I.Dulu... zaman tadika memang tiada dalam kamus hidup aku. Aku memang tiada pengalaman langsung 'di-tadika-kan' . Aku memang malas kesekolah tadika. Sebab itu 'konspirasi' yang diatur oleh kedua orangtua aku untuk menghantar aku ke tadika, GAGAL..hehe
Sebab itu juga bila aku masuk ke darjah satu, aku jadi penakut. Bukan takut kat kawan-kawan sekelas, tapi takut kat guru. Guru masa dulu amat berbeza penampilannya. Silap-silap mak ayah yang menghantar anak ke sekolah pun boleh seriau bila berjumpa guru-guru zaman dulu. 80% guru-guru aku di sekolah rendah menyimpam misai yang bergulung-gulung dihujungnya. Dan setiap guru juga membawa rotan kemana sahaja mereka pergi (kecuali ke bilik air) .
Memang masa pagi-pagi aku juga liat untuk bangun ke sekolah. Untuk mandi pagi,aku juga perlu 'bergaduh' dulu dengan mak aku. Bila malas ke sekolah, aku berdiri dan pusing-pusingkan badan aku 360 darjah sehingga aku pening. Ada masa siap muntah-muntah!
"Mak, saya tak larat pergi ke sekolah ari ni.."
"Kenapa....tak sihat ke? " tanya mak aku.
"Ha ah. Pening sangat la mak. Tadi muntah banyak.." jawab aku spontan dan tanpa rasa bersalah.
Mak aku yang memang prihatin, terus mengambil minyak cap kapak dan memicit kepala aku. Aku baring sampai ke petang kononnya pening sangat. Padahal pening yang dibuat-buat.
II.Sekarang. ...anak aku Aleeya, amat liat nak bangun pagi untuk ketadika. Kalau aku yang gerak, dia bangun sekejap. Lepas tu dia sambung lak tidur kat kusyen di ruang tamu. Nak suruh dia mandi memang kena 'bergaduh' dulu, baru la dia mandi.
Pernah suatu ketika dulu, dia taknak ke sekolah kononnya sakit perut.
"Abah..kakak taknak ke tadika pagi ni"
"Kenapa pulak Aleeya?"
"Kakak sakit perut. Malam tadi makan limau banyak kot"
"Ye ke..jap lagi dalam pukul 9 kita ke klinik" kata aku sambil bersiap-siap nak bawa dia ke klinik di bandar.
Jam dah pukul 9 pagi. Seperti dijanjikan aku pun ajak anak aku keluar nak bawa dia ke klinik.Bila sampai ke kereta, Aleeya bersuara..
" Abah..kakak tak sakit perut dah.."
"Ler...cepatnya baik..."
Ke klinik pun tak ..ke sekolah pun tak sebab dah lewat.
Nota:
1. aku berharap dosa-dosa aku terhadap ke dua arwah orang tua aku dulu diampunkan. Kepada kawan-kawan yang masih mempunyai ibubapa 'berbaktilah' kepada mereka. Jangan membebel bila kita perlu menjaga mereka bila mereka tidak sihat. Jangan membebel kepada adik-beradik sebab taknak menjaga ibubapa bersama-sama. 'Beruntung'nya kita bila adik-beradik taknak menolong kita menjaga ibubapa, sebab pahala yang Allah bagi dapat kat kita sorang...hehehe
2. aku berdoa kepada Allah s.w.t supaya anak-anak aku menjadi anak yang soleh dan taat kepada Allah, Rasul dan kedua ibu-bapanya. Aminn..
Mula-mula tadi letak lagu Sudirman-Ayah dan Ibu kat My Musical Mood. Tapi nanti ada yang leleh lak. So, aku tukar lagu lain..layanzzz...hehehe
Orang Beragama Itu Beradap!
Seminggu yang lalu
12 ulasan:
Bro..
What goes around, comes around eh?
Hmmm.. Nasib baik aku suka gi skolah tadika masa kecik2 dulu, anak2 amat suka gi skolah esp kat Dundee nih.. One reason! Takde homework!!
