Potoi?
Kau orang pernah dengar tak perkataan tu. Perkataan itu bukan carutan.Ia juga tidak ada didalam Kamus Dewan atau wikipedia. Apatah lagi didalam kamus cap ayam!
Cuba search kat Yahoo atau Google. Aku dah cuba dan terjumpa website www.potoi.com. Rupa-rupanya dah ada mamat pi booking website tu. Ia untuk di jual kepada sesiapa yang berminat.Pasti harganya mahal!
Aku buka cerita potoi ni bukan apa.Beberapa hari lepas semasa aku berborak siber dengan kawan aku di Penang, Encik azz ,dia ada menyebut pasal Mamat Potoi ni. Memang dah lama aku tak dengar perkataan tu. Terima kasih Encik azz atas memori silam..hehe
Zaman belajar dulu aku dan 3 orang lagi housemate aku (termasuk encik azz) dipanggil dengan nama Mamat Potoi oleh Mamat-mamat yang tidak potoi. Kami berempat tidak mempunyai awek-awekss. Kami juga lone-ranger. Kami juga ahli kelab Alif-Ba-Ta (ahli bujang terlajak). Kalau bermain bola, ada masa team kami akan berlawan dengan mamat-mamat yang tidak potoi. Dan selalunya team kami menang. Nama je potoi tapi pandai bermain bola beb (kecuali aku yg kaki bangku).
Itu dulu..kini kami tidak lagi tergolong sebagai Mamat Potoi.Kepada kawan-kawan yang masih tergolong didalam kategori Mamat Potoi ni, elok la beli website www.potoi.com tu...sesuai bangatt...haha
Gambar:
Atas:
Nama band muzik 'The Potoi Boys'. Lokasi di depan rumah orang kawasan Tanah Tinggi. Cover album pertama kami yang bertajuk 'cinta kicap dan cilisos'. Jualan album mendapat platinum disc. Membuat persembahan di Royal Albert Hall yang dihadiri oleh mendiang Lady Diana. Beliau menghabiskan 5 kotak tisu kerana mendengar betapa lelehnya lagu kami. Muzik kami genre potoi. Hanya orang potoi shj yang mendalami lirik yang kami tulis. Vokalis kami??? Anda teka la sendiri. Kalau nak kenal mudah je. Beliau lah yang posing paling sakan didalam gambar di atas.Aksinya lain dari yang lain. Sebab dia adalah yang paling potoi antara kami. Haha!
Tengah:
Ahli band sedang berehat setelah keletihan menjalani sesi latihan di studio.Kombinasi antara mamat potoi dan tidak potoi mabuk kicap.Lokasi ruang tamu rumah orang.
Bawah:
Kelihatan ahli band sedang mentedarah cili sos cap lingam.Lokasi tak ingat. Tak silap aku di Tanah Tinggi Genting.
p/s: blog www.potoi.blogspot telah dilancarkan. Untuk ahli kelab shj.
Orang Beragama Itu Beradap!
Seminggu yang lalu
24 ulasan:
wa ms album pertama tapi kaset album CINTA PETAI JERUK dari potoi boys wa masih simpan...syg klu band ini masih ujud tentu wa kasi tulis lirik utk depa...ha..ha
Cara kami membuat jualan album dipanggil 3J:
1. jualan rumah ke rumah (sambil mengutip botol kicap dan cilisos)
2. jualan secara MLM
3. jualan menggunakan sistem barter...tukar petai dengan album kami...
gua senyum sorang mengenangkan kisah lama tu....
bak kata mat saleh...those were the days..
priceless betul pengalaman hidup tu..
gambar atas...mamat potoi pakai topi terbalik tu macam kenal aje...hehehe.
kalaulah badan aku sekarang macam mamat tu...
azz,
awat..la ni hang dah semakin gemok ka..hehe
Hansem belaka mat2 potoi suma.
Sumtimes its good to see our old photos coz...
1) We remembered how our life was back then
2) What our dreams were..
3) We could ponder for a while on how much we have achieved so far..
4) See our direction and choices that we want for the future.
