mungkin dia terer dlm seni halus atau makhluk halus
berehhhhhhhh
salam ramadan ...selamat beribadh
sayang,kemana hilang rosmah dalam contoh ayat tersebut
Kalau yg jantannya seniwan, yg betinanya mestilah seniwanti baru ada rythm.
Lepas tu Kamus Dewan kena pinda lagi. Pengguna akan beli yg baru. Ini orang kedai buku punya percaturan.
salam bro.
hehehe.kalau takmo perkataan seniman, boleh tukar senimat.
Gelaran Man dan Mat ni mmg danh sinonim kat Malaya..so tu le sebabnye kut ;)
salam Ramadhan.
p.c.
..orang Ganu sebut Senimang..dah dekat jadi siamang tuu..idak pun suruh je mereka berdua tu jadi watchman kat panggung wayang..hehe..Ben berkurang ke idak pahala posa aku nihh..kamu tu le pasall..hehee..
nik,
siap!!
brutalsolo,
rosmoh sibuk bertadarus...
pak hashim,
haha...selamat berpuasa kita..lama tak melepak sekali
pc,
salam ramadhan jugak..
wan,
insyaallah tak kurang....biasalah cerita2 kosong...nak hiburkan hati sendiri...:)
Catat Ulasan