Huh..
pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada yang berbahagia dato' shah rukh khan kerana telah berjaya memperbodohkan kerajaan melaka yang satu ketika dahulu amat gah mendabik dada sebagai pusat keagungan tamadun melayu dan islam sehinggakan kerajaan tersebut menganugerahkan gelaran dato' kepada yang berbahagia dato'..
seterusnya saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan negeri melaka yang satu ketika dahulu amat gah mendabik dada sebagai pusat keagungan tamadun melayu dan islam kerana telah bermurah hati memperbodohkan diri sendiri sekaligus membawa aib yang amat besar kepada bangsa melayu keseluruhannya..
diharapkan usaha murni pihak kerajaan negeri melaka ini dapat diteruskan di masa akan datang kerana masih ramai lagi bintang2 antarabangsa di luar sana yang bersedia untuk memperbodohkan kerajaan melaka dan memalukan bangsa melayu seperti encik jackie chan, encik brad pitt, puan angelina jolie, encik stephen chow, encik rajinikand, puan julia robert dan mendiang anita mui..
TAHNIAH & SYABAS KERAJAAN NEGERI MELAKA!!
ps-Bodoh punya Melaka..Patut la jadi negeri melayu pertama yang kena jajah dulu.. Jangan marah orang melaka..aku pun orang melaka jugak..
jackie chan lg byk dtg buat pilem kat malaya..kat kolumpo, kat mentakab pun ada..
tak de pulok agong dgn sultan phg mengada2 nok bg medal ke..
mmg lawok pak2 lawok BN..nyampoh..!!
ben deme letok la lagu mende pun kome tutup je speaker.. :)
bapak borek anak rintik le..
aleeya tu nak jd loyar mcm abohnya.. :D
IKUT SUKA AKU LAH NAK BAGI DATUK PADA SESIAPA.KAMU SUMA BUKAN TAHU...
SRK ROKEMEN AKU SORANG ARTIS BOLLYWOOD.CUN GILER.
amey,
tadika dulu byk homework kot...tu aku maleh tu..hehe
me layu,
correct! correct! correct!
ummzaid,
biasala Bapa Demokrasi. Rasuah semakin parah. Dlm bolasepak pun dah terpalit!
anon,
haha..
kalau bkn pompuan pun, khalil akan dioffer berlakon pilem bollywood..nehi nehiii
ummzaid,
nanti kome letak lagu acapella nasyid..:)
ben..
bagi menghormati kebodohan pemimpin melaka..aku cadangkan tuan letak lagu bollywood satu..
lagu MERE NAM JOKER dilihat yang paling sesuai untuk dipadankan dengan situasi semasa..
errr maybe kena tambah gelaran kat Shah Rukh Khan tu....Tan Tun Sri Dato' Hang S.R.K.
Ben, cute plak patung Mr Bean tu siap pakai gown kaler merah lagik...kaler purple takdek ke?hehehe
aku memang tau dah.... hang memang maleh gi skuloh. Kat Dundee dulu pun selalu tuang kelas... layanzzz Bob Marley. Aku tau la...aku dok seghumah ngan hang. Eh hang masak sup ayam masih letak santan lagi ka?
jawa,
nanti ramai yg jeles kerana SRK sorang dapat Datok, termasuk le produser,pengarah,cameraman,tukang mekap dll yg terlibat dgn pilem SRK
purple,
anak aku tak minat purple...dia suka pink n oren...:)
munalizakhairil,
cis...tu dulu. Dah insap ni...haha
hang le letak santan dlm sup. Buat kari ayam pun bawang banyak dari kentang..hahaha
Salam Ukhwah Tuan Benludin,
Cantik blog tuan ni. Cerita pun menarik dan banyak iktibar dapat diambil dari sini.
Terima kasih.
Tuan azemi a.k.a bakal penulis,
terima kasih kerana menjengok..:)
Catat Ulasan