So, bila The Potoi Boys nak buat comeback concert? Unplugged version ker.. hehe..
ib,
betul...betul..
bab unplugged tu dah bosan...selalu sgt buat.lepas ni buat versi nasyid kot...hehe
Assalamualaikum Ben
Walaupun saya tidak dapat masuk gear penceritaan ini, saya belajar satu perkara. Terima kasih dengan perkongsian ini.
Teruskan ekspresi anda.
tuan ben, ni jejak kasih tuan ni.wa saja nak tumpang mencelah coretan tuan ni.mmg best klu dpt menjejak shbt2 lama dulu kan.
wsalam tuan ridzwan,
tak dpt masuk gear tak per..ada masa aku ni merapu meraban...:)
purple,
yg dlm pic tu ramai dah lost contact...dan ada juga yg meng'lost' contact kan diri..:)
ben, dulu wa penah gak jejak kasih shbt2lama kat internet ni,ym dan irc tak sangka upenye ada yg shbt2 lama.tapi bila dah bertambah muda, maka commitment bertambah dan hala tujuan dah bercabang2 mcm highway ke utara tu, so klu ada rezeki maybe 30thn lagi akan berjumpa juga :)
cinta petai jeruk? hahaha...beh tul tajuk dia... :D
nti koi nak cipta lagu CINTA IKAN PEKASAM.
assalamualaikum..tumpang lalu tuan tanah....
heheh..nak cari member nama ZAKI kat cover album tu...berjaya meneka dgn jayanya..hahah
Ben... bila kita nak buat konsert reunion nih. Koleksi lagu-lagu yang kita tak sempat release dulu tu masih ada aku simpan. Antaranya lagu 'Cinta Kawanku Hanyut Kat Public Phone Warna Merah', 'Peronda Jaket Kulit Car Boot Sale', 'Rokokmu Rokokku Jua' dan juga lagu reggae omputeh 'Pink Rice Strawberry Flava' serta tak lupa lagu rock omputeh ala-ala Motley Crue 'Dr. Faisal Feelgood'. Eh! aku rasa berlambak lagi lagu.... nanti aku selongkar peti harta karun ajaib aku tu.
Macam gambar kumpulan nasyid pun ada. Ha ha ha!
Bah. Jawa 'potoi' tak ada. Kalau 'potol' ada la... He he he!
purple,
kwn2 lama ada masuk blog ni..tapi silent reader...depa pemalu..hehe
intan rh,
kome memang suka meratah petai jeruk..perghh
intan,
w'salam..zaki yg paling ensem antara yg potoi tu..hehe
munk,
bila terbayang wajah hang aku dah nak gelak...lirik untuk mamat potoi yg koyak duit pas tu bagi kat awek dia ada ka?haha
JP,
mmg kami versatile...lagu india klasik pun boleh..heehe
potol???..kaki botol ke?
weh munk,
pink rice tu resepi hang..hahaha
Woit ben...ko jangan kasi malu aku... nasik pink tu bukan resepi aku la... tu resepi mamat potoi yang koyak duit kasi separuh kat awex tu. Bukan awex tu jer dapat duit sekerat... aku pun dapat gak...sampai ler ni aku simpan. Siap tulis 'Potoi Forever' lagi. Nanti aku cari ilham tulis lirik lagu tu for our next album.
munk,
hahaha...scan/amik gambar duit tu...meh aku letak dlm blog utk tatapan seantero malaya...haha...
nota:kalau hang takde scanner/kamera,hang lukih je la..hang kan arkitek terunggul di malaya dan pakistan....haha
ben
anything update akulah........
ben
aku kalau tengok mamat yang pakai baju kaler merah tu....... teringat zaman tuu.......peh sekarang ni badan dah semakin sihat
ok geng potoi bila nak buat reunion lagi.........time ni ki pi dengan anak bini sekali
kibmokhtar,
biasa la..berat badan bertambah...berat t/jwab pun lagi bertambah..:)
reunion dlm ni dulu la...hehe
kome cuba juga mencari rodong2 lama..tanya pakcik google, semua dia tak kenal..
ummzaid,
cuba deme tanya auntie cari.com.my..hehe
hahhaha... okeh ...
Catat Ulasan