Sabtu, 18 Oktober 2008

Seven Eleven

Di pekan koboi tempat aku mencari rezeki ni terdapat sebuah kedai makan a.k.a Information Center a.k.a Kaunter Pertanyaan. Boleh dikatakan segala maklumat orang di tempat aku ni ada di tangan si tokey a.k.a informer a.k.a 711. Bila dapat peluang bercakap memang susah nak berhenti. Masa kat sekolah dulu tak belajar apa itu full-stop kot.Silap-silap maklumat peribadi aku pun dia simpan. Yang pasti kapasiti storage si tokey ni amat tinggi, melebih 1001Gigabites yang boleh menyimpan maklumat peribadi penghuni pekan koboi ni dari A-Z ! (huh! macam buku London A-Z la plak)

Kalau aku takde gang atau partner untuk pergi lunch, kedai dia tu memang jadi tempat aku melepak sambil melakukan ibadah perut. Sekurang-kurangnya aku ada teman berborak (dengan tokey atau pembantunya). Mana class si macho makan sorang-sorang..hehe. Tetapi untuk melakukan ibadah telinga, memang amat tidak sesuai. Ada masa kalau dia bercerita, memang masuk telinga kanan keluar telinga kiri aku. Aku tak ambil port sangat atas cerita dia yang lebih kepada sikap propaganda ala-ala setan ("Bukan setan la syaitannn...!!" kata Tuan Direktor Ahmad Nisfu) ...

Masa lunch tadi sekali lagi propaganda ala-ala setannya dipaculkan terhadap aku. Aku buat-buat selamba je layan. Kalau tak layan nanti takut gak lunch aku dia caj double price!

" Weh Benludin..kau kenal tak budak perempuan yang baru lalu tadi?" sambil dia menuding dengan mulutnya ke arah awek seksi cun melecun berbaju hijau yang baru melepasi depan kedainya.
" Err..rasa kenal. Tak silap dia tu kerja di kedai butik."
" Awak nak tau tak. Dia tu siang kerja butik. Malam jual barang pulak.." gear satu si tokey dah mula
"Jual barang??" aku melayan
"Takkan tak tau. Dia tu hidup mewah. Ada jantan yang bela dia..." gear dua pulakkk
"Biar la dia. Boyfriend dia kot" balas aku nak mematikan perbualan.
"Ishh..takde la. Semua jantan dia layan. Orang Indon layan. Bangla pun layan" nak masuk gear tiga dah ni..
"Bagus tu. Pasaran lebih luas, perniagaan antarabangsa" aku saja nak buat-buat tak serius
"Tu la..masa muda-muda ni laku la. Ramai orang terliur. Esok dah tua takde orang nak dah. Tak laku!"
"Ha ah. Pasaran saham merudum" jawab aku
"Ler... awak ni Benludin. Meraban jeh..."
"Errr...teh tarik satuuuu...." aku bagi gear reverse.Aku nak tercekik. Nasi dah makan. Air tak sampai lagi!

Selamatttttt.....akhirnya provokasi ala-ala setannya berjaya aku tewaskan dengan penuh bergaya dengan gear reverse aku.

Selepas habis aku menaip blog ni aku terfikir sejenak.... Si tokey a.k.a 711 tu ke yang mengumpat. Atau aku yang mengumpat dalam blog aku ni???

Nota: Teringat pada satu cerita dari buku yang aku baca hasil tulisan TGNA berkenaan dengan seorang yang alim. Beliau didatangi seseorang (syaitan) dan menghasutnya supaya meminum arak. Selepas orang alim itu berjaya dihasut, beliau telah meminum arak, berzina dan membunuh. Hatrik tu... Begitu juga dengan cerita seorang pelacur tegar yang akhirnya bertaubat dan menjadi seorang yang amat disayangi Allah swt. Maka..tak semestinya orang baik tu baik, orang jahat tu jahat...err...peninggg?...padan muka..hehe

6 ulasan:

Ridzwan Bakar berkata...

Salam & Tahniah sdr benludin,
Anda mempunyai blog yang menarik. Teruskan melahirkan kegemilangan hati anda di persada alam maya.

ridzwan

INTAN RH berkata...

7-11 yang mana satu tu? bkn apa, nti smp lepih, sng sy nak tnya pape...hehe

ubilepih berkata...

weh tumpan ngumpat sama...nak tanam saham gak...tokey tujuhsebelas tu tengok BUMPER pun dah kenal kaki kuat KENTUT nya...kentut tempoyak masam plak tu..weekkk

azz berkata...

mengumpat dalam blog lebih berganda balasannya sebab satu dunia baca sebaliknya menyampaikan yg baik pun lebih berganda balasannya...
so bak kata raja lawak kite tu...
lu pikirlah sendiri...
pilih mana yang mau
just my humble 2 cents
hehehe

ummzaid berkata...

mana gi naya entri WANTED tu? sorok ke?

benludin berkata...

tuan ridzwan,
tq for coming.Tahniah juga dah jadi penulis buku

intan,
sebelah kiri dia ada kedai,sebelah kanan dia pun ada kedai..cari la..hehe

ubi,
kentut tempoyak wangi per..haha

azz,
tq for ur reminder...aku harap bkn ngumpat ni, sbb lebih kdp kias mengkias...hehe

ia sebagai pengajaran utk aku sendiri..:)

ummzaid,
ada ..tersilap tekan button draft i/o publish